Friday 14 August 2015

Bersih..Siapa Dalang..Siapa Petualang???

Satu kempen dinamakan sebagai Bersih4.0 sedang giat dipromosikan.Umum mengetahui kempen itu selalunya berakhir dengan huru hara.

Tarikh yang dipilih pula hampir dengan tarikh hari ulangtahun kemerdekaan Malaysia.Apa rasionalnya kempen ini?Seingat penulis kempen sebegitu hanya menyusahkan rakyat dan merugikan negara disamping memburukkan imej Malaysia.Kali ini diperhebatkan lagi dengan kempen memjatuhkan Perdana Menteri Malaysia.

Diterima sebagai isyarat oleh sebahagian penyokong kata kata seorang mantan perdana menteri juga digunakan dalam kempen ini.Apakah motif sebenarnya?

Pas kelihatan tidak mahu terlibat dalam kempen ini.Jadi penganjur berharap kepada Dap dan Pkr tidak lupa sebahagian penyokong mantan Pm.

Dimana kewajaran kempen ini yang menidakkan demokrasi  negara?Kepada pembangkang inilah demokrasi acuan mereka.Perlukah rakyat yang tidak suka akan kacau bilau diheret sama.

Kerajaan sewajarnya memantau perkembangan ini kerana ianya berkaitan soal keselamatan dan keharmonian negara.Apakah mereka dibelakang semua ini kebal dari tindakan undang undang?

Kita meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Polis DiRaja Malaysia untuk mematahkan rancangan ini.Moga Malaysia kekal selamat dan harmoni.

Kepada pembangkang dan penganjur hentikanlah provokasi menggunakan rakyat.Kita tidak mahu menerima nasib yang sama seperti Mesir dll.

Cukuplah pengajaran yang boleh dipelajari dan difahami bila demokrasi negara tumbang.

No comments:

Post a Comment