Saturday 29 August 2015

Mahathir Dan Bersih Berakhirnya Era Gemilang

Tindakan Tun M hadir dalam perhimpunan Bersih hari ini seperti menandakan berakhirnya era gemilang 22tahun pemerintahannya.

Umum mengetahui perhimpunan ini dianjurkan bersama oleh Dap yang satu ketika merupakan musuh politik beliau.Beliau dilihat hadir ke perhimpunan itu jam 7.00petang dan disambut seperti wira.

Apa sebenarnya yang beliau fikirkan? Adakah ini mencerminkan ketokohan yang selama ini disanjung oleh penyokongnya.Lupakah beliau Dap pernah lontarkan pelbagai caci fitnah terhadapnya sewaktu beliau memerintah.

Apa pun tindakan Tun M sesungguhnya tidak mencerminkan amanat beliau kepada rakyat satu ketika dulu yang mengecam demonstrasi jalanan.Apakah beliau sudah lupakan sengketa bersama Dap?

Apa pula alasan beliau menghadirkan diridalam perhimpunan itu?Sesungguhnya Tun M  sudah lupa akan sajak beliau~Melayu Mudah Lupa~

No comments:

Post a Comment