Saturday 23 April 2016

DAP Tamak-PKR Bakal Tersungkur Di Sarawak..PAN Ganti PKR Selaku Sekutu Kuat Pakatan Harapan






Perseteruan antara dua parti utama dalam Pakatan Harapan sudah tidak mampu di bendung lagi. Democratic Action Party (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mula saling menuding mempertahankan ego antara mereka. Perselisihan mereka bukanperkara baru namun kehadiran Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim banyak membantu meredakan keadaan ketika itu. Setelah Anwar meringkuk di dalam penjara kerana kesalahan meliwat, DAP tidak lagi mengganggap PKR sebagai sekutu yang baik. Penubuhan Parti Amanah Negara dianggap DAP sebagai penyelamat ikatan dalam pakatan pembangkang bagi mengimbangi kuasa mendesak PKR.


  • 2013 - DAP berebut jawatan Exco Selangor berdasarkan formula 3:3:4
  • 2015 - menuduh 5 Adun PKR P.Pinang bersekongkol dengan Umno kerana berkecuali dalam usul meluluskan projek tebus tanah seluas 2600 ekar
  • 2015 - gugurkan 4 dari 5  usul Adun PKR P.Pinang di Sidang DUN
  • 2015 - Lim Guan Eng tuduh 5 Adun PKR bekerjasama dengan Umno P.Pinang
  • 2016 - DAP berkeras bertanding di 5 kerusi PKR dalam PRN Sarawak
DAP yang sentiasa menjadi 'abang besar' dalam Pakatan Harapan bukan sahaja mahu menentukan segalanya malah mahu dua lagi parti sekutu mematuhi apa sahaja kemahuan DAP dan tidak boleh mempertikaikan keputusan yang di buat oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Pengaruh DAP di Selangor juga turut digunakan mereka untuk memastikan Menteri Besar Selangor sentiasa akur dengan apa saahaja kehendak DAP. Perebutan kerusi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) turut di pengaruhi oleh DAP yang mahu PAN diberikan keutamaan selaku 'keldai DAP' yang terbaru selepas menyingkirkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dari Pakatan Rakyat.

Walau PAS mempunyai kelebihan kerusi di Dewan Undangan Selangor sebelum insiden 'lompat katak' beberapa ahli PAS ke PAN, DAP bertegas sebarang keputusan melibatkan kepentingan DAP perlu diberikan keutamaan oleh PKR Selangor.

Perkara ini timbul apabila Presiden PKR, Wan Azizah kini dilihat tidak lagi mempunyai pengaruh dalam parti kerana gerakan Azmin dan Rafizi yang bakal merampas kedudukan penting dalam PKR telah bermula. Desas desus penyertaan Ezam Mohd Noor kembali ke pangkuan PKR bagi membantu Azizah menahan kemaraan Azmin-Rafizi menguatkan lagi tafsiran DAP bahawa PKR sekarang berada dalam keadaan palin lemah dan kesempatan ini tidak akan disia-siakan.

Anwar yang semakin hilang cengkaman terhadap rakyat pula hanya menjadi alasan DAP untuk merampas kedudukan dalam Pakatan Harapan dan mahu sekutu lain tunduk kepada mereka. Skandal yang melanda kepimpinan Azmin turut menjadi faktor mengapa DAP mampu 'mencekak' leher PKR.

Kemelut skandal banglo dan Taman Manggis yang dihadapi Lim Guan Eng pula tidak menjadi isu kepada DAP berikutan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikatakan melengah lengahkan siasatan dan dakwaan terhadap Setiausaha Agung DAP berikutan seperti ada 'memorandum' persefahaman antara agensi tersebut dengan DAP.

Percaturan DAP di Sarawak mungkin dipengaruhi sikap tamak yang mahu bertindak sebagai kuasa utama dalam Dewan Undangan Sarawak jika berjaya merampas kuasa dari Barisan Nasional sekaligus menafikan penguasaan PKR untuk mempengaruhi apa sahaja keputusan yang akan di bawa dalam sidang DUN kelak.


25 April akan menjadi hari bersejarah terkuburnya Pakatan Harapan di Sarawak jika DAP dan PKR masih berkeras untuk bertanding berlawan sesama sendiri. PAN yang hanya berbekalkan ihsan DAP pula pasti tidak akan menyokong serta membantu PKR jika mereka masih enggan menarik diri dari berlawan dengan DAP.

Adakah DAP akan membenamkan PKR di Sarawak sekaligus menafikan kuasa PKR dalam Pakatan Harapan? Apakah pendirian PAN pula mengenai sikap 'keras kepala' DAP yang mahu semua keputusan berkaitan PRN Sarawak diputuskan mereka sahaja?

PAN hampir pasti akan membantu DAP memenangi PRN kerana mahu membalas 'budi' DAP yang berjaya mengeluarkan saingan mereka PAS dari Pakatan Harapan sekaligus memastikan PAN di angkat sebagai 'anak emas' DAP dalam mana mana Pilihanraya.

Berjayakah PAN menghancurkan ikatan dalam Pakatan Harapan? Menurut sumber bilik gerakan pembangkang di PRN Sarawak, PAN telah mula menghasut rakyat Sarawak agar tidak memberi undi kepada PKR di kawasan yang menjadi perebutan DAP-PKR. Kerja bawah tanah ini diarahkan DAP untuk PAN laksanakan sebaik mungkin dan PAN dijanjikan kedudukan di dalam Dewan Undangan jika berjaya melaksanakan 'tugasan' ini.


Terdapat juga khabar bahawa PKR pula akan melakukan sabotaj terhadap DAP di kerusi utama calon mereka bagi mengekang penguasaan DAP kali ini. Siapa tikam siapa di PRN Sarawak?

Yang pasti Barisan Nasional telah berjaya menunjukkan kesepakatan apabila tiada pertindihan calon terjadi dalam gabungan yang di ketuai Adenan Satem untuk menghadapi PRN Sarawak.



No comments:

Post a Comment