Sunday 9 August 2015

Giliran Puteri Pula Tanggal Kain

Hari ini Puteri Umno Pasir Gudang melakar sejarah dengan penyerahan memorandum kepada YAB Presiden Umno selepas perasmian persidangan.

Antara kandungan memorandum itu meminta Dato Sri Najib Razak bercuti selagi siasatan terhadap isu yang ditimbulkan belum selesai.

Penulis agak bangga dengan semangat waja Puteri tersebut.Namun penulis juga ingin bertanya sejauh mana Puteri Umno menangkis serangan terhadap Presiden Umno.

Tidak kelihatan Puteri Umno mengambil inisiatif untuk bersemuka dengan Presiden dan bertanya sendiri tentang isu
isu tersebut.Malah Ketua Puteri Umno Malaysia YB Emi tidak menampakkan kesetiaan dan berdiri teguh disamping Presiden tatkala diserang.

Mana unit unit media Puteri Umno?Mana unit unit Penerangan Puteri Umno? Mereka jelas tidak menjalankan tugas dan hanya leka dengan "selfie".Mana "Team Semut" Puteri Umno?

Tidak membantu dalam menerangkan kepada akar umbi Puteri berkaitan isu yang menimpa UMNO.Yb Sabrina main wayang?Atau Ketua Penerangan Puteri main wayang?

Tidak membantu tapi hanya menuding sahaja.Inikah Puteri Umno yang kononnya berSOLIDARITI untuk Umno?

YB Ketua Puteri bersama Ketua Penerangan Puteri tidak jalankan tugas dengan efisien.Hanya menjaga protokol dan tiada arahan mempertahankan Presiden Umno diberi kepada unit unit media dan penerangan Puteri.

Puteri Umno Malaysia kini mengikut jejak Pemuda Umno.Adakah Puteri turut sama dalam siri khianat???

No comments:

Post a Comment