Saturday 29 August 2015

BERSIH 4.0 KJ Jadi Patung Kena Sumpahan

Khairy Jamaluddin berdiam diri dalam isu Bersih 4.0.Apakah tindakan itu menunjukkan bahawa beliau setuju dengan kempen ini?

Ketua Pemuda MCA memberi isyarat bahawa MCA tidak melarang ahlinya menyertai rali dua hari itu.Kenyataan itu dibidas oleh Exco Pemuda Umno namun KJ hanya membatu.

Apa guna jadi Ketua Pemuda Umno kalauhanya menutup mata dan menjadi patung dalam isu ini? Adakah KJ pada dasarnya bersetuju andai kempen ini membangkitkan rasa benci terhadap UMNO dan kerajaan sediada?

Adalah lebih baik KJ berundur dari semua jawatan yang disandang andai tidak mampu lagi.Disaat Presiden Umno diserang beliau turut ambil peluang menyerang..disaat negara sedang berhadapan dengan isu keselamatan rakyat beliau hanya berdiam diri.

Atau KJ hanya boneka kepada tangan ghaib yang sememangnya mahu memjatuhkan DsN dan kerajaan?
Beliau patut malu kepada barisan Exco Pemuda yang tangkas membidas Ketua Pemuda MCA dan mendesak Presiden MCA bertindak.

Jangan jadi beban lagi KJ. Penulis tidak nampak aura KJ sebagai pemimpin pelapis untuk mengemudi negara.Hanya aura selebriti sahaja yang mampu KJ wujudkan.

No comments:

Post a Comment