Wednesday 19 August 2015

Panas...Mat Said Bakal Sertai GHB...Dun Kijal Bakal Kosong.

Dun Kijal Kosong” !!

Warga netizen kecoh hari ini apabila tersebar berita yang tidak dijangka dari DUN Kijal. YB Ahmad Said atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Said dikatakan bakal berundur dari jawatan yang beliau sandang sekarang.

Menurut sumber Mat Said dikatakan agak tertekan dengan isu yang beliau sendiri sensasikan. Isu ‘Cagaran Minyak Terengganu’ yang telah beliau manipulasikan sendiri. Mat Said dikatakan tidak menjelaskan perkara sebenar disebalik konotasi ‘cagaran’ tersebut. Beliau kelihatan cuba sembunyikan fakta sebenar tentang ‘kertas cadangan’ yang telak ditolak dengan baik berhubung perkara tersebut.

Wujud perbezaan ketara antara kertas cadangan yang dipersetujui dan ditandatangani dengan cadangan yang ditolak. Kenapa Mat Said cuba tonjolkan ‘cagaran’ dari sudut perspektif yang keterlaluan seolah-olah cadangan ini berlaku melalui pintu yang tidak sah?

Malah menurut Menteri Besar Terengganu YAB Ahmad Razif, pada awalnya sebanyak RM1 juta dilaburkan kepada 1MDB sebagai pendahuluan tetapi setelah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berasa kerajaan tidak mampu untuk mengurus dan tidak mahu ada risiko, kerajaan menarik balik dan RM1 juta itu dikembalikan.

“Maka tidak ada apa-apa kaitan antara TIA dengan 1MDB kerana pada masa itu, TIA telah ditutup,”

Ahmad Razif turut menjelaskan “Terengganu menggunakan konsep integriti dan saya mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk membuat laporan dan bertindak mengikut saluran yang betul,”.

Kalau dilihat dari sikap keterbukaan Menteri Besar Terengganu itu, kenapa sehingga sekarang Mat Said tidak tampil untuk membuat aduan rasmi mengenai salah laku kertas cadangan tersebut?

Bersumpah atas nama Allah tentang wujudnya kertas cadangan yang ditolak adalah yang sepatutnya Mat Said lakukan dan bukannya sensasikan isi kandungan kertas cadangan yang tak jadi.

Teringat mantan Menteri Besar sebelum Mat Said, Datuk Seri Idris Jusuh, walaupun pengunduran beliau juga menimbulkan rasa tidak senang di kalangan ahli UMNO namun beliau telah tunjukkan tahap tertinggi jatidiri seorang pemimpin dan pejuang parti UMNO yang sebenar malah mampu meredakan keadaan ketika itu.

Kesabaran beliau akhirnya Allah tunjukkan di mana beliau sekarang. Bukannya mengaku pejuang tetapi bila tidak berjawatan maka segala keburukan dihambur keluar walaupun ianya adalah rekayasa untuk membalas dendam.

Kata orang tua, kalau dah tak serasi maka berpisahlah…kalau dah tak mampu bersama maka sebaiknya berundur dari menjadi duri dalam daging!

lau2

No comments:

Post a Comment