Tuesday 4 August 2015

Parti Mat Sabu

Gabungan Harapan Baru merupakan sebuah lagi parti politik yang akan mewarnai kancah politik Malaysia.Diilhamkan oleh seorang bekas ahli Pas dikenali sebagai Mat Sabu ianya dilihat adalah jelmaan kepada Dap versi Melayu.

Tujuan jelas parti itu adalah berkiblatkan Dap sebagai tuannya.Segala bentuk bantuan diberi khas kepada GHB.Namun keperluan apa GHB ini dalam politik Malaysia?

Hanya kerana kecewa dengan pendirian Pas dalam soal tahaluf di pakatan rakyat maka GHB diwujudkan.Semakin jelas mereka menghasut ahli Pas untuk bersama sama dalam GHB.

Apa yang penulis nampak parti ini hanyalah wayang kulit.Dibelakang tabirnya jelas kuasa Dap yang menentukan corak GHB. Mereka menggunakan sentimen Melayu dalam mencari ahli baru.

Tidak dinafikan sentimen ini berjaya diserapkan kepada segelintir ahli Pas yang keliru dan kecewa kepada pimpinan Pas di bawah Hj Hadi.Tanpa sedar Pas menghadapi dilemma dalam menentukan halatuju dalam Pru akan datang.

Adakah Pas akan akur dengan dominasi Dap dalam pakatan rakyat? Amat malang jika Pas tersungkur dikaki Dap.Apa yang Pas perlu lakukan secara drastik?

Apa pula rancangan Hj Hadi dalam menentang arus GHB? Makin longlai Pas dicekik Dap.Maka atas nama tahaluf juga adakah Pas akan akur dengan kemahuan Dap?Pkr pula seakan merestui GHB dalam keterpaksaan.

Isu ini pastinya akan menghancurkan Pakatan Rakyat dalam Pru akan datang.Mampukah Pas berdiri tanpa Dap dan PKR?

Hanya Hj Hadi tahu apa langkah seterusnya dalam usaha menyelamatkan Pas.Mat Sabu kini menampakkan belang sebenar.

No comments:

Post a Comment