Friday 31 July 2015

Kebenaran DiBalik Pengguguran

Negara dikejutkan dengan pengguguran 4orang Menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri tempohari.
Apa yang Dato Sri Najib Razak lakukan walau sukar namun terpaksa beliau lakukan atas nama kebenaran.

Apa yang beliau perlukan adalah satu pasukan yang membantu beliau menangani isu isu nasional namun mantan Menteri seolah tidak memberi kerjasama yang kukuh dalam bersama sama mengendalikan isu dengan baik.

Apabila satu pasukan tidak dapat memberi komitmen yang tinggi untuk menyelesaikan setiap isu berbangkit maka semua masaalah dilihat ditanggung oleh Dato Sri Najib berseorangan.

Adakah tindakan beliau membentuk pasukan yang lebih ampuh perlu diragui?
Amat mustahil beliau dapat buat sesuatu keputusan tanpa kerjasama dari pasukan beliau.

Oleh itu tindakan mencorak semula kabinet beliau adalah perkara terbaik yang dilakukan dalam memastikan kebenaran akan sampai kepada rakyat.

Dilihat pengukuhan kabinet dalam rombakan ini sangat bertepatan dengan masa.Oleh demikian kebenaran akan terserlah bila kerjasama dari setiap anggota kabinet akan lebih jitu.

No comments:

Post a Comment