Thursday 6 August 2015

Perbualan Tersebar..Umno Johor Ada Tangan Ghaib

Seorang pegawai kepada Menteri Besar Johor mendakwa telah dipecat oleh Menteri Besar Johor.
Alasan yang digunakan hanyalah kerana MB tersebut tidak mahu mendengar penjelasan dari beliau dalam isu isu nasional yang hangat.

Setelah Tan Sri Muhyiddin Yasin digugurkan dalam rombakan kabinet Umno Johor sepertinya memandang sinis kepada kepimpinan Pusat.Apakah ini siri api dalam sekam yang bakal membakar Umno Johor?

Kenyataan dari MB Johor juga seakan tidak dipatuhi oleh segelintir Umno Bahagian dan telah diterjemahkan oleh Pemuda Labis dalam mesyuarat agung tempoh hari.
Apakah Dato Khaled Nordin juga bermain tarik tali dan hanya bermanis muka.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran "chat" yang kini tersebar di media sosial.Umno Johor khususnya YAB Menteri Besar Johor seharusnya tampil dan menjelaskan mengenai kebenaran perbualan tersebut.

Diharap Umno Johor punyai SOLIDARITI yang kuat dalam mempertahankan keutuhan UMNO dan Presiden Umno.

No comments:

Post a Comment