Saturday 4 June 2016

'Fatwa PAS' - Sokong PAN Seperti Undi DAP


PAS akan bertemu musuh tradisi Umno dan serpihannya Parti Amanah Negara (PAN) dalam dua pilihan raya kecil 18 Jun ini.

Bagaimanapun, bagi parti Islam itu, mereka akan berdepan serangan lebih daripada dua penjuru, termasuk daripada DAP yang didakwa menaja PAN.

“PAN ditaja oleh DAP, sebab DAP pun kata mereka akan sokong (PAN), sokong DAP sama macam sokong PAN juga.

“Jadi kita lawan tiga parti sekarang, PAN, BN dan DAP,” kata pengarah pilihan rayanya Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar PAS ke-62 di Kota Bharu hari ini.

Sementara itu, Mustafa berkata PAN kelihatan bersungguh-sungguh mahu menandingi mereka di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Yang beria-ria benar nak bertanding lawan PAS ini PAN (PAN) sebenarnya.

“Umno itu dah lawan tradisi kita. Sejarah 65 tahun PAS, cuma lima tahun kita tak lawan Umno, 60 tahun lagi kita lawan Umno,” katanya.

Mustafa berkata, PAS juga perlu melihat konteks pilihan raya kecil susulan situasi kali ini kali pertama berlaku selepas keluar daripada Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment