Sunday, 21 May 2017

MAHATHIR TURUN TARAF LAGI - DARI NEGARAWAN JADI JURUFOTO KENDURI?

MAHATHIR KINI JADI JURUFOTO SAMBILAN?

Penasihat PPBM, Mahathir Mohammad tidak pernah puas dengan apa yang pernah beliau lakukan terhadap 'musuh politiknya' Anwar Ibrahim. Walau pernah berjabat tangan dalam Mahkamah serta melakukan kunjungan hormat ke sel Anwar, jelas sekali perancangan Mahathir bukanlah mengangkat Penasihat PKR itu sebagai Perdana Menteri Ke-7.

Dalam satu rakaman foto di mesyuarat PKR, pemimpin Pakatan Harapan jelas mengangkat plakad menamakan Anwar sebagai PM tetapi mantan PM Ke-4 pula seperti tidak bersetuju dan mula 'berlakon' seperti mengambil foto hadirin yang berdiri bersama sambil mengangkat plakad tersebut. Timbalan Presiden PPBM pula mengeluarkan kenyataan bahawa ketika itu bapanya sedang sibuk mengambil foto sedangkan hakikat sebenar hanya Mahathir sahaja yang tahu apa alasannya untuk tidak turut serta.

Apa yang jelas, Mahathir mempunyai rancangan yang bertentangan dengan kemahuan Pakatan Harapan berikuta PPBM kini sedang berantakan. Sudah pasti Mukhriz akan turut tersenarai sebagai 'calon Mahathir' untuk jawatan PM dan semua ahli PPBM akan di minta menyokong 'pencalonan' itu. Krisis dalaman PPBM turut mengancam kedudukan Mukhriz dan ini sudah tentu tidak disenangi Mahathir dalam memastikan segala perancangannya berjalan lancar.

Adakah tindakan Mahathir tidak sealiran dengan Pakatan disedari atau mereka memang mempunyai perancangan lain memandangkan Azmin kini turut di landa kontroversi dengan perletakan jawatan Ketua Wanita PKR yang dikatakan ada kaitan dengan kes Adam Rosly. Sudah pasti Azmin mahu mencari pengaruh dalam PH bagi mempertahankan kedudukannya sebagai MB Selangor hingga PRU14 diumumkan. Siapa lagi yang Azmin boleh berpaut melainkan Mahathir dan PPBM seandainya beliau tersungkur dalam krisis PKR.

Tikam menikam kini sudah semakin jelas dalam PH dan 'kontrak sosial' mereka pastinya semakin rapuh berikutan PAS membatalkan Tahaluf Siyasi mereka bersama PH serta PKR. Memburukkan keadaan PAS turut menolak PPBM yang bekerjasama dengan DAP selaras dengan pendirian mereka menolak mana mana pihak yang ada kaitan dengan DAP.

Kita bakal melihat drama yang lebih hebat dan lebih sensasi apabila puak penentang Mahathir dan Azmin akan berganding bahu membongkar segalanya sebelum PRU14. Siapakah pemberontak itu? Kita tunggu dan lihat.

Nota kepala lutut...Anwar sepatutnya jadi PM Ke-5 jika Mahathir tidak pecat Anwar.**

Friday, 19 May 2017

AKTIVIS MEDIA SOSIAL LAPOR FITNAH RAFIZI - INVOKE PATUT DISIASAT

RAFIZI MEMFITNAH LAGI

Seorang aktivis media sosial hari ini membuat laporan polis terhadap satu fitnah oleh Rafizi Ramli terhadapnya. Rafizi telah menuduh beliau menerima 'dana' daripada Perdana Menteri sebagai imbuhan menyokong pentadbirannya selama ini.

Rafizi yang kebelakangan ini tergugat dengan desakan netizen berkaitan sumber kewangan serta dana berkaitan INVOKE miliknya seperti 'mati akal' dan memilih membuat tohamahan terhadap aktivis media yang bergambar bersama Najib dalam satu majlis. Seperti yang diketahui semua, Rafizi tidak berani membentangkan sepenuhnya kos keseluruhan bagi menjalankan operasi Invoke yang dikatakan mencecah ratusan ribu ringgit. Beliau pernah melampirkan laporan kewangan Invoke bagi tahun 2015 tetapi laporan berkenaan seperti menyembunyikan sesuatu.

Umum mengetahui sikap Rafizi yang suka memfitnah sesiapa sahaja yang boleh menggugat usahanya menjatuhkan BN. Apabila beliau di gasak aktivis media mengenai Invoke, maka Rafizi mencari jalan mengalihkan perhatian umum. Ini strategi Rafizi selama ini bagi mengelakkan sebarang persoalan berkaitan pembangkang berpanjangan tetapi kali ini beliau salah langkah apabila tindakan melaporkan tohmahan dipanjangkan ke pihak berkuasa.

Adakah Rafizi takut SPRM menyiasat dari mana sumber kewangan sebenar Invoke? Gaji serta elaun beliau sebagai Ahli Parlimen tidak memungkinkan beliau mampu membiyai keseluruhan operasi. Cubaan Rafizi mengalih perhatian dengan jualan bercetak perkataan Invoke juga meragukan kerana barangan yang ditawarkan tidak sepatutnya mencecah harga seperti dilampirkan dalam iklan jualan Invoke. Selama ini Invoke mengaut duit Rakyat tanpa mereka sedari akan penipuan secara terancang Rafizi melalui jualan 'tidak masuk akal'.

Wajar sekali SPRM dan LHDN menyiasat sumber sebenar kewangan Rafizi dan Invoke kerana ia amat meragukan. Adakah Rafizi turut menerima 'dana' sama seperti pihak BERSIH atau SUARAM? Malah tindakan beliau menyekat komen serta pertanyaan netizen di dalam page miliknya juga menimbulkan polemik ada sesuatu yang Rafizi sembunyikan.

Saturday, 13 May 2017

VALET RAMADHAN MAZA - NETIZEN BIDAS JAMUAN 'BANGSAWAN'

PAKEJ VALET BERBUKA PUASA MELAMPAU - NETIZEN BIDAS MAZA

Seorang netizen yang dikenali sebagai Doktor Aznil Hisham membidas Pakej Berbuka Puasa di sebuah tempat terkemuka di Ibukota. Berpendapat pakej yang ditawarkan amat bertentangan dengan konsep Ramadhan itu sendiri, Aznil turut menyenaraikan beberapa persoalan yang perlu di jawap oleh Mufti Perlis sendiri.

1. Iftar Perdana anjuran IQ (Institute Al - Qayyim) Malaysia yang mana penasihatnya adalah Dr Maza.

2. Persoalan pertama - Pada 3 Mei yg lalu, Tuan Mufti update di dalam facebook - pergi ke pesta buku PWTC - dengan lafaz "menyindir" mengatakan bahawa bahawa faktor ekonomi dan rakyat yg merungut hidup penuh kesukaran. Beliau juga berkata keadaan yang sama apabila pergi ke pasar harian. Rakyat bersungut katanya.

3.  Bukankah meletakkan harga pakej Iftar sehingga RM 30 000 membuktikan bahawa, tuan mufti sangat berkenyakinan dengan kemampuan rakyat? Tak mungkin tuan Mufti meletakkan harga setinggi itu sekiranya tuan mufti tidak yakin ekonomi rakyat sebaik itu. Jadi mengapa terdapat pemikiran double standard dalam isu yg sama? Jika berkaitan dgn pemerintah, rakyat kesempitan, popcorn berGST dan lain2. Bila berkaitan dengan Institusi Qayyim sebaliknya.

4. Persoalan ke dua - Iftar mewah ini di anjurkan oleh IQ Malaysia. Tujuan adalah mengumpul dana untuk berdakwah. Saya mengunjungi website mereka - http://al-qayyim.org.

5. Kali terakhir update kalau tidak silap saya pada 2015. Dan saya tidak nampak apa2 aktiviti yg di update oleh institusi ini sejak 2013. Malah carta-organisasi juga kekal sejak 2013. Benarkah institusi ini masih berfungsi? Bukahkah setiap tahun perlu adakan AGM? Mana laporan kewangan mereka setiap tahun?

6. Saya sebagai rakyat memerhati page2 dan pergerakkan mereka. Mereka update gambar selfie melancong ke Indonesia dan US. Dana mana yg mereka guna untuk melancong? Saya harap duit2 untuk pergi melancong merata dunia bukan dari hasil derma awam.

7. Saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Institusi Al Qayyim ini. Jika DS Najib selaku penasihat 1MDB sanggup tampil kehadapan menjelaskan aspek kewangan, maka Dr Maza selaku penasihat Institute Al Qayyim Malaysia juga perlu melakukan perkara sama. Beliau patut minta SPRM, pihak audit dan pihak polis menyiasat aliran kewangan institusi ini yang mana ianya seperti "dysfunction" sejak tahun 2015 tetapi masih aktif mengumpul dana.

8. Akhir kata, Iftar adalah dituntut agama. Namun usah mengambil kesempatan pada rakyat yang kamu sendiri kata sengsara dari segi ekonomi. Adakah baik jika program Iftar ini dilakukan secara percuma. Tidak mahukah ganjaran pahala memberi makan kepada peminat kalian ketika berbuka puasa?

Usah jadikan IBADAH IFTAR sama seperti VALET DOA yang juga menyediakan pakej2 yang mahal dan berbeza.

Pautan tulisan Dr Aznil : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=818772938289762&id=100004711893521

PAKEJ BERBUKA RM30K - MALAYSIA BANGKRAP?

MUFTI BERBUKA PUASA HINGGA RM30K - MAKAN GUNA SUDU EMAS?

Ramadan bakal menjelma hujung Mei nanti dan promosi berbuka sudah kembali memenuhi ruangan iklan di pelbagai restoran dari yang kecil hingga hotel ternama. Tidak kurang pakej berbuka disertakan dengan iringan kumpulan nasyid terkemuka tanahair bagi menarik perhatian rakyat.

Mengejutkan sekali ada promosi pakej berbuka mengenakan caj sehingga RM1,500.00 ke RM30,000.00 bagi satu meja berkapasiti 10 orang. Pakej yang melibatkan beberapa muka yang dikenali itu seperti tidak mengambilkira keadaan rakyat marhein dalam bersederhana ketika bulan Ramadan. Di media sosial, kebanyakan netizen mengeluh menyatakan mereka terkesan dengan ekonomi tetapi jika di lihat pada selera untuk berbuka, mereka seperti  pelarian Eutophia yang kelaparan.

GST pada kadar 6% pun individu terkenal dalam promosi pakej tersebut sudah mengeluh dan memperli kerajaan tetapi beliau seperti bersetuju dengan pakej 30k yang akan dikenakan kepada rakyat yang ingin berbuka bersama beliau. Menu apakah yang akan dihidangkan hingga mencecah angka yang tidak munasabah sebegitu? Adakah kerana populariti yang tidak seberapa maka caj mahal dikenakan dan adakah sebahagiannya akan masuk ke kantung individu tersebut?

Hebat benarkah menu yang akan disediakan atau caj dikenakan sebagai bayaran kepada individu terbabit untuk tampil dalam majlis berbuka? Mungkin akan ada PUISI PUISI bagi mempertahankan harga pakej serta cubaan meyakinkan rakyat wang tersebut akan disalurkan sepenuhnya kepada rakyat serta asnaf yang memerlukan.

DAP MENIPU RAKYAT - ADUN PUJUT JUAL MAKLUMAT KE PIHAK LUAR?

DAP PUNYA SEMBANG 'BABI' BOLEH TERBANG - ADUN PUJUT MENIPU SPR DAN RAKYAT SARAWAK?

Dewan Undangan Negeri Sarawak telah melucutkan jawatan Adun N74 Pujut kerana dakwaan memiliki 2 kerakyatan sememangnya menjadi sensasi berita untuk politik. Wakil DAP yang mengalahkan BN ini secara tidak langsung memperlihatkan sikap sebenar DAP yang selama ini menuduh BN menipu setiap kali pilihanraya. Sebagai rekod Dr Ting Tiong Choon mengalahkan calon BN, Dato Hii King Chiong dengan majoriti 1,759 undi dalam PRN Sarawak pada 2016.

Mengejutkan bagaimana DAP yang selama ini mendakwa parti tersebut telus boleh menipu Rakyat Sarawak tanpa ada rasa bersalah. Terbukti dengan perlucutan ini, DUN Sarawak telah mengambil tindakan di landasan betul kerana amat membahayakan rahsia rahsia kerajaan negeri selagi Adun DAP ini berada dalam Sidang Dun. Jika beliau (DAP) boleh menipu sebegitu tidak mustahil kalau rahsia negeri juga tergadai.

Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng merupakan individu yang perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas penipuan ini. Namun demikian mereka seperti biasa, tidak akan mengakui kesalahan DAP sebaliknya akan menimbulkan pelbagai alasan bagi melepaskan tengkuk masing masing. Seperti yang diketahui umum, anak beranak ini akan menuding kepada BN walau jelas taktik kotor merupakan amalan 'terpuji' dalam DAP. Bagi pentaksub DAP pula, dua individu ini adalah makhluk 'Suci' dan tidak boleh dipersalahkan dalam skandal penipuan menggemparkan politik Malaysia dan Sarawak.

Pakatan Harapan seringkali menuding BN bermain taktikal kotor hingga wujud tohamahan mengenai penipuan dalam piliharaya namun dengan kes Adun Pujut ini, rakyat akan membuka mata siapakah yang selama ini menipu mereka. Terbaru Nurul Izzah Anwar menuduh BN akan menggunakan segala teknik kotor bagi memenangi PRU14. Ternyata sebelum pembubaran parlimen dilakukan, Pakatan Harapan di dapati melakukan taktik tersebut sekaligus membuktikan pihak mereka tidak pernah telus dalam melaungkan kempen BERSIH. Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) sewajarnya memandang penipuan Blok Pakatan Harapan ini secara lebih teliti bagi mengelakkan sebarang penipuan berlaku di masa akan datang.

Pemimpin Pakatan Harapan sewajarnya di siasat kemungkinan memiliki 2 kerakyatan kerana tingkah laku mereka meragukan bilamana sering keluar negara bertemu dengan pemimpin luar bagi memburukkan Malaysia setiapkali mereka tidak.berpuashati dengan keputusan pilihanraya. Anwar Ibrahim sebagai contoh pernah meminta campur tangan Al Gore malah Wan Azizah sendiri pernah meminta pihak luar mencampuri urusan politik Malaysia, malah beberapa pemimpin Pakatan Harapan turut berbuat demikian. Tidakkah ini menimbulkan persoalan bahawa mereka juga dalam diam diam mempunyai kerakyatan negara lain dan akan meninggalkan Malaysia seandainya kalah dalam pilihanraya kelak?

Inilah sikap sebenar DAP dan Pakatan Harapan selama ini. Menipu rakyat dan mempergunakan rakyat demi kepentingan parti mereka tanpa mempedulikan nasib rakyat. Pru14 bakal menjadi 'kubur' Pakatan Harapan dan rakyat perlu menutup segala pintu untuk mereka memperbodohkan pengundi lagi sekali.


Monday, 8 May 2017

"INGAT ORANG GILA, RUPANYA MP LUMUT" - DEMO BEBAS ANWAR

'ORANG GILA' CARI PUBLISITI

Disangkakan orang kurang siuman namun mengejutkan apabila diketahui orang tua di tengah tengah jalan itu ialah Ahli Parlimen Lumut dari kem PKR. Dengan memegang sekeping manila kad tertulis 'Bebas Anwar'

Mohammad Imran Abd Hamid, wakil PKR di P074 Lumut bertindak membuat demonstrasi berseorangan di tengah jalan berhadapan sebuah pasaraya di Manjung. Beliau yang kelihatan sangat tidak terurus mengenakan kopiah sambil mengharapkan pemandu yang melintas dihadapannya memberikan sokongan. Kelibat beliau di lihat di lokasi pada jam 11 pagi dan kebanyakan pemandu menyangkakan individu tersebut orang gila.

Sepanjang menjadi wakil Lumut, belaiu dikatakan tidak memberi khidmat kepada rakyat dan hanya muncul apabila bahang PRU14 terasa. Adalah ini strategi PKR untuk mengelirukan rakyat setiap kali menghampiri pilihanraya. Mereka akan keluar dari tempat 'hibernisasi' dan menampakkan konon mereka buat kerja untuk rakyat sedangkan selama ini hal ehwal rakyat tidak dipedulikan sama sekali.

Amat malang sekali bagi rakyat di parlimen Lumut memilih PKR mewakili mereka di Lumut sedangkan tiada apa yang beliau mampu bawakan untuk pengundi kerana kerajaan BN Perak sendiri berusaha membantu rakyat selama ini. 'Parasit' pembangkang ini sekadar mengambil 'kredit' seolah merekalah pejuang rakyat selepas segalanya diuruskan kerajaan BN Perak.

Adakah beliau kini sudah gentar dengan gerak kerja BN Perak yang sudah di terima baik rakyat Perak? Mungkinkah Mohammad ingin menukar angin atau bahasa mudah 'lompat parti' apabila berpakaian seperti ahli PAS sekaligus memberi isyarat beliau sedia beralih parti setelah khuatir PKR tidak lagi mendapat tempat di hati pengundi Perak?

Jika benar lakonan pembangkang hanya tertumpu apabila hampir PRU, malang sekali jika mereka diberikan mandat mewakili rakyat sekali lagi. Rakyat Perak pastinya akan menalkinkan pembangkang pada PRU14.

Friday, 5 May 2017

'PENYAMUN' KENA SERGAH DENGAN 'PEROMPAK' - PKR KUCAR KACIR, AZMIN SENYUM RIANG?

'PEROMPAK' TUDUH 'PENYAMUN' - PKR BERGOLAK

Perang sudah bermula dalam PKR antara kem Azmin dan kem Rafizi Ramli. Percakaran dua ahli parlimen PKR ini semakin menarik kerana desak mendesak sudah berlaku berkaitan hasil 'ROMPAKAN' yang mereka sendiri lakukan selama ini.

Adam Rosly yang berhadapan tuduhan berkaitan penggubahan wang haram telah mula menyerang Rafizi secara terbuka. Dalam satu kenyataannya, beliau mahu Rafizi mendedahkan hasil serta amaun wang yang telah di kutip dari Rakyat tanpa pernah di audit oleh mana mana pihak selama ini. Dalam tuntutan itu juga, Adam mendesak Rafizi mengisytiharkan jumlah keseluruhan harta miliknya serta aset syarikat milik Ahli Parlimen Pandan itu.

Perbalahan ini dipercayai bukan baru tetapi umpama 'Retak Menanti Belah' apabila penahanan Adam oleh pihak SPRM terjadi. Rafizi yang pernah mendakwa wujud Skandal Rasuah Seks di Selangor mengundang rasa tidak senang Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor turut menjadi punca perbalahan ini. Di tambah pula keengganan Rafizi membela Adam yang dikatakan sebagai 'Ayam Sabung' Azmin membuat api percakaran semakin merebak.

Serangan Lateefa Koya mengenai logo Pakatan Harapan pula di lihat sebagai pencetus konflik hadir tepat pada masanya bagi kem Azmin menjatuhkan Rafizi dan di sambut oleh Adam dengan desakan mengenai Invoke dan NOW. Lateefa mendakwa Rafizi mengutip jutaan ringgit dari rakyat tetapi menghasilkan kompilasi logo yang hanya mengundang rasa lucu di kalangan netizen malah logo tersebut dijadikan bahan lawak di media sosial.

Berikut adalah petikan dari desakan Adam Rosly terhadap Rafizi.

Kebimbangan terbesar adalah terhadap kutipan dana secara besar-besaran daripada orang ramai bagi pihak Rafizi NGO Invoke dan NOW Ini koleksi wang daripada orang awam secara berterusan.

Satu perkara aneh apabila Rafizi telah gagal untuk mendedahkan butiran pengumpulan dana tersebut, walaupun beliau sering menyeru semua pihak, iaitu BN dan pembangkang, untuk mengisytiharkan aset mereka.

i) Jumlah wang yang telah dikumpulkan daripada orang ramai oleh NGO beliau Invoke dan NOW.

ii) Nyatakan bagaimana wang telah dibayar setakat ini

iii) Menyatakan nama semua individu yang telah menerima dana yang dikumpul oleh Invoke

Beranikah Rafizi yang selama ini hanya tahu mempertikaikan pihak lawan berdepan dengan desakan dan memenuhi tuntutan Adam? Adakah Azmin kini sudah mampu senyum apabila seteru yang dikatakan sebagai penghalang cita citanya sudah dikenakan tekanan sekaligus memudahkan perancangan beliau dalam PKR?

Drama PKR kini tidak ubah seperti sudah ditentukan skripnya sepertimana dikehendaki 'Pengarah' namun identiti pengarah tersebut masih menjadi misteri. Rakyat dan netizen memerhati dengan minat 'Wayang Pacak' PKR kali ini dan besar kemungkinan PKR akan tersungkur di PRU14 akan datang.