Wednesday 5 August 2015

Dana Dap Dari Kelab Lumba Kuda?

Setiap parti politik mempunyai jentera yang perlu digerakkan.Oleh demikian dana diperlukan dalam memastikan perjalanan sesebuah parti lancar.
Apa yang menjadi isu hangat hari ini adalah derma dan sumbangan dari pihak tertentu untuk parti.

Apa jua bentuk derma yang disalur kepada parti politik biasanya akan digunakan sebaik mungkin dan akan dikemaskini oleh bendahari parti tanpa perlu mewar warkan kepada ahli parti dari mana sumber dana tersebut.

Hari ini dilihat Umno didesak untuk mendedahkan sumber dana untuk parti.Namun mengapa hanya Umno yang didesak? Mengapa tiada desakan untuk parti lain turut sama mendedahkan sumber mereka?

Inilah sebahagian kebijaksanaan Dato Seri Najib Razak dalam memaksa parti lain turut mendedahkan siapa penyumbang dana mereka.Kerana dimasa kini banyak yang menjadi Musang berbulu ayam.Mencari projek dengan kerajaan Barisan Nasional tapi dana disalur kepada pembangkang untuk menumbangkan Kerajaan.

Secara tidak langsung mereka yang selama ini menagih milik rakyat akan terdedah dan akan jelas nyata permainan mereka.Inilah yang Dap hendak elakkan.Bukan sahaja Dap tapiPKR juga pasti mengelakkan pendedahan ini.

Adakah mereka berani mendedahkan semuanya?
Apa sebenarnya matlamat penyumbang dana kepada pembangkang?
Moga ahli Umno dapat melihat kelicikan pembangkang yang sememangnya punyai agenda tersirat.Adakah mereka turut menerima dana dari pihak Yahudi?
Kita nantikan pendedahan pembangkang dalam isu dana untuk parti politik mereka pula.


No comments:

Post a Comment