Saturday, 29 August 2015

Mahathir Dan Bersih Berakhirnya Era Gemilang

Tindakan Tun M hadir dalam perhimpunan Bersih hari ini seperti menandakan berakhirnya era gemilang 22tahun pemerintahannya.

Umum mengetahui perhimpunan ini dianjurkan bersama oleh Dap yang satu ketika merupakan musuh politik beliau.Beliau dilihat hadir ke perhimpunan itu jam 7.00petang dan disambut seperti wira.

Apa sebenarnya yang beliau fikirkan? Adakah ini mencerminkan ketokohan yang selama ini disanjung oleh penyokongnya.Lupakah beliau Dap pernah lontarkan pelbagai caci fitnah terhadapnya sewaktu beliau memerintah.

Apa pun tindakan Tun M sesungguhnya tidak mencerminkan amanat beliau kepada rakyat satu ketika dulu yang mengecam demonstrasi jalanan.Apakah beliau sudah lupakan sengketa bersama Dap?

Apa pula alasan beliau menghadirkan diridalam perhimpunan itu?Sesungguhnya Tun M  sudah lupa akan sajak beliau~Melayu Mudah Lupa~

BERSIH 4.0 KJ Jadi Patung Kena Sumpahan

Khairy Jamaluddin berdiam diri dalam isu Bersih 4.0.Apakah tindakan itu menunjukkan bahawa beliau setuju dengan kempen ini?

Ketua Pemuda MCA memberi isyarat bahawa MCA tidak melarang ahlinya menyertai rali dua hari itu.Kenyataan itu dibidas oleh Exco Pemuda Umno namun KJ hanya membatu.

Apa guna jadi Ketua Pemuda Umno kalauhanya menutup mata dan menjadi patung dalam isu ini? Adakah KJ pada dasarnya bersetuju andai kempen ini membangkitkan rasa benci terhadap UMNO dan kerajaan sediada?

Adalah lebih baik KJ berundur dari semua jawatan yang disandang andai tidak mampu lagi.Disaat Presiden Umno diserang beliau turut ambil peluang menyerang..disaat negara sedang berhadapan dengan isu keselamatan rakyat beliau hanya berdiam diri.

Atau KJ hanya boneka kepada tangan ghaib yang sememangnya mahu memjatuhkan DsN dan kerajaan?
Beliau patut malu kepada barisan Exco Pemuda yang tangkas membidas Ketua Pemuda MCA dan mendesak Presiden MCA bertindak.

Jangan jadi beban lagi KJ. Penulis tidak nampak aura KJ sebagai pemimpin pelapis untuk mengemudi negara.Hanya aura selebriti sahaja yang mampu KJ wujudkan.

Thursday, 27 August 2015

HABUAN SEKS MENANTI PESERTA BERSIH 4.0???

Inilah cara kempen Bersih 4.0.Menggunakan model seksi untuk mempengaruhi orang ramai turut serta dalam rali dua hari itu.

Musykilnya mengapa gunakan tarikan seksual untuk kempen ini? Ketandusan idea atau sememangnya disajikan habuan untuk peserta diakhir rali?

Rakyat yang sayangkan keamanan masih menaruh harapan tinggi terhadap Polis DiRaja Malaysia untuk menangani situasi
ini.

Apakah mereka menawarkan khidmat seks untuk peserta kali ini? Atau menggunakan khidmat pelacur yang sememangnya banyak di Selangor sepertimana diketahui umum rumah urut tumbuh bak cendawan.

Penganjur dan mereka dibelakang tabir kempen Bersih ini patut ditahan sebelum mudarat terjadi.Masihkah perlu berlembut dengan anasir kotor ini?

Rakyat menolak kempen ini.
Kempen Bersih 4.0 ini seolah mempromosi seks bebas dan ini gambaran buruk terhadap Negara.

Moga kempen ini GAGAL.Penulis berharap pihak berkuasa segera melaksanakan undang undang mencegah kemudaratan.

Wednesday, 26 August 2015

Ketua Polis Negara Bertindak Atau Berdiam Diri?

Ketegasan pihak Polis DiRaja Malaysia amat dituntut dalam memastikan perhimpunan yang dijangka pada 29-30 Ogos ini dihentikan.
Dalang dalang yang menerajui kempen Bersih 4.0 ini hendaklah ditahan dibawah Akta Hasutan kerana mendatangkan kegusaran rakyat.

Dalam 3siri Bersih sebelum ini tidak dapat dinafikan hanya kerugian dan kerosakan yang terjadi.Bayangkan bila anak kecil turut sama diheret di jalanan dan menghadapi risiko.Ap yang dimainkan oleh pihak pembangkang hanyalah perasaan benci kepada kerajaan.

Sampai bila mereka akan bermaharajalela dengan tiada tindakan tegas diambil oleh PDRM? Rakyat meletak sepenuh kepercayaan kepada Ketua Polis Negara untuk melakukan tindakan drastik demi keamanan Malaysia.

Dianjur sehari sebelum Hari Sambutan Kemerdekaan Negara dikhuatiri akan menjejaskan imej Negara seolah Malaysia ini dalam Darurat.
KDN seharusnya memandang serius perkara ini kerana ianya melibatkan sebuah parti politik yang dikenali bersifat cauvinis.

Polis DiRaja Malaysia..jangan abaikan kepercayaan rakyat kepada anda.
Bertindaklah sebelum kerosakan berlaku.
Gunalah apa sahaja Akta demi keselamatan rakyat.

BERSIH...AMARAN ATAU TINDAKAN..RAKYAT MEMERHATI

Barisan yang bakal memimpin kempen Bersih ini terdiri dari mereka yang aktif dalam politik perdana.
Dakwaan bahawa kempen ini bersifat non-partisan tidak dapat diterima sama sekali.

Apa yang dikhuatiri adalah mereka yang akan turut serta dalam kempen ini tanpa mengetahui bahawa mereka dipergunakan demi cita cita politik kotor ciptaan pembangkang.

Sampai bila rakyat mahu diperbodohkan oleh cauvinis ini? Apa sahaja akan dihalalkan oleh mereka asalkan dapat apa yang diidamkan

Dimana semangat Malaysia yang didokong oleh rakyat.Tindakan mereka hanya akan menyusahkan rakyat dan pihak berkuasa dan membazirkan jutaan ringgit bila harta awam dirosakkan.


Tindakan tegas perlu diambil keatas pe ganjur.Gunakan apa juga akta yang ada untuk memastikan kesejahteraan Malaysia tidak tergugat dengan kempen bodoh ini.

Ini bukan masa berlembut dengan parasit yang hanya mahu impian terlaksana.Tiada guna amaran diberi kerana mereka akan tetap menunjukkan bahawa kerajaan tetap salah.

Jangan harap undang undang akan dihormati andai tiada ketegasan dari pihak berkuasa.Inilah cara politik pembangkang..terutama Dap.

Ambiga Patut Dikenakan Tindakan Tegas.

Apa sebenarnya motif kempen Bersih ini?
Seakan tidak memperdulikan keharmonian masyarakat majmuk Malaysia penganjur terus bertindak menghasut rakyat untuk menentang Kerajaan yang sah dipilih dalam pilihanraya.

Walaupun pihak berkuasa mengesahkan tiada sebarang permit diluluskan penganjur tetap berkeras.Apakah Polis DiRaja Malaysia tidak mengambil langkah awal mencegah?

Apa yang pernah dilakukan dalam kempen Bersih yang lepas hanya kerosakan harta awam serta imej Malaysia dimata dunia.Atas alasan apa pula kempen kali ini dilakukan.Atau penganjur sememangnya hanya inginkan kekacauan.

Hasutan pula telah bergema lama sebelum tarikh diumumkan.Apa tindakan tegas dari PDRM?Akta POTA telah diluluskan dalam Parlimen jadi mengapa ianya tidak digunakan.

Rakyat sudah muak dengan kempen sebegini yang ternyata mendatangkan keburukan kepada pelbagai sektor kerana tarikh hanyalah sehari sebelum tarikh Hari Kemerdekaan Malaysia.Apa sebenarnya dibalik pemilihan itu?

Kerajaan sebaiknya bertegas demi kesejahteraan majoriti Rakyat yang cintakan kedamaian dan harmoni.
Ambiga patut dikenakan tindakan tegas.

Tuesday, 25 August 2015

Leka..Barisan Nasional Bersedia Jadi Pembangkang???

Dap Dah Mula Ke Arah PRU14...UMNO Dimana?

Dalam kempen menambah jumlah pengundi Dap dilihat lebih efisien melakukan gerak kerja.

Manakala UMNO masih terkial kial dalam mencari pengundi muda dalam memastikan kesinambungan politik Malaysia.

Dalam satu program di Dun Mengkibol,Kluang dapat dilihat berapa raianak muda mendaftar sebagai pengundi baru untuk menghadapi PRU14.

Dimana pula Pemuda dan Puteri Umno diwaktu ini?Pastinya sedang sibuk mencari pengaruh untuk memastikan kedudukan dalam politik bila tiba pemilihan Umno akan datang.

Amat memalukan bila program jutaan ringgit anjuran Pemuda dan Puteri tidak menghasilkan apa apa untuk Pru.Dap pula hanya berbekalkan meja,komputer riba,kerusi dan sedikit 'flyers' tetapi mendapat sebegitu ramai pengundi yang akan komited mengundi pembangkang.

Mana maruah Umno?
Mana maruah komponen Barisan Nasional?
Mungkin sudah boleh berkira kira tempat dikerusi pembangkang.
Mampukah Khairy Dan Emi menjawap persoalan ini?
Ta

Khairy Bakal Letak Jawatan Kerana Gagal Sebagai Menteri.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah mengambil ketetapan menyokong Tan Sri Muhyidin sebagai Timbalan Presiden Umno.

Ini berikutan ucapan wakil Keningau yang mencadangkan Dato Ser Zahid Hamidi dipilih sebagai Timbalan Presiden Umno menggantikan TsMY.

Apa yang dilihat KJ tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang boleh dikatakan sebagai Ketetapan Pemuda Umno dalam menyokong Dato Sri Najib Razak sebagai Presiden Umno.Beliau lupa bahawa Presiden juga patut Pemuda pertahankan dari serangan liar.

Tidak mencerminkan laungan sokongan yang pernah diucapkan kepada Presiden semasa pertemuan antara Pemuda dan Presiden.Apakah KJ melihat peluang untuk kerusi Naib Presiden setelah Shafie Apdal digugurkan dari kabinet?

Mampukah KJ? Dengan kegagalan beliau selaku Menteri Belia Dan Sukan dalam memantapkan sukan negara apa "bekalan" KJ untuk menampilkan diri.
Urusan anakmuda juga boleh dikatakan gagal ditangani oleh KJ bermakna beliau hanya menyandarkan populariti.

KJ patut malu dengan Exco beliau yang kelihatan sendirian dalam membuat gerakan untuk membantu Presiden dalam menyatukan kembali ahli Umno.

Apa guna jadi Ketua Pemuda kalau tidak mampu menjadi benteng untuk parti dan Presiden Umno dikala diserang segala penjuru?Ada baiknya KJ memikirkan perletakan jawatan.

Saturday, 22 August 2015

Tikam Belakang..Ingatan Presiden Umno

KUALA NERUS: Anggota UMNO diminta tidak mengkhianati parti dan tidak mementingkan diri sendiri jika mahu parti menang selesa pada pilihan raya umum akan datang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perkara itu antara formula ‘5K’ yang digariskan Presiden UMNO dalam memastikan parti dapat mengharungi pelbagai cabaran ketika ini.

“K pertama ialah khianat…kalau nak menang selesa…jangan khianat parti, jangan cah keting, kutuk atau condemn parti.

“Saya harap perkara seperti ini kita tinggalkan.” kata Najib yang juga Perdana Menteri sambil menambah komitmen baharu itu perlu untuk mengukuhkan lagi parti.

Beliau berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus.

Merujuk kepada ‘kapal’ sebagai ‘K’ kedua, Najib menekankan pentingnya anggota parti tidak bersikap mementingkan diri sendiri sehingga sanggup menebuk kapal sendiri, iaitu parti UMNO.

“Jangan ada yang sanggup korek kapal sendiri sehingga orang lain mati lemas…nanti bila PRU kita kalah,” katanya.

Memperkatakan tentang kisah lama pelayaran Ferdinand Magellan dan pembantunya panglima Awang mengelilingi dunia, Najib berkata beliau yakin kejayaan misi mereka terletak kepada persefahaman antara kedua-duanya.

“Saya percaya Magellan dan Awang pun ada berbalah, tetapi anak kapal tak dapat hidu, jadi akhirnya mereka berjaya mencapai misi.

“Begitu juga dalam UMNO. Perbezaan pendapat itu pasti ada tapi kita harus jaga adab, jangan sampai mengaibkan orang lain, baru UMNO boleh berjaya,”jelasnya.

Mengulas tentang ‘K’ seterusnya, Najib berkata kerja kuat dalam kalangan anggota UMNO dan bergerak sebagai satu pasukan merupakan faktor penting, selain memastikan wujud jalinan kerjasama erat – ‘K’ keempat – antara kerajaan pusat dan negeri.

“Semangat setiakawan itu perlu sentiasa ada, senang susah kita kena saling bantu membantu,” katanya yang secara berseloroh mengakui “tidak enyedari” telah meluluskan kira-kira RM3 bilion kepada Terengganu untuk membiayai pelbagai projek pembangunan di negeri ini.

Kata Najib, elemen terakhir merujuk kepada kompetensi anggota parti, khususnya yang mahu diletakkan sebagai calon parti.

“Jika nak ketengahkan orang (sebagai calon pilihan raya), mesti yang adakompetensi atau kebolehan.

“Ini antara ‘K’ yang kita boleh pakai dan jika diamalkan saya yakin UMNO boleh berjaya,” katanya.

Najib berkata walaupun UMNO diakui sebagai parti terkuat dan banyak jasanya di negara ini, namun ia tetap berdepan dugaan.

Atas faktor itu, katanya, setiap anggota UMNO perlu memperkuatkan iltizam dan semangat untuk mendokong perjuangan parti walau dalam apa jua keadaan.

Selepas badai mungkin ada pelangi,” katanya dengan disambut tepukan anggota perwakilan yang hadir.

– BERNAMA

Friday, 21 August 2015

Pemuda Umno Hanya Ada Seorang Sahaja...KJ Patut Letak Jawatan.

Dimana Ketua Dan Exco Pemuda DiSaat Ini???
Armand Azha salah seorang Exco Pemuda telah menyahut cabaran dalam mempertahankan institusi Umno dan mempertahankan Presiden Umno dari serangan luar dan dalam.

Tanpa gentar beliau mengajak semua Pemuda bangkit dan bersama sama berdiri teguh dan merapatkan kembali barisan dalam memastikan Umno kekalkan status quo dalam Pru akan datang.

Malangnya sikap Ketua Pemuda Umno yang berdiam diri tidak membantu dalam usaha ini.Sekalung tahniah atas usaha Armand Azha yang sedar bahawa serangan keatas Presiden Umno hanya melemahkan Umno.

Dimanakah Exco Pemuda yang lain dalam isu ini?Bermain selamat atau tidak
berani seperti Armand Azha?Pemuda pihak pembangkang tidak segan silu pertahankan Presiden mereka walau diserang bertalu talu..tapi malangnya Pemuda Umno sebaliknya.Mereka turut sama menyerang Presiden Umno sendiri.

SOLIDARITI makin hilang dalam Pemuda UMNO.

Gulingkan Kerajaan..Apa kata Mufti???


IPOH: Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata tindakan mengguling kerajaan adalah haram kerana tindakan itu tidak terdapat dalam ajaran Islam.

Beliau berkata sebagai seorang Islam perlu mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Katanya orang Islam diwajibkan untuk menasihati kerajaan jika terdapat unsur kezaliman dalam pentadbiran dan itu merupakan jihad terbesar.

"Dan ini kita sudah usahakan. Kita telah menubuhkan pertubuhan ulama umarak yang terdiri daripada perdana menteri, menteri-menteri dan ulama, mufti-mufti yang kita adakan persidangan setiap tiga bulan sekali.

"Dalam mesyuarat itu kita akan memberi nasihat dan pandangan ... kita tegur apa yang patut dan tidak patut dibuat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Restoran D'Asnaf di sini hari ini.

Harussani berkata sebagai anggota kerajaan termasuk menteri dan Exco kerajaan negeri, mereka telah berikrar melaksanakan tugas mengikut perlembagaan yang ditetapkan.

"Ikrar berkenaan yang menyatakan sumpah dengan nama Allah sebanyak tiga kali merupakan sumpah yang perlu dilaksana ... kalau dia melanggar sumpah, maknanya dia dilaknat Allah.

"Bila kita bersumpah selagi sumpah itu tidak melanggar syarak, wajib kita laksanakan ... kalau bersumpah untuk melakukan benda melanggar syarak, wajib dia batalkan sumpah," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai penggunaan rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai 'vape', Harussani berkata setiap sesuatu yang mendatangkan bahaya terhadap kesihatan adalah haram menurut Islam.

"Setakat ini belum lagi (dikeluarkan fatwa rasmi)... jika ada orang minta untuk keluarkan fatwa, kita (Majlis Fatwa Kebangsaan) akan panggil bahagian pendidikan dan kesihatan untuk terangkan kepada kita, baru buat (keluarkan) fatwa," katanya.

Thursday, 20 August 2015

Puteri Umno Kena Sumpahan Sang Kelembai…Jadi Patung Cendana???

Pergerakan Puteri Umno Malaysia Kena Sumpahan Sang Kelembai?
Dibarisi oleh individu hebat serta punya pengaruh Puteri berjaya menawan hati pengundi muda dari golongan belasan tahun.

Tidak dinafikan gerak kerja mereka sangat efisien dalam mendekati anakmuda.
Namun sejak Presiden Umno diserang hingga saat ini tidak kelihatan satu bentuk sokongan dari sayap ini terhadap Presiden Umno.

Ketua Puteri terus membisu tanpa menyatakan pendirian selaku wakil Puteri Umno.Bila ketua diam membisu maka barisan exco juga seolah jadi patung cendana-watak dalam filem melayu-.

Apakah Puteri tiada semangat SOLIDARITI atau sememangnya memandang enteng serangan terhadap UMNO dan Presiden?Dimana ketua media penerangan Puteri?Ketua Media Sosial Puteri?Mengapa tiada langsung tindakan progresif dibuat dalam menangkis serangan terhadap Umno?

Apakah mereka bermain selamat dengan membelakangkan SOLIDARITI kepada Umno?Siapa yang harus bertanggungjawap?

Diharap agar Puteri jangan khayal dengan serangan keatas Umno dan beranggapan itu tidak menjejaskan apa apa.Anakmuda sentiasa memerhati anda Puteri Umno.Selaku Ketua Puteri Umno YB Mas harus tegas dalam menyatakan pendirian Puteri Umno.


Wednesday, 19 August 2015

Puteri Umno Zumba Tayang Punggung DiDepan Vip???

Baru baru ini seorang wakil dari Puteri Umno Sg Siput saudari Amalina telah memgusulkan agar penampilan Puteri lebih bersopan dikhalayak ramai.Kita amat alu alukan usul itu dan menerima bahawa sudah sampai masanya berubah selaras dengan tatatertib sebagai seorang muslim.

Namun ada satu perkara yang agak menjengkelkan pada pandangan penulis apabila perasmian mesyuarat satu bahagian dicemari dengan tarian zumba oleh puteri umno.

Penulis mendapat kiriman gambar yang dikira menjolok mata dan minda.Dimana kesopanan bila penari menari diatas pentas dan barisan VIP berada sama diatas pentas.

Apa sudah jadi? Mesyuarat atau pesta tarian? Mungkin Puteri Umno ada jawapannya.Jangan disebabkan perkara kecil ini akan menjadi bahan cercaan kepada Puteri Umno Malaysia.

Moga ada pengajaran diambil oleh pimpinan Puteri Umno Malaysia dimasa akan datang.

Panas...Mat Said Bakal Sertai GHB...Dun Kijal Bakal Kosong.

Dun Kijal Kosong” !!

Warga netizen kecoh hari ini apabila tersebar berita yang tidak dijangka dari DUN Kijal. YB Ahmad Said atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Said dikatakan bakal berundur dari jawatan yang beliau sandang sekarang.

Menurut sumber Mat Said dikatakan agak tertekan dengan isu yang beliau sendiri sensasikan. Isu ‘Cagaran Minyak Terengganu’ yang telah beliau manipulasikan sendiri. Mat Said dikatakan tidak menjelaskan perkara sebenar disebalik konotasi ‘cagaran’ tersebut. Beliau kelihatan cuba sembunyikan fakta sebenar tentang ‘kertas cadangan’ yang telak ditolak dengan baik berhubung perkara tersebut.

Wujud perbezaan ketara antara kertas cadangan yang dipersetujui dan ditandatangani dengan cadangan yang ditolak. Kenapa Mat Said cuba tonjolkan ‘cagaran’ dari sudut perspektif yang keterlaluan seolah-olah cadangan ini berlaku melalui pintu yang tidak sah?

Malah menurut Menteri Besar Terengganu YAB Ahmad Razif, pada awalnya sebanyak RM1 juta dilaburkan kepada 1MDB sebagai pendahuluan tetapi setelah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berasa kerajaan tidak mampu untuk mengurus dan tidak mahu ada risiko, kerajaan menarik balik dan RM1 juta itu dikembalikan.

“Maka tidak ada apa-apa kaitan antara TIA dengan 1MDB kerana pada masa itu, TIA telah ditutup,”

Ahmad Razif turut menjelaskan “Terengganu menggunakan konsep integriti dan saya mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk membuat laporan dan bertindak mengikut saluran yang betul,”.

Kalau dilihat dari sikap keterbukaan Menteri Besar Terengganu itu, kenapa sehingga sekarang Mat Said tidak tampil untuk membuat aduan rasmi mengenai salah laku kertas cadangan tersebut?

Bersumpah atas nama Allah tentang wujudnya kertas cadangan yang ditolak adalah yang sepatutnya Mat Said lakukan dan bukannya sensasikan isi kandungan kertas cadangan yang tak jadi.

Teringat mantan Menteri Besar sebelum Mat Said, Datuk Seri Idris Jusuh, walaupun pengunduran beliau juga menimbulkan rasa tidak senang di kalangan ahli UMNO namun beliau telah tunjukkan tahap tertinggi jatidiri seorang pemimpin dan pejuang parti UMNO yang sebenar malah mampu meredakan keadaan ketika itu.

Kesabaran beliau akhirnya Allah tunjukkan di mana beliau sekarang. Bukannya mengaku pejuang tetapi bila tidak berjawatan maka segala keburukan dihambur keluar walaupun ianya adalah rekayasa untuk membalas dendam.

Kata orang tua, kalau dah tak serasi maka berpisahlah…kalau dah tak mampu bersama maka sebaiknya berundur dari menjadi duri dalam daging!

lau2

Khairy Ibarat Ibu Ayam...Tindakan Berdiam Diri Tidak Selesai Masalah.

Ingat gambar ini? Betapa bersorak kononnya menyokong penuh Presiden Umno.Menjulang dan berpekikkan laksana guruh berdentuman.Gemuruh dewan digegarkan dengan suara Pemuda
Umno Malaysia.

Namun ianya sekadar retorik mengambil hati Presiden dan ahli Pemuda agar kedudukan mereka dalam arus politik tidak tenggelam.Hebat lakonan mereka terutama Ketua Pemuda Umno merangkap Ahli Parlimen Rembau saudara Khairy.

Isu semasa yang melanda negara kini dipandang sepi oleh mereka mereka ini.Dimana laungan SOLIDARITI mereka dalam Umno? Apa yang terjadi mereka ini bermonolog dikalangan sesama sendiri.KJ dilihat menongkah arus dan ini membuat Exco umpama anak ayam hilang ibu.

Boleh dianggap sebagai Ibu Ayam KJ tidak langsung dilihat membantu Presiden dalam serangan politik yang melanda Umno.Membiar Anak Ayam mencari arah tuju mencari teduhan tanpa memperdulikan mereka malah mengunci mulut dalam tebakan soalan Kesetiaan beliau terhadap Presiden.

Apa pemikiran KJ dalam percaturan ini?Kenyataan beliau juga amat diragui kerana hingga kini masih enggan meletakkan jawatan sebagaimana kenyataan beliau yang sanggup hilang segala kedudukan dalam kabinet.

Adakah KJ terlibat dalam satu dakwaan 5Jebat dalam PRK Rompin dalam mengatur satu strategi api dalam sekam?
Tindakan berdiam diri seolah beliau tidak menyangkal dakwaan itu.Sampai bila mahu diam KJ?

Tuesday, 18 August 2015

Khairy Akan Sertai PKR???


Dengan tindak tanduk yang agak mencurigakan kebelakangan ini Khairy dilihat bersedia untuk beralih wadah politik.

Adakah PKR akan menjadi tempat selesa buat KJ mulakan kembali rentak politik?Beliau kelihatan tidak selari dengan Presiden Umno dan mungkin memilih jalan lain.

Apakah laungan menyokong Dato Sri Najib hanya mainan dibibir Kj? Atau Kj mula mencongak kerusi naib presiden untuk terus kekal dalam arus perdana UMNO.

Kenyataan bahawa beliau sanggup hilang jawatan begitu ketara.Mungkin inilah masa dia mahu menguji setiakawan dalam Pemuda dan lupa bahawa dia dibawah Presiden yang sepatutnya dia sokong dan menjadi benteng.

Salah seorang exco iaitu Armand Azha telah menzahirkan kenyataan menyokong Presiden dan meminta ahli Umno khususnya Pemuda bersama pertahankan Presiden dari serangan.Lain nada dari ketuanya yang masih membisu dalam isu ini.

Sementara itu Khairy masih membisu dan tidak mahu
menyatakan pendiriannya
Apakah Khairy akan mencari tapak baru untuk kariernya? Mungkin tempat paling sesuai adalah pkr……

Monday, 17 August 2015

Siapa Mr A DiBelakang Komplot..Khairy Terlibat??

Satu lagi soalan: adakah lelaki yang sepatutnya bertemu Najib pada 6.00pm semalam merupakan dalang yang merancang plot atau orang yang akan mendedahkan siapa pemimpin sebenar yang menjadi dalang plot tersebut?

Semalam, seluruh negara menunggu dengan penuh debaran kedatangan pemimpin konspirasi di rumah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada jam 6.00 petang. Akhbar-akhbar yang menunggu X-man ini yang merupakan pemimpin di sebalik plot untuk menggulingkan Najib, kecewa atas ketidak hadiran beliau (lihat berita di bawah).

Jadi siapakah pemimpin konspirasi yang merancang untuk menggulingkan Najib. Beliau sepatutnya tampil di kediaman Perdana Menteri namun gagal berbuat demikian? Khairy Jamaluddin juga mahu identiti pemimpin ini didedahkan (lihat berita di bawah). Adakah anda fikir bahawa Khairy tidak tahu? Sudah tentu Khairy tahu. Beliau hanya berpura-pura tidak tahu kerana ahli politik suka berpura-pura tidak tahu.

Najib juga tahu siapa mereka semua. Najib telah menangani beberapa orang daripada mereka dan seterus akan menangani kesemua mereka dengan penuh berhemah. Dalam pada itu, Najib akan membuat mereka menderita dan berpeluh dan membiarkan mereka, satu per satu, untuk menafikan, menafikan, menafikan dan “menjual” satu sama lain.

Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan semalam plot Akuan Berkanun merangkap undi tidak percaya di Parlimen. Itulah Pelan D yang sepatutnya berlangsung pada bulan Oktober atau November jika mereka boleh mendapatkan nombor ajaib sokongan 112, atau lebih baik lagi 120 untuk memberi mereka sedikit margin.

Namun satu perkara yang Zahid tidak dedahkan setakat ini iaitu nama orang yang merancang kesemua ini. Adakah Muhyiddin Yassin pemimpin plot tersebut? Atau adakah Muhyiddin hanya sekadar orang yang dihantar untuk bertindak dan menanggung akibatnya “take the fall”?

Saya rasa perkara tersebut hanya boleh diketahui setelah kita tahu sama ada Muhyiddin merupakan ketua dalang atau sekadar alat kepada dalang sebenar. Dan Zahid tidak mendedahkan lagi. Dan orang yang sepatutnya berjumpa Najib pada 6 pm semalam tidak hadir.

Satu lagi soalan: adakah lelaki yang sepatutnya bertemu Najib pada 6.00pm semalam merupakan dalang yang merancang plot atau orang yang akan mendedahkan siapa pemimpin sebenar yang menjadi dalang plot tersebut?

Menarik bukan?

- See more at: http://www.pru14.tv/2015/08/17/x-man-pemimpin-misteri-dibelakang-plot-menggulingkan-najib#sthash.u0qOwBl3.dpuf

Sunday, 16 August 2015

Teori Konspirasi Terbongkar???

HIDUP UMNO maka POLITIK MELAYU AKAN TERUS HIDUP
Saya orang Ketua Cawangan yang kerdil dan tidaklah sehebat Ketua UMNO Bhg Pontian YB Datuk Ir Hasni Mohammad. Saya yakin jasa Datuk Ir Hasni kepada UMNO juah lebih besar daripada saya. Saya juga yakin Datuk Ir Hasni mungkin tahu (jika tidak terlibat) bahawa TSMY terlibat dalam satu komplot Coup Detat untuk gulingkan YAB Perdana Menteri pada 29hb July 2015.

TSMY bersubahat dengan beberapa anggota Task Force yang berpangkat tinggi untuk membuat dakwaan palsu (tanpa bail) mengaib dan memalukan Perdana Menteri dengan mengaitkan beliau dalam jenayah rasuah.

TSMY telah mengatur semasa mesyuarat cabinet pada hari tersebut Peguam Negara akan dijemput untuk membaca dakwaan palsu terhadap Perdana Menteri dihadapan kesemua jemaah menteri. Maka Dato Najib terpaksa letak jawatan untuk menghadapi tuduhan dan perbicaraan di mahkamah.

Jika coup detat ini berjaya maka sudah pasti TSMY akan dapat untung besar dan ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-Tujuh. Datuk Ir Hasni pun sudah pasti akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor DT.

Tapi malang sekali komplot Coup Detat telah gagal dan TSMY terpaksa pikul beban risiko kegagalan iaitu kena singkir dari jawatan TPM. Inilah yang Tok Nenek kita selalu cakap iaitu Berani buat, berani tanggung sebab sendiri gali lubang.

Kita fahamkan perasaan Datuk Ir Hasni sebab semua harapan dan cita cita tinggi politik sudah berkecai. Tidak salah jikalau mahu salahkan orang lain apabila Team sendiri gagal, tidak salah. Tetapi adalah lebih baik jikalau semangat perjuangan murni yang ada dalam sanubari Datuk Ir Hasni digunakan untuk UMNO, UMNO dan UMNO. DAP mahu pecah belahkan MELAYU. Datuk Ir Hasni dan rakan2 mampu berjuang untuk gagalkan agenda DAP.

SEKIAN WASALAM

Anak..Bekas Peguam Negara..Claire...Apa Kaitan Mereka???

Terkejut bukan?

Kalau melihat pada tajuk tersebut, apa maknanya? Apakah ada hubungkait antara Muhyiddin dan Claire melalui anak perempuannya atau ada hubungan perniagaan antara anak perempuan Muhyiddin dengan Claire melalui menantu baru muhyiddin atau Muhyiddin sebagai ejen Claire?

Pelbagai persoalan timbul disebalik tajuk yang tertera. Yang penting, wujudkah hubungkait tersebut seperti yang sedang hangat dipekatakan di kedai kopi di London?

Antara percaya ataupun tidak.

Renungkan kisah Abdullah ibn Ubai. Bapa munafik yang cukup terkenal namanya di zaman Nabi saw dan Allah kekalkan nama beliau hingga kiamat untuk seluruh manusia melihat bagaimana watak manusia yang hampir-hampir menghancurkan usaha Nabi saw dan Sahabat r.a untuk sebarkan Islam.

Di hadapan Nabi saw dan Sahabat beliau sanggup berbai’ah, berjanji setia akan pertahankan Nabi saw dan ajaran yang dibawanya. Malah berikrar akan terus menyokong Sahabat-sahabat r.a yang bakal menggantikan kepimpinan Nabi saw kelak.

Namun akhirnya Allah tunjuk juga di penghujung penipuan beliau. Saat ingin ke Perang Badar. Apa kata bapa munafik ini? “Maafkan saya ya Nabi Allah, tamar sudah masa untuk menuai dan keluarga tiada siapa yang akan jaga..” begitulah alasan beliau kepada Nabi saw di saat jentera perang sudah mula bergerak ke luar dari Madinah.

Bukan sekadar alasan untuk diri sendiri, tetapi beliau juga mulakan gerakan menghasut supaya jangan sertai Nabi saw dan sahabat yang lain ke medan perang kerana maut menunggu dan tidak mungkin akan menang untuk bertempur dengan tentera dari Mekah (tentera kuffar).

Tidak berhenti dengan alasan itu sahaja, Abdullah ibn Ubai berusaha meracuni warga Madinah dengan satu tujuan iaitu Nabi saw tidak akan mendapat sokongan dan bantuan dari warga Madinah itu sendiri. Ini bakal mencalarkan nama baik Muhammad saw yang terkenal di tanah Jazirah dengan gelaran Al-Amin.

Ada hubungkaitkah Abdullah Ibn Ubai dan Muhyiddin?

Anda fikir sendiri. Sebagai orang No 2 di dalam Kerajaan Pusat dan juga di dalam parti UMNO, sukarkah beliau untuk berbincang dengan Najib? Presiden, Perdana Menteri dan juga sahabat baiknya sejak dahulu?

Usah terlalu berlagak alim bila kita di posisi yang tiada alasan langsung untuk bertemu dengan No 1.

Bolehkah Muhyiddin jelaskan soalan dari coffee house London ini:

1. Benarkah projek Bistari Net YTL ada memberi Sub projek kepada sebuah syarikat di London yang dikatakan milik Claire dan Anak perempuan Muhyiddin? Nilai projek USD250juta?

2. Melalui syarikat yang sama, mereka ada buat usahasama di dalam projek pembangunan hartanah di Johor dengan Tong tokey The Edge?

Angin di Kota London agak sejuk ngilu. Mohon pencerahan kerana sudah agak riuh di sana. Kalau jawapan dari Muhyiddin tidak memuaskan apakah kita akan terus bertanya?

Dap Akan Memerintah Malaysia???




DAP akan meletakkan sekurang-kurangnya lima calon Melayu diantara 25 orang, pakar undang-undang perlembagaan merangkap pensyarah universiti bakal menjadi salah seorang daripada lima calon tersebut. Kemudian DAP boleh memilih tiga nama daripada lima nama tersebut dan menyerahkannya kepada DYMM Sultan Selangor sebagai pilihan Menteri Besar Selangor dalam gabungan terbaru mereka.

Dengan berkuburnya Pakatan Rakyat, PAS pula berpecah kepada dua, Umno menghadapi konflik dalaman yang serius, dan PKR tidak di sini dan tidak di sana, DAP kini boleh membuat langkah untuk menjadikan Selangor sebagai negeri kedua selepas Pulau Pinang sebagai milik mereka.

Seperti apa yang penyokong DAP ingatkan kita berulang kali sejak beberapa tahun yang lalu, DAP telah berjaya mendapatkan 85% hingga 90% daripada sokongan orang Cina di seluruh negara dalam keadaan MCA, MIC, Gerakan dan PPP tercungap-cungap untuk meneruskan kesinambungan mereka. Satu lagi perkara yang perlu diperhatikan adalah DAP seolah-olah memenangi setiap kerusi yang dipertandingkan dan rekod prestasi yang mengagumkan ini dijangka tidak akan berubah pada pilihanraya umum yang akan datang.

Selangor mempunyai 56 kerusi Dewan Undangan Negeri, separuh daripadanya boleh dianggap sebagai kerusi majoriti Cina. Oleh itu DAP mempunyai potensi untuk menang sekurang-kurangnya 28 daripada kerusi-kerusi tersebut. Jika DAP bertanding 25 kerusi DUN di Selangor itu kemungkinan besar mereka boleh menang kesemua kerusi tersebut.

Baki 31 kerusi boleh diberikan kepada PKR dan GHB untuk dikongsikan. GHB yang masih baru dan belum teruji, boleh diberikan 11 kerusi untuk dicuba dan PKR kira-kira 20 kerusi selebihnya.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan DAP boleh menyapu 25 kerusi yang dipertandingkan dan menyingkirkankan MCA dan MIC dalam proses tersebut (dengan Gerakan dan PPP mungkin tidak akan membuang masa mereka bertanding di Selangor hanya untuk ‘dibunuh’), PKR dan GHB pula perlu menghadapi PAS dan Umno.

Oleh itu, bagi DAP ia akan menjadi kerusi yang tidak ada pertandingan di 25 DUN manakala di 31 kerusi lagi akan menjadi medan bagi empat parti berjuang untuk mendapatkan tempat terakhir – PAS, Umno, PKR dan GHB (mungkin wujud parti kelima dalam perlumbaan itu tetapi ianya masih dalam perbincangan).

Menurut jangkaan, tidak ada peluang bagi PAS, Umno, PKR dan GHB untuk memenangi lebih daripada sepuluh kerusi bagi setiap parti. Maksud saya, anda tidak boleh membahagikan 31 dengan empat dan mendapat lebih daripada sepuluh kerusi untuk setiap parti. PKR dan Umno mungkin memenangi sepuluh kerusi dengan meninggalkan baki 11 untuk PAS dan GHB untuk dikongsikan.

Dengan 25 kerusi berbanding sepuluh atau kurang untuk empat parti lain, DAP kini menjadi “honcho” kepala di Selangor. Sekarang ini pun, dengan hanya 15 kerusi, DAP telah menjadi de facto kepala “honcho” dengan memberi arahan dan memutuskan apa yang PAS dan PKR boleh dan tidak boleh buat.

DAP akan meletakkan sekurang-kurangnya lima calon Melayu di antara 25 orang, pakar undang-undang perlembagaan merangkap pensyarah universiti bakal menjadi salah seorang daripada lima calon tersebut. Kemudian DAP boleh memilih tiga nama daripada lima nama tersebut dan menyerahkannya kepada DYMM Sultan Selangor sebagai pilihan Menteri Besar Selangor dalam gabungan terbaru mereka.

Dan dengan itu, buat pertama kali dalam sejarah sejak Jun 1947 apabila jawatan Menteri Besar telah dicipta, Selangor akan mempunyai Menteri Besar DAP.

PAS mungkin boleh mengekalkan Kelantan dan jika mereka cukup pandai boleh memenangi Terengganu juga. Lagipun, dalam pilihanraya umum yang lalu PAS memenangi 50% daripada kerusi Parlimen di Terengganu dan hanya memerlukan dua lagi kerusi untuk membentuk kerajaan negeri Terengganu (dan hanya satu kerusi lagi untuk Dewan Undangan Negeri digantung).

Umno Terengganu yang dilihat berpecah apabila Ahmad Said, Menteri Besar yang digantikan, akan menyokong dan membantu untuk memberikan negeri tersebut kepada pembangkang semata-mata untuk membalas dendam kepada Umno. Ianya seolah-olah Ahmad Said yang ada dendam kesumat sedang berunding dengan pasukan B Umno untuk “membunuh” Umno di Terengganu manakala Lim Kit Siang dalam perbincangan dengan GAN pula (Gerakan Anti-Najib yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohammad) mahu memastikan Pulau Pinang dan Selangor bukan sahaja kekal milik pembangkang tetapi juga akan dimiliki oleh DAP.

Akhirnya dua negeri di bawah DAP dan dua negeri lagi di bawah PAS dan selebihnya di bawah Barisan Nasional.

Bagi Wilayah Persekutuan, semua kerusi kecuali Labuan dan Putrajaya akan disapu oleh pembangkang manakala di Kelantan dan Terengganu pembangkang boleh mengambil lebih daripada 50% undi dan di Pulau Pinang dan Selangor pula sekurang-kurangnya dua pertiga undi .

Dengan senario sedemikian adalah amat bodoh bagi DAP untuk tidak mengambil kesempatan daripada kemelut dalam Umno dan PAS, dan pada tahap yang lebih rendah di dalam PKR, untuk menambah Selangor ke dalam senarai negeri-negeri untuk mereka miliki. Maksud saya, Selangor secara praktikalnya akan dihidangkan kepada DAP dalam pinggan perak.

Komplot Jatuhkan Perdana Menteri...Siapa Terlibat???

Sejarah mengajar bahawa UMNO pernah terbahagi kepada 2team akibat perebutan kuasa satu masa dulu.

Kini ianya seolah berlaku semula.Dikala Dato Sri Najib diserang oleh pembangkang yang menggunakan media luar ada pihak dalam Umno sendiri mengambil peluang menangguk.

Dikejutkan dengan dakwaan oleh Dato Seri Zahid Hamidi yang mengatakan ada komplot tertentu yang sedang licik dalam konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri.Enggan mengulas lanjut tentang pembongkaran itu Zahid bertegas tidak akan membiar perkara itu berlaku.

Dimanakah nilai kesetiaan dalam Umno kini?Amat mudah menghukum Presiden Umno dengan hanya mendengar cerita.
Apa yang terjadi kini ialah perpecahan antara penyokong Umno sendiri.

Ditambah dengan aksi 'tikam belakang' oleh sesetengah pemimpin yang rakus untuk berkuasa.Menggunakan isu 'derma' terus terusan serangan dibuat sedangkan SPRM sendiri telah mengesahkan tiada unsur rasuah.

Apa yang penulis lihat kini pemimpin yang digugurkan menggunakan platform yang salah dalam menentang Presiden Umno.Walau kenyataan menyebut sayangkan Umno namun ia tidak selari dengan sikap.

Hanya berani konon mendedahkan rahsia setelah tiada jawatan.Bagi penulis ini adalah tindakan bacul.Disokong pula oleh opportunis politik yang hanya akan menyokong bila ada berkepentingan dalam karier politik keadaan menjadi buruk.

Pembangkang kini mampu tersenyum lebar kerana tugas mereka telah diambil alih oleh MUSANG dalam Umno.Tanpa perlu mencipta persepsi buruk terhadap pemimpin lagi kini mereka hanya menunggu peluang untuk merealisasikan impian ke Putrajaya.

Apakah MUSANG akan terus berbulu ayam dalam UMNO?Diharap tindakan tegas akan diambil oleh Presiden.

Saturday, 15 August 2015

Mat Said Sawan Berbuih Mulut Dalam Dewan???

Mesyuarat Agung UMNO Kemaman seperti 'Medan Serangan Pembangkang'.

Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Kemaman semalam seperti satu pesta perhimpunan Para Pembangkang dan di jadikan tempat membalas dendam kepada Dato' Seri Najib dan UMNO.

Ucapan daripada Mantan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said, semalam seperti melepaskan geram dan marah beliau setelah setahun membisu kepada perwakilan menunjukkan bahawa beliau begitu terdesak untuk mendapatkan simpati belas kasihan dengan penurunan beliau sebagai Menteri Besar Terengganu.

Turut hadir sama Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di jadikan umpan Oleh Ahmad Said untuk mencanang isu 1MDB dan Dana 2.6 Billion di kaitkan dengan penurunan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahamd Said boleh di lihat seperti wakil pembangkang di Terengganu dengan menjaja isu lama dan lihat apa yang di lakukannya seperti ke arah mahukan UMNO tumbang dan hancur pada PRU14 nanti.

Mungkin beliau tidak sedar semasa beliau merampas kuasa untuk menjadi Menteri Terengganu daripada Dato' Seri Idris Jusoh, Idris Jusoh tidak pernah menghentam beliau secara terbuka dan mengambil sikap tenang walaupun pahit kerana Dato' Seri Idris Jusoh mempunyai sikap terbuka dan sayangkan UMNO.

Walaupun Dato' Seri Idris Jusoh pernah di khianati dengan projek Taman Ilmu yang sepatutnya siap dalam jangka masa yang di tetapkan tetapi Mat Said menimbulkan masalah pada pada projek tersebut, dengan kuasa Menteri Besar yang ada pada beliau ketika itu membalas dendam pada Dato Seri Idris Jusoh.

Apabila beliau di turunkan daripada jawatan Menteri Besar selepas perjanjian setahun yang beliau akui dengan Perdana Menteri, di sebabkan PRU 13 Terengganu UMNO hampir tewas dan beliau tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik walaupun sudah di beri tempoh setahun selepas PRU13.

Malahan selepas Pru13 dalam tempoh setahun perjanjian tersebut 'Performance' Mat Said makin teruk dengan bermusuh Ketua Bahagian UMNO bukan pilihan beliau seperti Din Adam Ketua UMNO Bahagian Dungun dan Dato' Sabri Alwi Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, segala peruntukkan tidak di turunkan kepada mereka dan melantik orang yang tewas yang menjadi liabiliti kepada UMNO, ini sikap Pendendam Mat Said yang di bawa menyebabkan UMNO Terengganu rosak di sebabkan percaturan beliau.

Selepas beliau di turunkan jawatan MB, Mat said mula memberontak dan menukar watak menjadi ketua pembangkang yang tidak putus-putus menghentam UMNO dan kepimpinan Dato' Seri Najib.

Beliau tidak melihat bagaimana layanan Dato' Seri Najib terhadap beliau walaupun sudah di turunkan jawatan MB tetapi projek-projek yang di laksanakn oleh beliau Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif tetap teruskan walaupun sukar perlaksaannya seperti menjadikan Tasik kenyir pulau Bebas cukai yang menelan hampir 500 juta duit kerajaan negeri angkara Mat Said.

Sekolah Imtiaz Besut yang terbekalai semasa era Mat Said menjadi Menteri Besar juga di selesaikan oleh Razif malahan Dato' Seri Najib sendiri yang telah merasmikan Sekolah tersebut semasa bulan Puasa yang lepas, tetapi Mat Said lupa apa yang di lakukan oleh Razif terhadap beliau.

Kini, Mat Said secara aktif menjadi Ketua Pembangkang di Terengganu, amat memalukan UMNO mempunyai seorang Wakil Rakyat yang tidak tabah menjadi Orang UMNO tetapi mempunyai sikap pembangkang dan tiada jiwa UMNO.

Berbohong...Kenyataan Tun Mahathir DiSanggah.

Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir didakwa berbohong.
Dalam satu entri mstar beliau mendakwa amat payah beliau mencari derma untuk UIAM.

Mempertikaikan tentang derma yang diterima oleh Dato Sri Najib Razak beliau berkata-amat payah pak arab mahu menderma walau satu dolar apatah lagi amaun yang DsN terima-.

Kenyataan itu disanggah oleh seorang bekas pensyarah UIAM.Beliau menafikan bahawa Malaysia tidak menerima sumbangan derma dari negara Arab.Semua itu berlaku dizaman TdM memerintah bahkan bukan sahaja negara
Arab yang menderma tapi Pakistan serta Bangladesh terlibat sama menderma.

Apakah kenyataan TdM ini semata mata dendam dan ingin memalukan DsN?TdM kini dilihat menyerang dengan melupakan apa yang telah beliau lakukan sebelum ini.

Agak memalukan seorang yang diangkat sebagai negarawan tapi berlangkah sumbang dalam mengkritik kerajaan.
Apa sudah jadi TdM?


1MDB..Mat Said Heret Istana Terengganu

Mantan Menteri Besar Terengganu Mengheret Istana Dalam Isu 1MDB

Dalam ucapan beliau dimajlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno Kemaman bekas menteri besar itu menyatakan bahawa beliau tidak tahu MnA.Apakah beliau tidak tahu bahawa tiada keperluan bagi beliau tahu penubuhan MnA.Yang perlu beliau tahu ialah isi kandungan perjanjian.

Juga mengheret Istana dalam penubuhan TIA  Mat Said juga menyatakan bahawa semua itu adalah titah baginda tuanku.Dimana intergriti beliau sebagai seorang Adun yang memegang dan menandatangani perjanjian simpan rahsia?Mudah beliau mengeluarkan kepada umum sesuatu yang dikategorikan sebagai rahsia kerajaan.
Sperti melepaskan dendam kesumat beliau terus menyerang kerajaan pusat.

TIAdiwujudkan oleh kerajaan Terengganu tapi mencagarkan minyak dan gas Terenganu jadi dimanakah dakwaan beliau bahawa kerajaan Terenganu akan kerugian Satu persoalan timbul apabila segala yang berkaitan dengan TIA didakwanya sebagai titah Tuanku
Beliau seorang Menteri Besar ketika itu mustahil beliau tidak tahu apa apa

Dalam ucapan beliau membangkitkan soal intergriti…lupakah beliau akan projek satu anak Terengganu satu komputer?
Ada dakwaan beliau ada proksi didalam syarikat yang membekalkan kelengkapan tersebut
Agak janggal bila beliau persoalkan intergriti bila beliau sendiri tidak bersih

Adakah Mat Said dibayar oleh individu tertentu hanya untuk menegakkan benang basah?Dakwanya beliau akan dedahkan bila sampai masanya
Sepatutnya beliau dedahkan semua dihadapan perwakilan tapi mengapa enggan berbuat demikian?

Adakah semua ini kerana marah bila ilan jawatan? Pengganti beliau diterima dengan baik oleh Istana jadi tiada pertikaian tentang intergriti MB sekarang
Oleh itu Mat Said wajar buktikan segala dakwaan beliau kepada rakyat Terenganu

Friday, 14 August 2015

Ketua Pemuda Umno Malaysia Khianati UMNO

Gempar Dan Eklusif
Khairy didakwa khianat oleh Exco
Seorang pelayar media sosial dikenali sebagai Ahmad Shuaib Ismail telah menaikmuat status yang mengejutkan.

Dalam status itu beliau memdakwa telah dihubungi oleh seorang Exco Pemuda Umno Malaysia meminta dihentikan serangan media terhadap Khairy Jamaluddin.

Dan apabila ASI bertanya kembali kepada penghubung itu mengapa tidak mempertahankan Presiden Umno..jawapannya amat mengejutkan.

ASI mendakwa Exco tersebut mengeluarkan arahan kepada Exco Pemuda untuk tidak pertahankan Presiden Umno.Dan yang paling mengejutkan dakwaan untuk menjatuhkan Presiden Umno.

Apakah dakwaan oleh ASI ini benar?Jika benar maka Khairy harus bertanggungjawap dan jika tidak beliau kena menjawap persoalan itu.


Bersih..Siapa Dalang..Siapa Petualang???

Satu kempen dinamakan sebagai Bersih4.0 sedang giat dipromosikan.Umum mengetahui kempen itu selalunya berakhir dengan huru hara.

Tarikh yang dipilih pula hampir dengan tarikh hari ulangtahun kemerdekaan Malaysia.Apa rasionalnya kempen ini?Seingat penulis kempen sebegitu hanya menyusahkan rakyat dan merugikan negara disamping memburukkan imej Malaysia.Kali ini diperhebatkan lagi dengan kempen memjatuhkan Perdana Menteri Malaysia.

Diterima sebagai isyarat oleh sebahagian penyokong kata kata seorang mantan perdana menteri juga digunakan dalam kempen ini.Apakah motif sebenarnya?

Pas kelihatan tidak mahu terlibat dalam kempen ini.Jadi penganjur berharap kepada Dap dan Pkr tidak lupa sebahagian penyokong mantan Pm.

Dimana kewajaran kempen ini yang menidakkan demokrasi  negara?Kepada pembangkang inilah demokrasi acuan mereka.Perlukah rakyat yang tidak suka akan kacau bilau diheret sama.

Kerajaan sewajarnya memantau perkembangan ini kerana ianya berkaitan soal keselamatan dan keharmonian negara.Apakah mereka dibelakang semua ini kebal dari tindakan undang undang?

Kita meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Polis DiRaja Malaysia untuk mematahkan rancangan ini.Moga Malaysia kekal selamat dan harmoni.

Kepada pembangkang dan penganjur hentikanlah provokasi menggunakan rakyat.Kita tidak mahu menerima nasib yang sama seperti Mesir dll.

Cukuplah pengajaran yang boleh dipelajari dan difahami bila demokrasi negara tumbang.

Thursday, 13 August 2015

Konspirasi Bakal Merubah Malaysia???

LUAHAN RAJA PETRA BEKAS ORG KUAT DAP DAN YG MEMULAKAN KES CINCIN DS ROSMAH.

Pengendali portal Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin berkata stail politik angkuh, hanya memberi dua pilih an, ikut telunjuk atau diserang dengan label pengkhianat.

Raja Petra membuat kesimpulan itu berdasarkan pengalamannya berurusan dengan DAP ketika memimpin MCLM (Malaysian Civil Liberties Movement) pada 2010 serta tindakannya menyokong Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menentang ‘Langkah Kajang’ pada 2014.

Beliau berkata langkah pertama yang DAP lakukan adalah membahagikan satu kumpulan kepada dua kelompok, iaitu satu kumpulan baik dan satu lagi kumpulan jahat.

Pihak yang menyokongnya dianggap kumpulan baik dan disanjung sebagai ‘perwira’ manakala pihak yang menentangnya dilabelnya sebagai kumpulan jahat yang mesti ditentang atau dibunuh.

“Dan jika kita tidak menyokong rancangan DAP ini maka kita adalah pengkhianat. Hanya jika kita menyokong rancangan DAP kita akan (disanjung) sebagai perwira.

“Inilah cara bagaimana politik baru Malaysia (Gerakan Harapan Baru) dirancang. Ia mesti mengikut telunjuk DAP atau bukan. Dan jika kita tidak bersetuju (dengan cara DAP), kita mesti diserang atau dibunuh.

“Dan sejak saya tidak bersetuju dengan apa yang mereka (DAP) lakukan bermakna saya adalah pengkhianat. Pengkhianat kepada apa? Pengkhianat kepada negara atau pengkhianat kepada DAP ?,” dedah Raja Petra dalam satu artikel bertajuk “DAP adalah satu ancaman terhadap keharmonian kaum”

Raja Petra berkata kes ini paling ketara dapat dilihat dalam kes ‘Langkah Kajang’, di mana Khalid dan Hadi dilabel sebagai ‘pengkhianat’ kerana menentang perancangan DAP

Justeru itu, Khalid dan Hadi telah diserang habis-habisan oleh parti Cina itu.

“Mereka (DAP) menyerang Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim. Mereka tuduh Khalid sebagai seorang korup (perasuah) dan sebagainya.

“Apabila kita berpihak kepada Khalid, mereka marah. Mereka boleh serang Khalid. Tetapi kita tidak boleh bela Khalid. Inilah demokrasi yang dipraktikkan penyokong-penyokong Cina DAP.

“Kemudian, mereka serang Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebab beliau juga menyokong Khalid. Tiada sesiapa pun boleh menyokong Khalid. Semua mesti ikut telunjuk DAP dan serang Khalid. Jika mereka menentang DAP dan sokong Khalid, mereka akan disingkirkan.

“Jadi mereka (DAP) cuba untuk menggulingkan Hadi. Mereka menghabiskan beberapa juta untuk membiayai kumpulan kecil dalam PAS untuk melawan Hadi. Tetapi mereka gagal. Kumpulan anti-Hadi hanya memenangi 20 peratus undi dalam pemilihan parti

Tambah Raja Petra lagi, inilah kaedah pecah dan perintah yang dilakukan DAP bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan Melayu sama ada dalam PAS dan UMNO.

“Kemudian mereka (DAP) membiayai kumpulan yang kalah dalam pemilihan PAS itu untuk menubuhkan sebuah parti baharu. Parti baharu ini akan menjadi rakan baharu dalam Pakatan Rakyat untuk menggantikan PAS.

“Jeff Ooi berkata adalah baik kerana PAS telah berpecah dua. Ia juga baik jika UMNO boleh dibahagikan kepada dua kumpulan.

“Jadi mereka berjumpa Muhyiddin Yassin untuk merancang menentang Perdana Menteri Najib Tun Razak. Mereka juga mencadangkan agar Dr Mahathir seharusnya mengetuai suatu gabungan pembangkang baharu yang dinamakan ‘Selamatkan Malaysia’ yang dianggotai daripada kumpulan yang menentang UMNO.

“Sekarang masanya mereka (DAP) untuk memecahkan UMNO kepada dua kumpulan selepas berjaya memecahkan PAS. Kemudian kuasa politik Melayu akan menjadi lemah,”katanya lagi.

Panas...Mesti Baca.

http://www.mykmu.net/2015/08/7-pegawai-bank-negara-disiasat-siasatan-ke-atas-1mdb-telah-dihantar/

Bila Wan Jadi Bodoh

Parti Keadilan Rakyat sinonim dengan dakyah politik persepsi dan fitnah sejak mula ditubuhkan.

Baru baru ini Presidennya sendiri telah menunjukkan betapa mudahnya mereka membina persepsi fitnah dengan hanya sekeping gambar beliau makan.

Menjadi kesalahan tatatertib dalam tren LRT untuk makan atau minum namun hanya kerana mahu menjentik emosi rakyat beliau melanggar  tatatertib itu.

Mungkin pertama kali menaiki tren LRT maka Presiden PKR buta undang undang kecil pengangkutan awam.Betapa naifnya lemikiran seorang yang diangkat sebagai Presiden sebuah parti politik dalam Malaysia.Dek kerana mahu memburukkan kerajaan kebodohan beliau yang dinampakkan.

Apa lagi cara PKR dalam menabur dakyah persepsi buruk?Cukuplah rakyat diperbodohkan dengan adegan kipas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.Tidak kemana pun kemajuan yang mampu beliau sediakan ditempatnya sendiri.
Dun di Selangor tidak terjaga,parlimen terabai...Itukah sahaja nilai Presiden PKR?

Hentikan sandiawara murahanmu Presiden PKR.
Anda nampak BODOH.

Dana..Najib Langgar Undang Undang?

http://www.mykmu.net/2015/08/derma-politik-dimana-najib-melanggar-undang-undang/#

Wednesday, 12 August 2015

Analisis -Kenali Bagaimana Politik Cina Chauvanis Di Malaysia setelah 50 Tahun

Analisis -Kenali Bagaimana Politik Cina Chauvanis Di Malaysia setelah 50 Tahun

Khairy Sedia Tanding Jawatan Presiden Dap?

Setelah melihat perkembangan terkini Khairy nampak lebih yakin untuk menyaingi LGE sebagai Presiden Dap.

Ini berdasarkan kenyataan beliau berbunyi -save malaysia- yang sinonim dengan Dap.Apa yang bakal terjadi ini pastinya jadi tamparan hebat buat Dap.

Mahukah CEC Dap beri laluan kepada khairy bertanding kerana mereka mendakwa bahawa tiada amalan rasis dalam politik Dap.Kini mereka kena kotakan kenyataan itu dengan membenarkan khairy bertanding.

Pastinya Dap akan lebih berdaya saing dengan Umno bilamana khairy diangkat sebagai ikon terbaru Dap.

Mungkin khairy kecewa didalam perjuangan maka beliau beralih arah.Bak kata pepatah...sediakan payung sebelum hujan.Mungkin dalam Dap harapan lebih cerah.

Tiada guna lagi khairy didalam umno.Tindak tanduknya tidak lagi menjurus kearah setia kepada parti dan presiden tapi lebih kepada populariti dan jaminan kedudukan dalam heiraki kepimpinan.

Moga maju jaya kepada khairy untuk bertanding jawatan presiden Dap.

Tuesday, 11 August 2015

Puteri Umno Malaysia Khianati Presiden Umno?

Ketua Puteri Umno Malaysia masih mengambil tindakan berdiam diri dalam isu mempertahankan Presiden Umno.

Adakah YB Emi langsung tidak berterimakasih kepada Presiden yang memberi kepercayaan kepada beliau sebagai Timbalan Menteri dalam rombakan kabinet baru baru ini?

Amat memalukan tindakan Ketua Puteri hanya tutup mulut dalam isu isu serangan terhadap UMNO kini.Apa fungsi
media media dan biro dalam puteri umno?

Hanya patung cendana? Jauh beza dengan cara KP Puteri yang pernah diterajui Dato Azalina Othman.Inikah wajah sebenar Yb Emi?

'Playsafe' mungkin adalah pegangan puteri umno kini.Inikah sayap yang diharap oleh Umno?Berbeza sekali dengan sayap parti pembangkang yang teguh pertahankan Presiden parti bila diserang.

Jelas amat Puteri Umno hanya layak untuk majlis 'selfie',majlis makan makan,majlis tunjuk suci.Sudahlah kedudukan heiraki tunggang langgang..merit hanya kepada yang pandai "kenyit mata" dan bukan berdasarkan kemenangan bertanding.

Exco Puteri juga seolah ditimpa sumpahan sang kelembai dalam memperkatakan isu isu pertahankan Presiden Umno.Atau ada arahan tertentu untuk menutup mulut?

Hanya Ketua Puteri yang mampu menjawap isu ini.Beliau boleh pilih samada diam dan terus jadi patung cendana atau bangkit dan betulkan keadaan.

Persoalannya...Beranikah beliau???Atau slogan tinggal slogan dan akan hanyut.

Monday, 10 August 2015

Negarawan Yang Menanti Maut Menjemput

Hari ini negara dikejutkan dengan seruan oleh mantan perdana menteri kepada rakyat untuk berdemonstrasi dijalanan untuk menuntut supaya Dato Sri Najib turun.

Apa maksud mantan dengan seruan itu? Lupakah beliau semasa krisis beliau dengan timbalan yang beliau pecat mengakibatkan rusuhan jalanan.Apakah beliau memang mahu ulangi peristiwa itu?

Sungguh penulis tidak sangka betapa murahnya pemikiran mantan sebagai negarawan meminta rusuhan jalanan dibuat semata mata kehendaknya tidak dipenuhi.Amat menjijikkan bilamana beliau selaku bekas perdana menteri hanya memikirkan nafsu sendiri.

Inikah nilai seorang manusia yang kononnya sayang akan Bangsanya?Tolong berhentilah dari membuat seruan seruan tidak logik.

Tumpukan usia tua kepada keluarga.Usah menipu diri sendiri.Maaf Tun Mahathir...penulis telah hilang rasa hormat jika itu seruan Tun kepada rakyat.

Antara Musuh Dalam Selimut..Ketua Puteri Umno Terlibat

Puteri Umno Malaysia tidak sehebat namanya kini.Berbeza dengan zaman Dato Azalina kini Puteri diterajui oleh Yb Mas.

Hanya hebat ber'selfie' selain menggunakan unit tertentu dalam menaikkan imej puteri sendiri sedangkan semangat Umno tiada.

Apa guna jadi Ketua Puteri kalau tak berani mengarahkan ahli mempertahankan Presiden Umno.Hanya menjaga periuk nasi atau kroni?

Belum ada kenyataan berani dari Puteri dalam mempertahankan Presiden Umno.Inikah yang dibalas kepada Presiden setelah diangkat sebagai ketua sayap Umno?

Memalukan dan sangat tidak sopan bila hanya memikirkan kantung,imej,tekak sendiri.Buang masa dan wang peruntukan kepada Puteri Umno.Sia sia sahaja unit media diwujudkan kalau tidak berjaya dalam alam maya.

Bukan sedikit peruntukan kepada Puteri Umno namun langsung tidak menunjukkan komitmen kepada kepimpinan Umno sendiri.

Lebih baik Ketua Puteri Umno Malaysia letak jawatan kerana ada yang lebih baik darinya untuk menerajui sayap tersebut.

Beranikah Ketua Puteri Umno?Jangan jadi Musang dalam Umno.

Adakah Plan C Masih Berjalan Atau Kita Beralih Kepada Plan X?

Adakah Plan C Masih Berjalan Atau Kita Beralih Kepada Plan X?

Sah Ketua Pemuda Meroyan

Khairy Jamaludin hari ini mengesahkan sememangnya beliau terlibat dalam komplot menjatuhkan Presiden Umno.Berdasarkan petikan ucapan ini beliau sebenarnya hanya mahu mencari populariti dan bukan berkhidmat untuk rakyat.

Dengan kenyataan sebegini Kj sebenarnya hanya mahu menaikkan imej beliau dan memberi isyarat bahawa beliau mampu menjadi Naib Presiden Umno kelak.

Malangnya tindakan dangkal ini bakal membuat rakyat amnya dan ahli Umno khususnya..dapat melihat bahawa KJ tidak setia.Ini sangat buruk buat seorang KP.Kalau sekarang pun dia tidak mampu setia dan teguh dengan Presiden apatah lagi kalau beliau jadi Naib Presiden.Pasti ada yang akan ditikam belakang.

Ahli Umno mahu mereka yang bakal mengambil alih tugas selaku Presiden haruslah seorang yang jujur serta ada semangat setia.
Malangnya KJ tiada itu.

Jadi tak perlu KJ tunggu lebih lama.Keluarlah dan buat parti baru anda KJ.


Sunday, 9 August 2015

Giliran Puteri Pula Tanggal Kain

Hari ini Puteri Umno Pasir Gudang melakar sejarah dengan penyerahan memorandum kepada YAB Presiden Umno selepas perasmian persidangan.

Antara kandungan memorandum itu meminta Dato Sri Najib Razak bercuti selagi siasatan terhadap isu yang ditimbulkan belum selesai.

Penulis agak bangga dengan semangat waja Puteri tersebut.Namun penulis juga ingin bertanya sejauh mana Puteri Umno menangkis serangan terhadap Presiden Umno.

Tidak kelihatan Puteri Umno mengambil inisiatif untuk bersemuka dengan Presiden dan bertanya sendiri tentang isu
isu tersebut.Malah Ketua Puteri Umno Malaysia YB Emi tidak menampakkan kesetiaan dan berdiri teguh disamping Presiden tatkala diserang.

Mana unit unit media Puteri Umno?Mana unit unit Penerangan Puteri Umno? Mereka jelas tidak menjalankan tugas dan hanya leka dengan "selfie".Mana "Team Semut" Puteri Umno?

Tidak membantu dalam menerangkan kepada akar umbi Puteri berkaitan isu yang menimpa UMNO.Yb Sabrina main wayang?Atau Ketua Penerangan Puteri main wayang?

Tidak membantu tapi hanya menuding sahaja.Inikah Puteri Umno yang kononnya berSOLIDARITI untuk Umno?

YB Ketua Puteri bersama Ketua Penerangan Puteri tidak jalankan tugas dengan efisien.Hanya menjaga protokol dan tiada arahan mempertahankan Presiden Umno diberi kepada unit unit media dan penerangan Puteri.

Puteri Umno Malaysia kini mengikut jejak Pemuda Umno.Adakah Puteri turut sama dalam siri khianat???

Kisah Sebenar 13Mei DiSorokkan

Kejadian berlaku disebuah daerah di Pahang.Ketika itu pembikinan jalanraya dipantau oleh seorang mandur.
Buruh yang berkerja pula diambil dari tanah besar cina.
Berlaku pertelingkahan antara mandur dan pekerja buruh ditempat kejadian.
Kebetulan mandur itu seorang sikh atau dikenali sebagai benggali.
Antara penyebab utama kejadian itu berlaku adalah kerana pertikaman lidah antar mandur dan buruh.

Mandur- apek...lu apa bikin sana?
Buruh- lobang gali
M- oii apek...lu kasi cakap elok laaa..
B- butut maaaa lobang gali..
M- apek lu kasi cerita elok elok..lu apa      
     bikin sana?saya report sama sir sikijap
     lu taw nanti..(marah)
B- aiyaaaaaaa...wa cakap butut lohhh
     lobang gali laaaaaa mandur

Mandur tidak berpuashati lalu menyerang apek itu.Rentetan serangan itulah antara punca sebenar 13mei 1890.Kejadian ini disorok kerana waris waris mereka malu mengaku bahawa mereka dari keturunan yang menjadi punca 13mei 1890.

๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€Diharap tuan tuan jangan marah
   Cerita ini hanya dongengan membuat
   senyuman.

Asyik serius je baca..sesekali bergurau.

Konspirasi Sulit Yang Perlu DiJawap

Bergoyang dahan ditiup khabar yang mantan Timbalan Pm ada buat perjumpaan sulit bersama Lim Guan Eng dan Azmin Ali.

Sejauh mana sahihnya berita itu tidak dapat dipastikan kerana mungkin perjumpaan itu berdasarkan jawatan pada ketika itu.

Namun persoalan yang timbul adakah pertemuan itu ada hubungkait dengan cubaan menjatuhkan Dato Sri Najib Razak?

Berdiam diri dan enggan mengulas tidak akan membuat khabar ini tenggelam.Rakyat juga mahu tahu intipati pertemuan yang dikatakan itu.

Adakah benar perjumpaan sulit itu terjadi dan adakah benar pertemuan itu mengatur sebuah plot konspirasi?Sejauh mana kebenaran itu hanya boleh yang terlibat menjawap.

KJ HILANG TELUR???

Adakah Khairy Jamaluddin cukup berani berhadapan dengan pembangkang yang menyerang Umno?Apa yang nampak kini Khairy lebih kepada menyerang Presiden Umno dan yang mempertahankan Presiden.

Apa sebenarnya kemahuan Khairy dalam politik? Semestinya heraki tertinggi dalam parti.Namun tindak tanduk beliau kebelakangan ini seperti memperjudikan kariernya.

Adakah lakonan ini hanya untuk meraih simpati dari rakyat netizen untuk mengangkat imej beliau?

Isu siasatan SPRM dan kenyataan beliau yang kononnya sanggup hilang jawatan dalam kabinet dalam lakonan mempertahankan dua pengarah SPRM yang ditukarkan atas masalah displin.

Penulis ingin melihat sejauh mana lakonan Khairy dalam opera meraih simpati netizen dan ahli Umno.Apakah akan berjaya skrip mudah ini atau tidak akan seperti dijangka.

Beranikah Khairy meletak jawatan dalam kerajaan dan parti???

Saturday, 8 August 2015

Khairy Khianat

Ketua Pemuda Umno hari ini secara sinis menganggap apa yang Polis DiRaja Malaysia lakukan dengan serbuan keatas SPRM seperti menganggu siasatan.

Adakah Yb Khairy tidak jelas dengan perbuatan membocorkan maklumat oleh pengkhianat dalam SPRM.Atau Khairy hanya berpandukan laporan dalam media
media sosial sahaja.

Amat memalukan jika beliau hanya sekadar berpaksikan laporan berat sebelah oleh portal pembangkang.Atau sememangnya ada siri pemberontakan oleh Pemuda Umno dalam diam.Bersekongkol dengan pembangkang dan ingin menjadi juara kononnya.

Khairy sepatutnya lebih memahami maksud Solidariti dan bukannya menjadi juara kepada isu yang akan membuat kerosakan kepada parti Umno.
Media Pemuda pula kini menjadi bisu dan lesu dalam menangkis isu yang ditimbulkan pembangkang.

Apa yang Pemuda dan Khairy mahu sebenarnya?Atau Khairy ada niat lain dan
demi mencapai maksud sanggup menikam Umno bukan dari belakang tapi dari segenap sisi.

Presiden Umno merupakan tonggak kepada Parti.Jika tidak boleh membantu parti adalah lebih baik Khairy tidak mengeluarkan komen yang hanya merosakkan.

Rampasan Kuasa Puteri Umno

Salah satu sayap dalam Umno Malaysia ialah Puteri Umno Malaysia.Hebatnya mereka ini dalam gerak kerja membantu Umno tidak dinafikan.

Namun tenang air bukan tiada gelodak.Perebutan kuasa dalam puteri terlalu jelas kelihatan namun Ketua Puteri mengambil sikap pejam mata.Mengapa YB Mas hanya berdiam diri? Adakah beliau merestui perkara tersebut atau memilih kronisme dalam menyusun atur memastikan kedudukan beliau kukuh?
Dimana Puteri bila Presiden Umno diserang luar dalam?

Penerangan Puteri lesu dalam menangani isu yang membabitkan Presiden.Dimana peranan biro media mereka? Difahamkan "team media" diletakkan dibawah satu biro iaitu biro ICT dan diketuai oleh Yb Dato Sabrina Mohd Noor yang hanya AJK Lantikan.

Dimana letaknya sdr Mimie Harianie yang sepatutnya mengepalai "team media" Puteri? Apakah sdri Mimie yang menang dalam pertandingan merebut jawatan perlu akur kepada Yb Sabrina?

Disini perlunya Yb Mas bertindak bijak.Dua biro yg berlainan seharusnya tidak disatukan kerana tugasan yang berlainan.Mana nilai undi kepada yang menang tapi terpaksa tunduk kepada yang kalah?Atau ada unsur kronisme ketara dalam Puteri?

Yb Mas perlu buat rombakan semula dengan memisahkan biro dan siapa yang mengepalai biro tersebut secara total.Ini amat penting agar setiap biro berkesan dalam menangani setiap isu yang membabitkan Umno.

Tidak mudah untuk penerangan Puteri bergerak jika terikat dengan biro lain.Wajarlah rombakan dibuat oleh Ketua Puteri dalam isu ini.Beri kepercayaan kepada yang layak bukan atas dasar "kenyit mata".

Moga Penerangan Puteri akan lebih mantap dengan rombakan dan nafas baru.

Friday, 7 August 2015

KJ Rancang Jatuhkan PM???

Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda Umno Malaysia hari ini menggesa SPRM memanggil Dato Sri Najib Razak untuk siasatan berkenaan isu dana.

Rasional dari gesaan itu dimengertikan sebagai menangkis pandangan negatif rakyat dan ahli Umno khususnya terhadap Dato Sri Najib.

Namun dibalik gesaan itu timbul persepsi bahawa Yb KJ berniat menjatuhkan Presiden Umno dengan cara halus.Apakah niat sebenar beliau? Hanya empunya diri boleh menjawap.

Adalah diharap Pemuda Umno tidak mengkhianati Umno dalam diam.Tunjukkan semangat Pemuda dalam menangkis dakwaan dan serangan terhadap Umno.

Bukan sekadar sidang akhbar dan dikelilingi Exco yang tidak berani dalam mempertahankan Umno.
Amat memalukan bila Pemuda Umno dikatakan pengecut bila berhadapan serangan pembangkang dan hanya berani bermain dalam padang sendiri.

Tunjukkan semangat Pemuda Umno yang sedia teguh berdiri disamping Presiden dan Institusi Umno itu sendiri.

Muhyiddin Yasin Khianati Presiden Umno???

Sejak digugurkan dari kabinet tempohari Tan Sri Muhyiddin Yasin seakan bertindak membelakangi Presiden Umno.Perlukah TsMY berbuat demikian setelah berada diluar kabinet.

Tidak terdengar suara dari beliau untuk meminta penyokongnya bersama sama dengan Presiden Umno untuk mempertahankan Umno dari siri serangan.Kedudukan beliau selaku Timbalan Presiden Umno juga tidak dimanfaatkan untuk membantu menerangkan isu isu semasa.

Hanya mendesak supaya Presiden iaitu Dato Sri Najib untuk menjelaskan isu jelas menampakkan beliau terlupa bahawa beliau pernah ada dalam kabinet BN.Masakan seorang Timbalan Perdana Menteri tidak peka dengan apa yang berlaku sewaktu masih dalam senarai kabinet?

Seharusnya TsMY selaku orang nombor 2 dalam UMNO perlu lebih tegas untuk mententeramkan penyokongnya dan meminta semuanya bersatu kembali demi perjuangan UMNO.Bukan dengan sinis menyerang orang nombor 1 parti.Apa maknanya jika hanya berada dalam parti tapi tidak sehaluan dan tidak bersama teguh mengharung isu isu nasional.

Sewajarnya TsMY lebih bijak kerana rekod beliau agak baik dalam UMNO. Apakah beliau juga terpana dengan kekeliruan yang disogok oleh pembangkang lantas bersuara senada dengan mereka.

Moga TsMY tiada agenda tersembunyi yang akan menghancurkan UMNO dari dalam.Tentu beliau memahami maksud SOLIDARITI UMNO dengan lebih jitu.Hilangkan resah penyokong dan ahli Umno yang memerhati.Kembali sebagai Timbalan Presiden Umno dan teguh berdiri disamping membantu Presiden dalam menangani isu serta menghadapi PRU14.

Besar harapan agar Tan Sri Muhyiddin Yasin terus berbakti kepada UMNO dan Malaysia.



PEMUDA TIDUR LAGI

Bersediakah Sayap Umno untuk menghadapi pilihanraya dalam masa kurang 2tahun.Pencarian undi dari golongan sasar tidak agresif kelihatan.

Umno mempunyai 2sayap utama dalam pencarian ini namun lesu.Dimanakah kehebatan Pemuda Umno kini? Adakah mereka sedar bahawa golongan pengundi muda kini memerhati dengan minat parti mana yang bakal menjaga kepentingan mereka selaku pengundi.

Program program anjuran Pemuda juga lesu dengan hanya memfokuskan golongan sediada.Tidak ada inisiatif dari Pemuda Umno untuk mendekati golongan muda dan menjemput mereka menjadi pengundi.

Berbeza dengan pihak lawan yang sangat agresif dalam memastikan kelangsungan undi yang memihak kepada mereka.Siapa yang harus memikul tanggungjawap ini?

Kebanyakan anakmuda kini berada dalam arus profesional dan pastinya kehadiran mereka dalam Umno amat diperlukan namun ada tanggapan negatif bahawa mereka bakal merampas kedudukan orang lama dalam Umno.

Mengapa perlu kiasu jika Presiden sendiri mahu meremajakan parti? Berilah mereka ruang untuk jadikan Umno sebagai platform menyampaikan hasrat dan sama sama membangunkan negara.

Ketua Pemuda Umno seharusnya memandang serius tentang peralihan pola undian anakmuda yang tidak boleh dinafikan memihak kepada lawan.Wujudkan inisiatif untuk mereka bergerak bersam dalam Umno.

Barisan Exco Pemuda juga perlu membantu YB KJ dalam hal ini.Bukan berteleku dan memikirkan projek untuk mengisi kantung.Bersamalah dengan Presiden Umno untuk menghadapi pilihanraya akan datang.

Tunjukkan Solidariti Pemuda untuk Umno.Pastikan dalam Pru14 anakmuda kembali kepada UMNO.