Tuesday 4 August 2015

Pemuda Umno Malaysia Samar

Dimana saudara Jamawi Jaafar bila Pemuda Umno hilang panduan dalam isu isu nasional? Apa yang telah beliau capai semenjak mendapat mandat mengetuai Penerangan Pemuda Umno Malaysia.

Tindakan beliau mendiamkan diri hanya memburukkan lagi pandangan terhadap Pemuda.Ketua Pemuda saudara Khairy Jamaluddin juga tidak berani membuat kenyataan dalam isu panas membabitkan Umno serta PPUM.

Jadi dimana rasionalnya peranan Penerangan Pemuda Umno dalam hal membabitkan Pemuda.Atau hanya melihat dari jauh hal hal yang membabitkan PPUM?

Penulis mendesak saudara Jamawi Jaafar tampil dalam menjelaskan isu panas PPUM.
Tidak ketinggalan Ketua Pemuda Umno juga perlu bertanggungjawap dalam hal yang membabitkan Pemuda.

Apa sebenarnya yang Pemuda mahu?
Jelas sekali mereka mengkhianati akujanji mereka dalam Umno.
Pendirian PPUM kini semakin samar.
Jangan jadi lalang yang ditiup angin wahai Pemuda Umno.

No comments:

Post a Comment