Friday 25 September 2015

MCA Mungkin Jadi Sekutu Dap Dalam PRU.

MCA menerusi Presidennya Liow Tiong Lai meminta untuk bertemu Dato Sri Najib untuk mendesak agar perhimpunan rakyat bersatu tidak lagi diadakan dimasa depan.

Menurut MCA perhimpunan itu hanya menyuburkan perbezaan kaum di Malaysia.Menjadi persoalan mengapa bila Bersih dari siri 1 hingga 4 tidak kedengaran langsung suara MCA.

Adakah Perhimpunan Rakyat Bersatu mengganggu gugat premis premis serta perniagaan kaum cina di Malaysia?Memang ada penutupan operasi premis dilakukan semasa tarikh 16september lepas.Namun ianya hanyalah berdasarkan khabar angin yang disebarkan oleh pihak tertentu untuk menakutkan empunya premis,sedangkan realitinya mereka yang menyertai perhimpunan itu berarak dan berkumpul di Padang Merbuk.

MCA antara yang paling lantang menentang dan kebanyakan laporan polis keatas Perhimpunan itu datangnya dari MCA dan bukan dari pembangkang.Lupakah MCA siapa yang banyak membantu mereka sewaktu kemelut melanda MCA.Lupakah bahawa mereka juga diundi oleh pengundi dari Umno sewaktu pilihanraya umum.

Apa perlunya MCA menjadi kiasu didalam Barisan Nasional hingga mengganggap Perhimpunan Rakyat Bersatu itu seolah olah api perkauman.Bersih jauh lebih merosakkan imej dan kerosakan yang dilakukan mereka amat ketara,MCA berdiam dan butakan mata.Sikap 'double standard' ini amat ketara sejak  MCA memgalami kekalahan teruk dalam PRU13.

Dimana semangat setiakawan MCA dalam BN selama ini?Atau MCA sebenarnya ada perancangan lain dan bersekutu dengan Dap dalam hal menjuarai hati kaum Cina.Amat memalukan sebuah parti yang selama ini setia bersama BN kini membelakangkan semangat itu.Mungkin MCA berasa tiba masa mereka bersama dengan parti yang agak radikal dalam hal kaum Cina.

MCA juga lupa Perhimpuna Rakyat Bersatu merupakan menifestasi kaum Melayu yang membantah Bersih yang terang terang menghina Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia.Dengan dimomokkan BN menindas rakyat,MCA secara perlahan memghadam dan seolah menerima propaganda pembangkang.Sikap MCA yang tidak memberi komitmen dalam menjelaskan isu semasa negara kepada kaum Cina juga terserlah.Hanya mengharapkan Umno sendirian dalam menangani isu negara,MCA lebih banyak menjadu pbangkang dalam kerajaan.

Hakikat bahawa MCA sekarang tidak lagi kuat sememangnya tidak diterima mereka.Menidakkan kebenaran yang MCA telah hilang taring sukar buat pemimpin MCA akui.Faktor itu turut menjadi penyumbang kekalahan MCA dimata pengundi.Apakah MCA kini merasakan mereka tidak lagi memerlukan sokongan kaum Melayu dalam Pru?

Ingatlah Tiong Lai,parti MCA tidak membantu kemenangan BN jadi jangan menjadi beban pula.Mungkin ada sinar MCA bersama dengan Dap,jadi fikirkan akibatnya sebelum terlajak kata.

Wednesday 23 September 2015

Jelmaan Baru Jadi Taruhan,Siapa Akan Jadi Keldai Dap?

Pakatan Rakyat telah memperbaharui nama kepada Pakatan Harapan.Ini adalah Pakatan gabungan 3parti utama pembangkang di Malaysia iaitu PKR,Dap dan Pan.

Tanpa kelibat Pas dalam gabungan ini mereka masih meletakkan harapan untuk menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri seandainya memenangi Pru14 kelak.

Masih mengekalkan Wan Azizah sebagai watak utama dalam gabungan terbaru ini,Dap meletakkan harapan yang tinggi kepada Mat Sabu selaku Presiden PAN untuk meraih undi dari kaum Melayu.

Pkr pula mensasarkan pengundi yang masih setia kepada Anwar untuk memanjangkan hayat parti yang terpalit dengan isu DEIG di Selangor.

Dalam permainan politik ini yang paling sukses ialah Dap.Menggunakan kaedah pecah dan perintah Dap secara lembut telah berjaya memecahbelahkan Pas dari dalam.Walau ada wakil rakyat Pas yang dilanda kontroversi 'Bai'ah' PAN menyakinkan mereka untuk meninggalkan Pas dan berjuang diatas platform Pakatan Harapan.

Ternyata percaturan terbaru gabungan parti pembangkang ini sedikit sebanyak mendedahkan kelemahan mereka sendiri.Tanpa pendaftaran sah jelmaan Pakatan Rakyat ini terus mencari jalan untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Monday 21 September 2015

MCA Pasir Gudang Keluar Barisan Nasional Untuk Sertai Dap?

Pemuda MCA Pasir Gudang telah menyuarakan tentang keputusan mereka memutuskan hubungan dengan Barisan Nasional Pusat.Dakwa mereka ini adalah kerana sokongan yang ditunjukkan oleh Dato Sri Najib Razak terhadap Himpunan Rakyat Bersatu yang telah berlangsung pada 16september lepas di Kuala Lumpur.

Timbul persoalan mengapa secara tiba tiba MCA P.Gudang ini bertindak begitu.Mengapa bila Bersih 4.0 yang secara terangan dijana oleh Dap tidak pula dibantah keras.Disini dapat dilihat sikap sebenar MCA terhadap BN.

Sebagai komponen BN,MCA tidak meraih kerusi yang banyak di Parlimen malahan pernah menolak sebarang jawatan dalam kabinet selepas Pru13.Secara tidak langsung ini menunjukkan sokongan terhadap MCA sebenarnya hampir tiada.

Presiden MCA,Liow Tiong Lai pula hanya mampu menangi kerusi Bentong dengan majoriti yang terlalu kecil ketika itu.Apakah ini cerminan bahawa MCA tidak lagi berminat dalam Barisan Nasional dan sedia sertai Dap kelak.

Seorang Exco Pemuda Umno saudara Armand Azha dengan lantang membidas kelakuan jelik Pemuda MCA P.Gudang.Jelas beliau jika sudah tidak mahu bersama BN maka Ketua Pemuda MCA P.Gudang wajar melepaskan jawatannya.

Apakah MCA bersedia untuk sendirian dan tidak lagi bersama BN nanti.Persoalan mudah ini dapat dilihat dari usai Pru13.Jentera MCA dilihat tidak memberi kerjasama bila satu kawasan yang ditandingi bukan dari parti MCA.Seharusnya Presiden MCA tahu perkara ini dan mencari jalan selesai.

Andai MCA mahu keluar dari komponen BN maka maklumkan lebih awal supaya tidak menjadi beban kepada BN.

Friday 18 September 2015

Hanya Artis Layak Jadi Ikon?

Puteri Umno Malaysia telah melantik seorang artis sebagai exco baru baru ini.Beliau merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka.

Rasional disebalik pelantikan itu dikatakan sejajar dengan semangat perjuangan yang diwarisi dari ayahandanya.Juga bagi menaikkan semangat Puteri Umno dalam menambah keahlian Puteri.

Melihat dari rekod rekod artis tersebut sebenarnya banyak kekurangan yang akan menjadi beban buat Puteri Umno sebenarnya.Walau ada kebaikan dari kerja amal yang dilakukan namun pembangkang tidak memandang semua itu sebagai kelebihan.

Apa sebenarnya yang Puteri Umno cari dari pilihan ikon golongan artis?Semasa persidangan Puteri Umno sendiri telah muncul seorang ikon yang baik buat Puteri namun disia siakan hanya kerana mahukan gemilang artis tersebut.

Dyana,Rara diambil oleh Dap menjadi ikon untuk mempengaruhi anak muda sesuai dengan watak mereka selaku pelakon hebat dalam arena politik.Mengapa pula Puteri Umno terpengaruh untuk mengambil jalan sama seperti Dap?

Apa istimewa artis terbabit selama ini sehingga dinobatkan sebagai exco puteri.Tidakkah satu kerugian buat Puteri membiarkan Amalina yang jauh lebih berkemampuan untuk menjadi ikon yang baik untuk Puteri tonjolkan dalam meraih undi anakmuda.

Apakah selama ini Puteri sememangnya ketandusan exco berwibawa hingga mencari artis untuk mencari pengaruh dikalangan anakmuda kini.Ketua Puteri YB Mas mengambil tindakan berdiam diri bila dipersoalkan oleh sesetengah Puteri Umno berkaitan pemilihan artis terbabit.Apa sudah jadi dengan Puteri Umno?

Thursday 17 September 2015

Terimakasih Polis DiRaja Malaysia

Himpunan Rakyat Bersatu  hari ini telah berjaya menunjukkan sikap yang baik dan mengikuti arahan pihak berkuasa.Walau ada sedikit kekecohan akibat provokasi protoge DAP,Merah tetap berdisplin.

Sekalung tahniah dan terimakasih buat PDRM,RELA dan agensi yang terlibat dalam menjaga keamanan perhimpunan tersebut.Ini amat berbeza dengan himpunan Bersih sebelum ini yang dicemari dengan insiden menghina petugas yang diamanahkan menjaga keselamatan dan keamanan.

Terimakasih PDRM,terimakasih KDN,terimakasih Petugas Media,Terimakasih Rakyat Malaysia.

MERAH MEMBARA MEMBAWA SEMANGAT BARU.

Merah Menguasai Kuala Lumpur.

Perhimpunan Merah pada 16september 2015 membuktikan betapa rakyat Malaysia khususnya Melayu masih lagi bersatu walau berlainan ideologi politik.

Kehadiran hampir 200ribu-menurut laporan- jelas memberi isyarat kepada mereka yang memperlekehkan kebersamaan rakyat  Malaysia dalam mempertahankan negara sangat tinggi.

Secara simboliknya 16september adalah Hari Malaysia dan hari ini menjadi satu sejarah bila tahal penyatuan yang tinggi ditunjukkan.

Satu kenyataan yang telah disampaikan oleh salah seorang peserta Ashikin Yunos pula telah menjadi viral dalam sebuah portal pro pembangkang.Kenyataan yang ditujukan kepada Lim Kit Siang itu amat bertepatan dengan sikap rasis Lim Kit Siang yang selama ini memandang rendah keupayaan Melayu.

Apapun sekalung tahniah kerana tiada kejadian yang tidak diingini terjadi walau ada sedikit provokasi di Petaling Street.Mungkinkah ada gelombang Merah kedua selepas ini?

Wednesday 16 September 2015

916 Bukan Himpunan Rasis..Rakyat Tidak Gusar.

16September2015
Himpunan Rakyat Bersatu akan dilakukan di Kuala Lumpur.Walau ada pihak yang tidak senang dengan perhimpunan ini namun ianya mendapat kebenaran dan permit dari pihak berkuasa.

Gabungan NGO NGO Melayu berjaya membangkitkan semangat Nasional dalam jiwa rakyat dan ini sesuatu yang positif.Bukan mudah untuk merealisasikan dibalik seruan yang mencemuh himpunan ini dari berlaku.
Juga tidak kurang PDRM dituduh sebagai berat sebelah oleh penganjur Bersih4.0 ,NGO NGO Bumiputera bertegas ini bukanlah himpunan rasis.

Beberapa perkara perlu dipatuhi oleh NGO tersebut disamping memastikan tiada provokasi atau laungan berbaur hasutan dilakukan semasa perhimpunan tersebut.Dalam memganjurkan himpunan ini pihak NGO juga bersetuju untuk berhimpun ditapak yang pihak DBKL sediakan iaitu Padang Merbuk.

Tidak timbul dakwaan Bersih bahawa himpunan ini sebagai berat sebelah keran atas persetujuan semua NGO terbabit maka semua yang terlibat akan berkumpul ditempat khas.Cuma perarakan itu bermula dari sekitar Kuala Lumpur.

Sehubungan itu PDRM dengan kerjasama DBKL akan menutup jalan tertentu untuk memberi laluan kepada rakyat meraikan Hari Malaysia disamping berhimpun untuk menyatakan sokongan kepada Kerajaan.Walau ada notis penutupan premis tertentu oleh peniaga ini sebenarnya tidak melunturkan semangat rakyat untuk berhimpun dan menghargai keamanan yang telah Malaysia kecapi selama ini.

Kepada mereka yang terbabit esok secara langsung atau tidak langsung adalah diharapkan mematuhi arahan pihak berkuasa dan tidak melakukan sebarang provokasi dan hasutan melampau.Kita raikan Hari Malaysia dengan penuh makna dan tunjukkan kesopanan yang tinggi.
Selamat Hari Malaysia buat semua Rakyat Malaysia.

Tuesday 15 September 2015

Siapa Khairuddin Abu Hassan Dalam Plot Gulingkan Kerajaan.

“Khairuddin berkata, jika mereka mahu menjatuhkan Najib maka ia perlu dilakukan sebelum akhir tahun ini. Jika mereka membenarkan Najib memegang kuasa sehingga tahun depan maka beliau tidak akan dapat disingkirkan.”

Khairuddin Abu Hassan adalah lelaki yang ditugaskan dengan kerja-kerja untuk mengganggu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga beliau meletakkan jawatannya.

Untuk memastikan bahawa Najib ini tidak mampu untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya parlimen yang baharu (Umum), perkara yang perlu dibuat adalah dengan membuat undi tidak percaya terhadap Najib bulan depan.

Khairuddin juga telah menjelajah ke beberapa negara untuk membuat laporan polis sebagai usaha membekukan mana-mana akaun yang berkaitan dengan Perdana Menteri.

Bagi Khairuddin, tanpa wang Najib tidak akan mampu mengadakan Pilihanraya Umum dan jalan akhir bagi beliau adalah meletakkan jawatannnya.

Pihak polis berkata konspirasi menyingkirkan Perdana Menteri adalah sebagai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dan pihak polis telah melancarkan siasatan hingga ke akar umbi konspirasi ini.

Jika begitu maka pihak polis perlu memanggil Khairuddin untuk soal siasat kerana pada 22 Julai 2015 Khairuddin dengan bongkaknya mengatakan bahawa dalam tempoh seminggu Najib akan menjadi sejarah. (Sehingga kini Khairuddin masih bebas lagi bergerak ke mana sahaja)

Sepatutnya perancangan kumpulan konspirator, pada 29 Julai yang lalu rampasan kuasa sudah pun berlaku namun perancangan mereka terhalang bila Najib mengatur langkah menghalangnya lebih awal. Mereka yang menjadi suspek konspirator lebih awal dipindahkan.

Khairuddin tahu apa yang berlaku dan juga mengetahui bilakah ia akan berlaku dan siapa yang terlibat untuk menjayakannya hasrat rampasan kuasa ini. Oleh itu Khairuddin adalah saksi utama yang tahu semua butiran yang polis perlukan.

Khairuddin juga didapati telah bertemu Clare Rewcastle dari Sarawak Report dan dengan bangga memuat naik gambar ke internet.

Khairuddin memberitahu rakan rapat beliau bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama dengan Tun Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim adalah Mastermind dan penggerak di belakang rampasan kuasa untuk menyingkirkan Najib.

Menurut Khairuddin lagi, kedatangan Menteri Besar Selangor Azmin Ali ke London untuk bertemu Dr Mahathir adalah perjumpaan untuk mengadakan perjanjian bersama dalam konspirasi rampasan kuasa tersebut.

Khairuddin juga ada bertemu beberapa taikun perniagaan pada majlis makan malam yang telah diadakan beberapa bulan lepas dan mereka termasuklah Vincent Tan, Francis Yeoh dan Kamal Sadiqqi untuk membincangkan jumlah pembiayaan dana operasi untuk menyingkirkan Najib.

Sejumlah RM 2 Billion telah dipersetujui sebagai bajet dalam usaha penggulingan kerajaan ini. Kesemua taikun yang hadir bersetuju akan berpakat untuk membiayainya.

Sebahagian daripada pembiayaan adalah untuk membiayai (membeli) sekurang-kurangnya 120-130 Ahli Parlimen untuk menyertai dalam gerakan undi tidak percaya. Di dalam bajet tersebut juga ada habuan yang perlu dibayar kepada wartawan dari media antarabangsa untuk mengendalikan serangan kilat dan bertali arus terhadap Najib.

Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata pembangkang harus menumpukan pada satu perkara sahaja: menjatuhkan Perdana Menteri dan Umno. Jadi Pakatan Rakyat 2.0 mesti meletakkan ini sebagai keutamaan dan perlu ketepikan perbezaan politik serta bekerja dengan kedua-dua Umno dan PAS jika perlu.

PKR telah pun berbincang dengan PAS, PAN dan memujuk DAP agar bersetuju dengan perancangan guling kuasa ini walaupun hubungan DAP dan PAS kelihatan renggang.

Jika DAP boleh bersetuju untuk bekerjasama dengan Umno dalam usaha untuk menyingkirkan Najib dan Umno mengapa tidak DAP juga bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS kerana setiap orang mempunyai niat yang sama?

Hujahnya adalah mudah. Najib mesti disingkirkan. Namun ianya akan menjadi sukar sekiranya tiada penglibatan orang UMNO dalam proses ini. Orang Umno yang setia dengan Najib akan pertahankan beliau maka UMNO perlu ditumbangkan untuk jatuhkan Najib.

Kumpulan konspirasi boleh melihat hal ini dan bersetuju untuk ini, walaupun Dr Mahathir, Daim dan ramai lagi dalam Umno. Mereka bersetuju bahawa undian tidak percaya adalah tidak mungkin berjaya melainkan penglibatan undi yang disokong oleh wakil Umno sebagai pembangkang. Malah jika PAS tidak termasuk ia juga tidak akan berlaku. Jadi DAP telah bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS dan golongan anti-Najib dalam Umno jika mereka mahu melihat kejayaan penyingkiran Najib.

Sebagai apa telah Khairuddin katakan, jika mereka mahu menjatuhkan Najib maka ia perlu dilakukan sebelum akhir tahun ini. Jika mereka membenarkan Najib memegang kuasa sehingga tahun depan maka ia tidak lagi akan dapat membawa Najib ke bawah untuk disingkirkan.

Kalau mengharapkan pembangkang semata-mata maka ianya tidak akan menjatuhkan Najib. Bilangan pembangkang tidak cukup untuk jatuhkan PM.

Mengharapkan usaha Dr Mahathir dan Daim juga tidak akan mampu untuk menurunkan Najib kerana mereka juga tidak mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi di Parlimen nanti.

Ini hanya boleh berjaya sekiranya kedua-dua belah jurang politik kebencian dapat disatukan antara DAP, PAS dan PAN.

Maka untuk memastikan konspirasi mengguling kuasa ini berjaya maka belanjawan sebanyak RM2 bilion diperlukan untuk membeli undi tidak percaya gabungan antara anti Najib, DAP, PKR, PAS dan PAN.

Jadi mereka perlukan taikun perniagaan tersebut untuk membiayai konspirasi ini. Tidak sukar untuk mendapat dana sebanyak RM 2 Billion melalui proksi yang setia dengan Mahathir dan Daim.

– Malaysia Today

Institusi DiRaja Pula Di Hina.

Penulis terjumpa satu nama pengguna facebook yang menggunakan nama Sultan Nazrin Shah ketika melayari sesawang tersebut.

Apakah maksud pengguna itu dengan memanipulasikan nama seorang Sultan.
SKMM wajar memantau perkara ini supaya ianya tidak mendatangkan kemarahan Rakyat Perak.

Mungkin ini adalah cubaan memghina institusi DiRaja Melayu secara halus.Dengan situasi sekarang mungkin ini adalah provokasi dari pihak yang tidak bertanggungjawap.

Amat dikesali perkara ini sering terlepas pandang dari pemantauan SKMM.Institusi DiRaja Melayu amat dihormati didalam Malaysia dan perlembagaan negara.Namun demikian bukan sedikit hinaan terhadap institusi ini berlaku.

Apakah SKMM akan membiarkan perkara sensitif ini berterusan.Siasat siapa disebalik pengguna nama yang memanipulasi nama baik Sultan Nazrin Shah sebelum rakyat Negeri Perak berang.

Monday 14 September 2015

PAN Hanya Keldai Dap?

Parti Amanah Negara menjadi parti serpihan Pas yang berevolusi kearah sekularisme.Parti yang diasaskan oleh Mat Sabu ini dilihat menjadi saingan buat bekas pengikut Pas yang selama ini memang mahukan satu bentuk politik baru.

Namun disebalik penubuhan PAN banyak kontroversi melanda.Antaranya sumpah bai'ah yang melibatkan perceraian dilakukan seandainya bertukar parti.

Perlukah parti PAN untuk mewarnai politik negara?Pasti mereka yang suka meneroka warna warni politik akan mempertahankan PAN.Pihak mana yang akan mendapat "politic mileage" dari PAN.

Dap adalah parti yang mengalu alukan penubuhan PAN.Dari segi sokongan dalam PRU pastinya akan jadi laba untuk DAP raih dari PAN.Matlamat utama PAN adalah pengundi Melayu Pas yang keliru pihak mana yang perlu disokong.

Walau PAN disokong oleh puak sekular Pas yang melompat parti tapi adakah pengundi akan memihak kepada parti Mat Sabu ini.Penulis berpendapat PAN sebenarnya hanya 
mekanisme Dap dalam memperalatkan pengundi Melayu untuk PRU.

Pas pasti tidak akan memberi laluan mudah untuk PAN mempengaruhi ahli mereka.Adakah Hj Hadi selaku Presiden Pas punyai strategi untuk melumpuhkan pengaruh Mat Sabu didalam Pas.Apa pula pandangan Majlis Syura Pas terhadap sumpah bai'ah ahli Pas yang melompat parti.

Pastinya PRU akan datang meriah apabila Pas bersaing dengan PKR,Dap,PAN dalam Pakatan Rakyat.Barisan Nasional perlu memastikan percaturan yang berbaloi bila tiba masa menamakan calon untuk setiap kawasan yang ditandingi.

PAN akan terus menjadi keldai tunggangan Dap
dalam memastikan pecahan pengundi Melayu.Pas dan Umno perlu memandang serius
perkara ini demi survival politik parti masing masing.

Saturday 12 September 2015

Artis "X" Dari Rancangan Realiti Ambil Ganja Sebelum Ke Pentas.

Setiap artis ada gaya penampilan tersendiri diatas pentas.Walau seramai mana peminat andai gaya hidup tidak sihat diamalkan maka karier tidak akan pergi jauh.

Ganja antara bahan terlarang yang diambil oleh artis yang tidak yakin kepada diri sendiri.Di barat budaya mengambil ganja adalah perkara biasa buat artis mereka.

Di Malaysia tidak dapat dinafikan penyalahgunaan dadah jenis ganja oleh artis.Bukan sahaja untuk keyakinan dipentas malahan bahan tersebut menjadi sebahagian hidup mereka.

Artis rancangan realiti juga ada yang terbabit dengan pengambilan ganja.Perlukah mereka bergantung kepada khayalan ini untuk berada dipentas.Artis "X" dari rancangan realiti popular antara pengguna ganja.

Jika dilihat luaran sememangnya tidak akan disyaki pembabitan beliau.Hanya yang mengenali tahu "X" memgambil ganja sebelum ke pentas.

Apakah artis "X" tersebut tidak tahu bahawa pengambilan dadah itu adalah penamat karier beliau sebagai artis.Hentikanlah tabiat itu sebelum peminat tahu dan mula membenci.

Persatuan Artis juga sebaiknya memantau artis yang bernaung dibawah persatuan agar mereka bersih dari sebarang pengambilan dadah.

Friday 11 September 2015

Bila Exco Tidak Faham Portfolio Menteri

Amat sinis bila seorang Exco Pemuda Umno meminta peminat,pengkritik bolasepak negara supaya jangan mengkritik ketuanya Khairy Jamaluddin.

Dalam kenyataan exco terbabit yang dinaikmuat di facebook beliau menyifatkan pengkritik KJ tidak peka akan keadaan dan kekecohan yang berlaku semasa perlawanan Harimau Malaya menentang UAE.

Beliau juga seakan tidak mengerti portfolio Menteri Belia Dan Sukan yang disandang KJ.Amat malang buat Pemuda Umno bila seorang exco tidak tahu apa itu Menteri Belia Dan Sukan.Dia lupa bahawa bolasepak adalah sukan nombor 1 di Malaysia.

Andai mahu mempertahankan ketua itu sifat yang baik namun beliau harus belajar menangani serangan serangan media sosial terhadap KJ.Lebih bagus sifat mempertahankan Ketua itu turut diimplementasikan dalam menangani serangan terhadap Presiden Umno.

Pemuda Umno kini semakin layu,bukan tidak bagus tapi bila ada exco yang berada dalam Pemuda sendiri yang tidak tahu mendepani masaalah.

Moga dalam pemilihan akan datang exco terbabit secara sukarela tidak lagi bertanding.Tidak memberi impak langsung kepada Pemuda amnya dan Umno khususnya.
Harapan penulis agar dimasa depan Pemuda Umno diisi dengan Barisan Exco yang lebih baik dari yang ada sekarang.

Thursday 10 September 2015

KJ Tumpang Aura Presiden Umno

Perhimpunan Merah yang dijangka pada 16september ini tidak dihalang oleh Presiden Umno.Beliau tidak menggalakkan namun tiada halangan sekiranya ahli Umno mahu turut serta semasa kempen itu berlangsung.

Ini menunjukkan tahap demokrasi yang tinggi diamalkan oleh Umno.Khairy Jamaluddin hari ini menyatakan sokongan terhadap kenyataan Dato Sri Najib.Ini adalah kali pertama KJ bersependapat dengan DsN selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno semalam.

Adakah Pemuda Umno akan setia kepada Presiden seperti isu MERAH ini?Selama ini Pemuda Umno menyepi tanpa suara bila UMNO dilanda pelbagai serangan negatif.

Masih belum terlambat buat Pemuda Umno untuk kembali teguh bersama Presiden Umno menghadapi isu isu nasional.Buat KJ serta Exco Pemuda..ini adalah masa terbaik untuk kembalikan kekuatan Umno.

Inisiatif 15Juta Untuk Anak Terengganu..TTB Cemerlang.

Kerajaan Negeri Terengganu dibawah pimpinan Dato Razif amat prihatin dengan pembelajaran anak anak Terengganu.

Inisiatif khas disediakan oleh kerajaan Negeri  kepada pelajar Tingkatan Enam demi memastikan kecemerlangan anak anak Terengganu.

Ini merupakan sesuatu yang amat istimewa kerana hanya Negeri Terengganu sahaja yang menyediakan sebegini banyak kemudahan untuk pelajar.Bukan sedikit jumlah yang dibelanjakan sejak 2008..hampir Rm15juta dilaburkan oleh kerajaan Negeri untuk anak Terengganu.

Ini merupakan pencapaian yang sangat baik dan seharusnya menjadi contoh untuk Negeri lain.Tahniah Kerajaan Negeri Terengganu.

Tahniah juga untuk Menteri Besar yang amat prihatin dan menepati janjinya Transformasi Terengganu Baharu yang dijadikan sandaran Kerajaan BN Terengganu.

Wednesday 9 September 2015

Siapa Akan Denda FAM?

Semalam satu lagi episod memalukan buat bolasepak Malaysia.Stadium Bukit Jalil dipenuhi asap suar yang dibawa masuk oleh fanatik bolasepak negara.

Dimana ketegasan FAM dalam menghalang perkara ini terjadi? Bolos dipintu masuk atau sememangnya suar dibenarkan untuk dibawa ke dalam stadium.

Menteri Belia Dan Sukan Yb Khairy pula dilihat seperti melepaskan tangan dan menuding sepenuhnya kepada FAM.Beliau juga sepatutnya memikul tanggungjawap ini dan bukan hanya menuding jari.

Mana kredibiliti FAM dan KJ?Jika Persatuan Negeri boleh didenda dan dikenakan tindakan oleh FAM bila penyokong membuat gangguan ketika perlawanan..Siapa pula akan denda FAM?

Tuesday 8 September 2015

X Trail 1.2 Juta Mengaku Miskin

Menteri Besar Kedah Dato Mukhriz perlu menjawap persoalan yang bermain di media.
Gambar kenderaan pacuan 4roda XTrail sebanyak 11 buah yang berada dilaman Wisma Darul Aman menjadi viral.

Apakah beliau lupa kenyataan yang beliau keluarkan memyatakan Kedah antara negeri termiskin.Untuk kegunaan apa kenderaan berharga Rm1.2 juta keseluruhannya.

Pihak kerajaan negeri pastinya akan menanggung kos untuk meyelenggara kesemua kenderaan terbabit.Bukankah ini akan menjadi beban kepada kerajaan Negeri?

Sebaiknya Mukhriz lebih memikirkan kesejahteraan rakyat Kedah dan bukannya kemudahan mewah untuk pemimpin Kedah.Ini sedikit sebanyak akan membuat rakyat Kedah memandang serong kerajaan BN,UMNO kerana menyediakan keperluan yang tidak sepatutnya.

Lagipun itu bukanlah kenderaan nasional dan ini seperti menafikan kenyataan Tun Mahathir yang merupakan penasihat Proton dalam mempertahankan kualiti Proton.
Mukhriz harus bijak dalam mentadbir Kedah dan jangan biarkan Kedah dilanda belanjawan defisit.

Monday 7 September 2015

Rintihan 28 Julai

Melihat tarikh kongsian gambar didalam media sosial ini ianya sudah hampir hampir 2bulan berlalu.

Rintihan seorang warga tempatan dikawasan terbabit tidak dapat dipastikan samada telah diambil tindakan atau belum.Penulis merasa terpanggil dan terharu bila terpandang gambar anak anak membahayakan diri melalui jalan terbabit.

Apatah lagi rintihan sayu empunya gambar menceritakan keperitan warga setempat untuk keluar ke tamu mingguan.Moga tindakan telah diambil untuk meminimumkan kerosakan dan membaikpulih jalan tersebut.

Saturday 5 September 2015

10-0 vs Khairy Jamaluddin

Suara Khairy terus mendap dalam arus politik Malaysia.Kekalahan Skuad Malaysia kepada UAE diburukkan lagi dengan imej KJ yang langsung tidak bersuara.
Apa yang KJ rancangkan sebenarnya?

Adakah tindakan menutup mulut beliau akan memberi 'political mileage' atau hanya merudumkan lagi pandangan rakyat kepada beliau.Dengan hanya mengharapkan Exco untuk bersuara KJ sebenarnya menampakkan sisi lemah beliau dalam politik.

Tiada lagi semangat beliau selaku Ketua Pemuda Umno Malaysia dan juga Menteri Belia Dan Sukan.Dari apa yang dilihat KJ sengaja menempah laluan sukar demi popularitinya.Berharap kepada aura popular sahaja tidak mencukupi untuk Umno dan Barisan Nasional.Apakah beliau mampu menarik anakmuda menyokong kembali Umno,BN dengan berbekalkan senyuman sahaja?

Adalah lebih baik KJ mula fikirkan kemana beliau selepas Pru14.Samada dapat kekalkan majoriti Parlimen Rembau atau bersedia untuk terima kekalahan.
Beliau juga sebaiknya memikirkan sama siapa pengganti yang layak dan lebih baik darinya untuk menerajui Pemuda Umno,BN Malaysia.

Sekalung penghargaan atas jasa dan kerja yang dilakukan untuk Umno dan Negara.Mungkin esok matahari akan bersinar lebih terang dari hari ini.Siapa tahu lusa boleh jadi Perdana Menteri pula.
Terimakasih KJ.

Cubaan Sabotaj..1K Dijangka Mengiringi Ke Mesyuarat MKT.

Berlegar dalam aplikasi maya mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno yang dijangka pada 9/9/2015 berlaku pemecatan keahlian dari kalangan pemimpin tinggi Umno.

Antara nama yang dikaitkan termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin,Dato Shafiee Apdal,Dato Mukhriz Mahathir dan juga YB Khairy Jamaluddin.Namun hingga kini tiada pengesahan akan kesahihan kandungan mesej dalam aplikasi tersebut.

Namun ianya menjadi seolah satu berita benar hingga dikhabarkan penyokong penyokong nama yang terbabit mahu mengiringi mereka ke mesyuarat MKT tersebut.Dianggarkan tidak kurang dari 1ribu  penyokong akan menghadirkan diri-menurut sumber.

Apa yang dikesali mengapa nama nama yang terlibat seakan merestui tindakan itu.Apakah mereka bersalah dibawah Tindakan Tatatertib Umno atau sengaja mahu menunjukkan pengaruh?

Bertepatan dengan prinsip Berani Kerana Benar tidak seharusnya penyokong mereka membuat sebarang sabotaj keatas Mesyuarat MKT nanti.Diharap mereka dapat mengawal emosi penyokong yang dikatakan akan mengiringi mereka nanti.

Percaya dengan Qada dan Qadar adalah menjadi pegangan kepada setiap Islam dan apa jua tindakan haruslah diterima dengan Redha dan Terbuka.Tiada guna menyerang kembali Parti yang satu masa menjadi platform untuk karier politik.Juga diingatkan Umno milik bersama dan bukan Hak Eksklusif sesiapapun.

Friday 4 September 2015

Khianat..Antara Maruah Dan Kuasa..Barisan Nasional Hilang Kerusi.

Apakah pengajaran dalam Pru13 tidak cukup mematangkan Umno untuk menghadapi Pru14?Dengan pola undian bandar berbeza dengan luar bandar seharusnya menggusarkan Barisan Nasional.

Adakah hanya Umno sahaja yang perlu bekerja keras memastikan kemenangan BN pada setiap pilihanraya? Jelas menampakkan parti komponen seperti enau melepas pucuk bila ditebak persoalan begini.Kemana hilang semangat Barisan Nasional kini.

Pemuda Barisan Nasional juga tenggelam dalam arus perdana politik Malaysia.Nyata hanya berkehendak tenaga Pemuda Umno dalam memastikan kemenangan.Ini sesuatu yang lazim terjadi andai calon adalah dari parti komponen dan majoriti dikawasan itu dikuasai Melayu.

Sampai bila mentaliti ini harus berada dalam Barisan Nasional.Kerjasama erat sepatutnya ditunjukkan dalam mendepani apa juga isu nasional.Hingga kini tidak diperlihatkan Pemuda MCA mahupun Pemuda MIC membantu menangkis serangan serangan pembangkang terhadap Barisan Nasional.Malahan Ketua Pemuda MCA bersemangat untuk merelakan ahli MCA menyertai himpunan Bersih 4.0

Ini sesuatu yang memalukan dalam ikatan Barisan Nasional.Pemuda MIC pula hilang suara dek kemelut perebutan Presiden.Jadi apa rasional mereka didalam Barisan Nasional?Gerakan juga hampir menjadi parti tumpangan sahaja tanpa peduli apa yang menimpa masyarakat di P.Pinang.Hanya yang mereka mahu jawatan Ketua Menteri.

Dimana nilai Umno kepada mereka kini.Sudahlah Ketua Pemuda Umno tidak berfungsi seperti sepatutnya.Apa peluang untuk Barisan Nasional memenangi PRU14?
Nampaknya Barisan Nasional bersedia untuk merasa empuknya kerusi pembangkang.

Usah nanti yang tinggal dalam Barisan Nasional hanya Umno serta komponen dari Sarawak dan Sabah kerana komponen lain tidak sanggup jadi pembangkang.Hanya mahukan kuasa maka akan setia tapi bila hilang kuasa mereka lari.

Ingatlah bukan Umno sahaja dalam Barisan Nasional.Perdana Menteri Malaysia bukan mewakili satu parti sahaja tapi Barisan Nasional.

Thursday 3 September 2015

Tangan Ghaib...Siapa Tok Dalang?

Heboh diviral dalam aplikasi whattsapp tentang pemecatan Tan Sri Muhyiddin,Dato Mukhriz,Dato Shafie Apdal dan Khairy pada 9/9/2015.

Khabar angin ini menggila dikalangan yang kiasu penyokong penyokong mereka.Perkhabaran ini sedikit sebanyak menggusarkan kroni kroni yang selama ini bergantung harap untuk projek projek politik.

Dato Sri Najib pastinya tahu apa yang terbaik untuk Umno dan pastinya akan mendapatkan pandangan dari Ahli Majlis Tertinggi tentang hal ini.Sebagai ahli Umno apa juga keputusan MT hendaklah diterima dengan terbuka.

Didalam keadaan politik sekarang secara rasional MT dan Presiden pasti tidak akan membuat kepututsan yang mengancam kedudukan Umno dalam kerajaan.

Jadi penyokong penyokong mereka tidak perlu lagi melakukan provokasi picisan yang akan memecahbelahkan Umno.Selama ini mereka nyatakan sayang akan Umno namun tindakan provokasi mereka mencerminkan sebaliknya.

Atau memang ada tangan ghaib yang mahu merosakkan Umno dari dalam.Tindakan sesetengah dari mereka yang masih memburukkan Presiden dalam Mesyuarat Agung Bahagian amat mendukacitakan.

Ianya bukan tindakan bijak tapi tindakan "bunuh diri" untuk Umno.Perlukah sikap tikam belakang diamalkan dalam Umno?
Hentikan khabar angin dan provokasi buruk terhadap Umno kalau mahu Umno dipilih sebagai tonggak kerajaan dalam PRU14.

Anugerah Emmy Award KJ Artis Dari Malaysia Bakal Dinobatkan.

Mengapa hingga kini Ketua Pemuda Umno Malaysia seperti hilang aura dalam menangani isu isu yang melanda Umno dan Kerajaan?
Apa percaturan KJ dalam arus politik beliau yang semakin suram.

Adakah beliau sedang membuat persediaan untuk melepaskan jawatan itu dalam perhimpunan Agung Umno yang dijangka hujung tahun ini.Hampir boleh dikata beliau tidak berfungi sebagaimana sepatutnya Ketua Pemuda Umno merangkap Ketua Pemuda Barisan Nasional.

Malahan Ketua Pemuda parti komponen juga kelihatan hilang hormat kepada KJ.Apa guna beliau bertahan jika sudah patah dayung.Sampai bila kolek mampu bersaing dengan kapal kalau berdayung guna tapak tangan.

KJ sewajarnya memikirkan karier alternatif bila bersara dari politik.Mungkin sebagai bintang filem lebih sesuai dengan jiwanya yang sememangnya impikan kemasyhuran.Awal penglibatan beliau sebenarnya banyak bersandar kepada Pak Lah selaku Perdana Menteri ketika itu.

Aura sebagai pemimpin yang bakal menjadi nakhoda Umno tidak dapat dikesan pada KJ.Tindakan beliau yang berdiam diri dalan hal Solidariti untuk Umno juga diperhatikan.Apakah beliau bermain sandiwara untuk meraih simpati dan seterusnya mencerahkan peluang untuk mengintai salah satu kerusi Naib Presiden Umno?

Sebetulnya ramai kalangan Pemuda kecewa dengan sikap beliau.Yang pasti KJ belum mampu mengendalikan ketua pemuda Negeri apatah lagi selaku Ketua Pemuda BN.Mungkinkah KJ mampu menduduki kerusi idaman tanpa kontroversi semasa pemilihan Ketua Pemuda Umno dahulu.

Adalah lebih baik untuk KJ memikirkan haluan politinya sekarang..samada sekapal atau tinggalkan kapal dan mencari ilham baru utk turut sertai.Exco Pemuda yang ada kini ada yang mampu menggantikannya.

KJ..terimakasih atas pengorbanan anda.Selamat menjalani kehidupan sebagai artis pujaan selepas ini.

Transformasi Umno Beranikah Najib?

Berbincang tentang Umno pastinya menggamit seribu satu kenangan.Bermula dari zaman Dato Onn beralih kepada Tunku Abd Rahman parti ini tidak pernah sunyi dari dilanda kontroversi.

Zaman peralihan kolonial kepada Kemerdekaan walau bermula lebih awal namun Umno adalah parti yang merealisasikannya.Hanya mereka yang buta sejarah akan menafikan semua itu.

Setiap Presiden Umno pastinya mahukan yang terbaik buat ahlinya.Namun kebelakangan ini Semangat Melayu dalam Umno seolah luntur dibawa zaman kemodenan dan zaman menjadikan Umno sebagai lubuk menghasilkan kewangan.Mengapa ini terjadi ketika Presiden melaungkan Umno sebagai wadah Melayu untuk berjuang.

Kepentingan orang Melayu kini dilihat terjejas kerana keengganan sesetengah pemimpin memupuk semangat Melayu.Pada mereka adalah lebih baik memikirkan bagaimana mendapat laba dari kedudukan dalam Umno.Masyarakat Melayu memandang ini sebagai kegagalan Umno dalam membela kepentingan Melayu.

Dato Sri Najib sebaiknya mulakan satu transformasi untuk mendapatkan semula kepercayaan Melayu.Apa yang kebanyakan ahli Umno ingin lihat Najib sebagai seorang Presiden yang tegas dalam melaksanakan janji untuk menjaga orang Melayu serta kepentingan Melayu.

Dalam usaha mengembalikan kepercayaan ahli Umno Dato Sri Najib juga haruslah tidak teragak agak untuk melakukan pemutihan dalam Umno.Sesiapa juga yang menjadi beban dalam Umno perlu disingkirkan secara terhormat.Mereka juga terikat kepada ikrar taat setia kepada pemimpin dan Presiden Umno.Jika ada yang tidak lagi mampu untuk berbuat sebagaiman ikrar sebaiknya berundur.Transformasi ini hendaklah dilaksanakan sebelum PRU14.

Wednesday 2 September 2015

Kronisme Makin DiGemari Ketua Bahagian..Siapa Akan Mengaku?

Amalan Kronisme Masih Wujud Dalam Umno Cameron Highlands? Wan Rosdy Lupa Ikrar Kerana Kuasa.

Setelah 3penggal memenangi pilihanraya dengan cemerlang kini kedudukan Dato Wan Rosdy semakin kukuh dalam barisan Exco Negeri Pahang.Kemenangan beliau banyak dibantu oleh imej bersih yang dibawa semasa awal penglibatan sebagai Ahli Dewan Undangan Jelai.

Namun langit tidak selalu cerah.Sedikit perubahan dapat dilihat ketika masuk penggal kedua sebagai Adun namun masih diterima dengan terbuka oleh pengundinya.Kerja keras tetap dijadikan rutin beliau selaku Ketua Bahagian Cameron Highlands merangkap Adun Jelai.

Perubahan ketara amalan kronisme kelihatan ketika pemilihan Umno tahun 2013.Beliau dilihat menyusun mereka mereka dari kalangan keluarga dan yang telah dikenal pasti tidak akan mempersoalkan apa jua tindakan beliau didalam UMNO Cameron Highlands.

Meletakkan anak sendiri sebagai Naib Ketua Pemuda untuk penggal 2013-2016 adalah sesuatu yang tidak digemari oleh kebanyakan ahli Pemuda.Apa pula rasional memberi laluan kepada seorang yang tidak mesra dengan Pemuda sebagai Ketua Pemuda Cameron Highlands?

Dimana intergriti yang beliau sendiri ikrarkan sewaktu mulakan tugas sebagai Adun Jelai dan Ketua Bahagian Cameron Highlands.Suara Pemuda dikatakan hanya sekadar nyamuk.Ketiadaan unit siber juga mencerminkan kiasu Bahagian Cameron.

Juga dikatakan AJK Bahagian hanya akan menunjuk muka bila ada pembesar turun padang selain dari musim pilihanraya.Kemana haluan sebenar Cameron Highlands?Adakah Dato Wan Rosdy akan memperbaiki segala persepsi buruk yang terpalit kepadanya kerana dikatakan pengundi tidak menyukai Setiausaha Bahagian?

Walau telah dimaklumkan namun Dato Wan Rosdy mengambil risiko dengan tidak mengambil tindakan drastik atas rungutan pengundi.Apakah amalan kronisme menjadi trend kepada beliau?Risiko yang bakal beliau hadapi adalah kehilangan undi dari suara suara yang tidak berpuashati dengan cara beliau.
Mungkin beliau ada strategi tersendiri untuk mencapai kemenagan kelak.

Najib...Antara Mitos Dan Realiti..Rakyat Memerhati

Berubah Atau Rebah..Najib Harus Berani Dan Tegas Atas Kepincangan Umno

Disaat kelihatan sokongan rakyat semakin terhakis apa yang menjadi persoalan adakah Dato Sri Najib akan transformasikan ucapan beliau untuk menjaga kepentingan Melayu dan Bumiputera.

Dihimpit dengan isu GST dan kajian pendapatan isi rumah yang kelihatan tidak seimbang dengan apa yang ditampal didada akhbar rakyat mula berasa gelisah.Apa yang dikesalkan ada dikalangan kabinet seolah tidak menghiraukan rintihan ini dan dengan bangga terus mengatakan bahawa ekonomi terkawal.Dengan kejatuhan ringgit disertai propaganda pembangkang..Najib serta kabinetnya kelihatan lemah dalam menangani perkara tersebut.Segala tindakan penerangan hanya selepas kerosakan imej terjadi.

Apa sebenarnya strategi Najib untuk meyakinkan rakyat bahawa Malaysia tidak buruk seperti digemburkan.Adakah Najib masih relevan untuk memimpin Malaysia dan Barisan Nasional untuk Pru14?

Diburukkan lagi dengan krisis dalaman Umno bila Timbalan beliau seperti tidak sehaluan dan membawa bersama pengikutnya.Mampukah Najib bertahan dalam Umno.Ditambah dengan keengganan sesetengah ketua bahagian menyatakan sokongan terhadap beliau amat mencalarkan reputasi seorang presiden.

Dimana nilai seorang pemimpin yang berjiwa besar andai rakyat tidak didahulukan sepertimana tercatat dalam menifesto BN semasa Pru13?Rakyat sebenarnya memerhati dan menanti masa sesuai untuk mengajar Najib
serta kabinetnya erti kepayahan.Maka berbondonglah pemimpin dalam Umno akan buat pusingan berbalik dari menyokong Najib kepada mengikut arus rakyat.

Kepada siapa lagi mampu rakyat berharap untuk berlindung dalam menghadapi isu isu yang melanda.Adakah pengganti Najib mampu melaksanakannya atau rakyat telah bersedia memberi wajah baru kerajaan Malaysia?

Adakah jaminan bahawa hak Melayu akan dipertahankan oleh Umno dan Najib dan dalam masa sama menjaga kepentingan yang lain.Kuasa rakyat dalam pilihanraya usah dipandang ringan kerana merekalah penentu kerajaan yang diingini.
Dato Sri Najib harus memandang serius perkara ini atau bersedia kehilangan undi rakyat.

PRU14 Dimana Kedudukan Barisan Nasional

Dalam setiap pilihanraya pengundi dianggap aset yang bernilai kepada setiap parti yang bertanding.Dimana kedudukan mereka selepas pilihanraya dijalankan.

Umum mengetahui bahawa pola pengundi kini amat berbeza dengan 30 tahun lepas.Kaum yang paling setia mengundi tanpa kompromi dijuarai oleh Melayu walau siapa pun calon...kemenangan harus diberi kepada Barisan Nasional.

Dengan perubahan zaman analog ke zaman digital dan seterusnya ke zaman IT sebagai keperluan segalanya berubah.Pengundi tidak lagi hanya bergantung kepada media cetak untuk setiap parti menyampaikan manifesto mereka dan memenangi hati pengundi.

Umno baru baru ini melancarkan pendaftaran secara talian namun kempen menambah ahli Umno dan pengundi tidak berlaku dengan agresif.Berbeza sekali dengan apa yang apa yang parti lawan yang sentiasa menaikmuat status pemgundi.

Walau serba kekurangan Umno seharusnya mencotohi Dap yang acapkali membuat promosi menambah jumlah pengundi yang keciciran dalam senarai pemilih.

Dimana sikap pemimpin Umno serta Sayap.Andai didaftarkan apakah ada jaminan merampas semula negeri yang dikuasai pembangkang?Dimana kempen Umno dalam hal jumlah pengundi dan memastikan status quo dalam Barisan Nasional.

Umno sepatutnya sudah mulakan kempen membawa kembali suara pengundi baru kedalam pilihanraya akan datang.Usah terbuai dengan laporan indah khabar dari rupa yang disediakan oleh Setiausaha Setiausaha Bahagian.