Sunday 29 May 2016

PRK Kuala Kangsar - PAN Pujuk Bekas Ketua Bahagian Gopeng Sebagai Calon Lawan BN Dan PAS?


PAN CUBA GUNA CALON 'PAYUNG TERJUN' BAGI HANCURKAN IMEJ PAS?




Pilihanraya Kecil P067 Kuala Kangsar dijangka akan menjadi medan paling sengit dalam sejarah pilihanraya. PAS yang mengemukakan Ketua Muslimat PAS Perak sebagai calon bagi menentang calon Barisan Nasional berharap akan terjadi pertembungan 3 penjuru bagi mengurangkan impak terhadap kekalahan yang bakal PAS hadapi.

Berdepan dengan balu Allahyarham Dato Muhammad Khai ril Anuar yang terkorban dalam tragedi helikopter terhempas di Sebuyau semasa berkempen bagi pihak BN di Sarawak, PAS gentar kerana berdepan dengan calon yang bukan calang dari Umno. Datin Mastura Bt Dato' Mohd Yazid, balu Allahyarham Wan Khai ril yang diumumkan sebagai calon BN telah mula menerima cabaran pertama sejak diperkenalkan apabila PAS mula menyerang perihal berkaitan hukum agama namun demikian Mastura telah menanganinya dengan baik sekali malah berjaya mematahkan tohmahan berkaitan dirinya.

Dr Najihah yang membuka sebuah klinik di Bota Kanan agak tidak di kenali rakyat kerana sikapnya yang tidak berapa gemar bercampur dengan masyarakat setempat. Dalam tinjauan yang dilakukan, beberapa individu mengakui Najihah tidak mesra rakyat dan mereka agak terkejut dengan perlantikannya sebagai calon PAS bagi kerusi Kuala Kangsar. 

"Macamana Dr Najihah nak bertanding kalau campur orang pun tak nak? Naya orang Kuala Kangsar nanti kalau pilih PAS"

"lawan dengan isteri arwah Dato Wan? Teman harap Najihah kalah sebab Datin bukan lawan dia"

Dalam kehangatan pertembungan 2 wanita dalam epik PRK Kuala Kangsar, Parti Amanah Negara yang masih terkial kial mencari calon yang mampu memberi saingan mula merasai kehangatan bahang pilihanraya. Menurut sumber dari bilik gerakan pembangkang, PAN dikatakan akan melakukan kejutan apabila terdapat khabar bekas Ketua Umno Bahagian Gopeng yang di pecat dari Umno kerana melanggar peraturan parti cuba di pancing PAN sebagai calon mereka.

Pertembungan PAS dan BN dicemburui PAN yang merasakan mereka juga mampu memberi saingan sengit dalam PRK tetapi ternyata mereka ketandusan nama yang berkaliber untuk diketengahkan. PAN yang dikatakan mendapat 'ilham' menggunakan bekas pemimpin Umno Perak sebagai calon 'payung terjun' mereka berasakan hanya dengan menggunakan khidmat bekas Ketua Bahagian tersebut mampu menebus maruah mereka yang tercalar teruk dalam PRN Sarawak.

Jika benar ini perancangan PAN maka pertembungan 3 Wanita mewakili parti masing masing pastinya menjadi perhatian negara. Kelebihan pasti akan berpihak kepada Mastura yang telah di kenali pengundi Kuala Kangsar dan gerak kerja terbaik yang dilakukan Allahyarham Wan Khai untuk rakyat dan legasi beliau akan diteruskan oleh isterinya.

Adakah benar PAN akan menggunakan khidmat bekas pemimpin Umno yang dikatakan menyokong deklarasi rakyat hasil kerjasama pembangkang dan mantan Perdana Menteri di mana deklarasi tersebut digunakan sebagai cubaan menggulingkan Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Seperti yang di ketahui peranan PAN di dalam Pakatan Harapan hanyalah sebagai 'tunggangan' DAP bagi memecahkan undi kaum Melayu dan memberi kelebihan bagi DAP. PAN selaku 'budak suruhan' DAP pula hanya akan menerima sebarang arahan daripada DAP untuk memastikan undi majoriti di Kuala Kangsar yang berpihak kepada BN merosot dan imej PAS pula akan lebih tercalar dengan kekalahan kepada calon BN.

Sila baca : https://1boroi.blogspot.my/2016/05/keputusan-umno-paling-gila.html


No comments:

Post a Comment