Wednesday 5 August 2015

Shafie Rasmikan Mesyuarat..Jernih Atau Keruh

Tidak menjadi kesalahan buat mana mana Umno bahagian untuk menjemput sesiapa dari kalangan MT UMNO merasmikan Mesyuarat Tahunan.Difahamkan Umno Bentong akan menjemput Dato Seri Shafie Apdal pada acara tahunan ini.

Apa yang dikhuatiri apakah akan ada siri serangan terhadap Dato Sri Najib Razak oleh perwakilan Bentong samada secara langsung atau tidak langsung.Jika ada bermakna laungan SOLIDARITI untuk Umno hanyalah sekadar laungan dan bukan tersemat dihati.

Dato Seri DiRaja Adnan Yaakob lebih memahami sosiopolitik Pahang khususnya dan tentu tidak akan mengkhianati Presiden Umno yang kebetulan dari Negeri Pahang.Apa yang diharapkan moga apa jua perselisihan dalam UMNO diselesaikan secara keluarga UMNO.

Solidariti mestilah dikekalkan untuk turut sama membantu Presiden menangani isu isu nasional dan isu isu dalaman parti agar lebih kukuh dalam menghadapi PRU akan datang.Umno Pahang harus bersedia menawan semula kerusi kerusi yang hilang kepada pembangkang dan memastikan Pahang terus menjadi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional.

Moga Pahang terus makmur dibawah pemerintahan Kerajaan Umno dan Barisan Nasional.


No comments:

Post a Comment