Saturday 8 August 2015

Khairy Khianat

Ketua Pemuda Umno hari ini secara sinis menganggap apa yang Polis DiRaja Malaysia lakukan dengan serbuan keatas SPRM seperti menganggu siasatan.

Adakah Yb Khairy tidak jelas dengan perbuatan membocorkan maklumat oleh pengkhianat dalam SPRM.Atau Khairy hanya berpandukan laporan dalam media
media sosial sahaja.

Amat memalukan jika beliau hanya sekadar berpaksikan laporan berat sebelah oleh portal pembangkang.Atau sememangnya ada siri pemberontakan oleh Pemuda Umno dalam diam.Bersekongkol dengan pembangkang dan ingin menjadi juara kononnya.

Khairy sepatutnya lebih memahami maksud Solidariti dan bukannya menjadi juara kepada isu yang akan membuat kerosakan kepada parti Umno.
Media Pemuda pula kini menjadi bisu dan lesu dalam menangkis isu yang ditimbulkan pembangkang.

Apa yang Pemuda dan Khairy mahu sebenarnya?Atau Khairy ada niat lain dan
demi mencapai maksud sanggup menikam Umno bukan dari belakang tapi dari segenap sisi.

Presiden Umno merupakan tonggak kepada Parti.Jika tidak boleh membantu parti adalah lebih baik Khairy tidak mengeluarkan komen yang hanya merosakkan.

No comments:

Post a Comment