Friday 31 July 2015

Terengganu Teguh

Umno Terengganu kelihatan santai dalam memerintah dibawah kepimpinan Menteri Besar Dato Ahmad Razif.

Sentiasa mendahulukan rakyat negeri dalam isu isu tempatan tidak dinafikan barisan exco Terengganu amat komited dan efisien.

Disenangi lawan dan kawan Menteri Besar Terengganu dilihat amat proaktif dalam mencapai matlamat Transformasi Terengganu Baharu.

Syabas Menteri Besar Terengganu
Tahniah rakyat Terengganu Darul Iman

Ghaibnya Pemuda

Dikenali sebagai Pergerakan Pemuda Umno Malaysia kini tidak lagi digeruni oleh pihak lawan.Sejak diterajui oleh YB Khairy Pemuda seolah lesu dan tidak bermaya.

Barisan exco yang dilantik juga tidak banyak membantu didalam mempertingkatkan imej Pemuda sendiri.Lebih kepada retorik Pemuda kini hilang bisanya.

Suara mereka juga umpama bergema dalam kalangan mereka tanpa didengari rakyat.Apakah ini tandanya perlu ada rombakan dalam exco Pemuda sendiri? Beranikah Ketua Pemuda mengikuti jejak langkah Presiden.

Dikuatkan lagi sessi pemberontakan oleh Pemuda Umno Labis,Khairy seolah hilang taring kerana tidak dapat mengawal anakbuahnya.

Atau ada calon yang sesuai menggantikan Khairy dan lebih berkarisma dalam soal Pemuda Umno.

Pembangkang Terdesak

Realiti politik parti pembangkang kini kelihatan terumbang ambing.Dengan perpecahan antara partidalam Pas dan masalaah pentadbiran Pkr diSelangor,maka Dap dilihat semakin mendominasi Pakatan Rakyat.

Wujudnya Gabungan Harapan Baru pasti memberi saingan sengit dalam percaturan Pakatan Rakyat.Apa yang mampu dibawa oleh Pakatan Rakyat dalam menghadapi Pru14?Masih menabur janji atau manifesto bukan janji.

Kemelut ini sebaiknya digunakan Umno untuk memantapkan imej.Pas hampir pasti kehilangan pengaruh dan hanya berharap mempertahankan Kelantan.

Pkr pula dilihat lebih akur atas arahan Dap.Apakah kehilangan faktor Anwar menjadi titik kelumpuhan Pkr?Maka Dap akan bertambah kukuh dan ego dalam menekan sekutu politik dalam menentukan status quo.

Kebenaran DiBalik Pengguguran

Dibalik pengguguran dalam rombakan kabinet oleh Dato Sri Najib Razak baru baru ini dilihat sebagai lonjakan semangat dalam menyusunatur strategi memulihkan kembali keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional.
Ternyata beliau memerlukan pasukan yang mantap serta jitu dalam menangani isu semasa dan nasional.

Adalah menjadi tanggungjawap selaku Perdana Menteri memastikan pentadbiran beliau licin dan segala maklumat disalurkan kepada rakyat dengan cara yang betul.Pemahaman anggota kabinet dalam setiap isu berbangkit amat dituntut agar setiap penerangan oleh Menteri selari dengan apa yang Dato Sri Najib mahu berikan kepada rakyat.

Besar harapan kiranya anggota kabinet yang baru menjadi lebih efisien dalam senada dengan kebenaran yang Perdana Menteri mahukan.

Moga gandingan Dato Sri Najib Razak dan Dato Seri Zahid Hamidi akan lebih mengukuhkan keyakinan ahli Umno dalam menuju pilihanraya ke 14 nanti.

Kebenaran DiBalik Pengguguran

Negara dikejutkan dengan pengguguran 4orang Menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri tempohari.
Apa yang Dato Sri Najib Razak lakukan walau sukar namun terpaksa beliau lakukan atas nama kebenaran.

Apa yang beliau perlukan adalah satu pasukan yang membantu beliau menangani isu isu nasional namun mantan Menteri seolah tidak memberi kerjasama yang kukuh dalam bersama sama mengendalikan isu dengan baik.

Apabila satu pasukan tidak dapat memberi komitmen yang tinggi untuk menyelesaikan setiap isu berbangkit maka semua masaalah dilihat ditanggung oleh Dato Sri Najib berseorangan.

Adakah tindakan beliau membentuk pasukan yang lebih ampuh perlu diragui?
Amat mustahil beliau dapat buat sesuatu keputusan tanpa kerjasama dari pasukan beliau.

Oleh itu tindakan mencorak semula kabinet beliau adalah perkara terbaik yang dilakukan dalam memastikan kebenaran akan sampai kepada rakyat.

Dilihat pengukuhan kabinet dalam rombakan ini sangat bertepatan dengan masa.Oleh demikian kebenaran akan terserlah bila kerjasama dari setiap anggota kabinet akan lebih jitu.

Thursday 30 July 2015

SarawakReport menipu?

Viraliti tentang waran keatas Dato Sri Najib Razak berleluasa.Maklumat rahsia dibocorkan oleh seseorang kepada SR.

Dari mana datangnya gambar tersebut.Adakah ianya sahih atau sekadar mahu cetuskan panik dikalangan 
rakyat?

Auditor SR pasti ada jawapan.

Pengkhianatan Pemuda Labis

Heboh diperkata hari ini Pemuda Umno Labis mendesak Presiden 'bercuti'.Atas alasan siasatan 1MDB membabitkan Presiden Umno.

Apa yang Pemuda Labis mahukan sedangkan Badan Perhubungan Umno Johor akur dengan pertukaran jawatan Timbalan Perdana Menteri tempohari.Adakah mereka membelakangi keputusan Umno Johor?

Ketua Pemuda Umno Johor perlu tampil untuk menjelaskan tentang tindakan Pemuda Labis.