Sunday 28 February 2016

Lim Guan Eng Antara Individu Terkaya Malaysia?




Lim Guan Eng merasa dianiaya telah disampaikan oleh bapanya Lim Kit Siang yang mana menuduh bahawa penyenaraian Lim Guan Eng diantara orang yang terkaya didunia adalah penipuan yang dilakukan oleh cybertrooper pro kerajaan.

Seperti biasa , sebenarnya Lim Kit Siang amat takut untuk membuat kenyataan penafian dalam isu isu yang tepat dan benar dibongkar mengenai kekayaan individu dari parti DAP. Jika ini berlaku maka segala tembelang dan skandal yang selama ini disembunyikan akan terbongkar.

Sebagaimana biasa DAP akan mengalihkan isu dan membuat tuduhan dan mencari “orang ketiga” untuk dipersalahkan. Dalam mencari “orang ketiga” DAP melalui Lim Kit Siang terus mengatakan bahawa maklumat yang dibuat oleh Forbes telah diubah.

Jika Lim Kit Siang mengatakan ianya berniat jahat , maka lakukan sesuatu , buatlah satu laporan bertulis kepada pihak berkuasa agar satu siasatan dilakukan keatas Lim Guan Eng mengenai apa yang terkadung didalam dan dikeluarkan oleh Majalah Forbes jika pada kedudukan ke 22 itu adalah Lim Wee Chai.

Lim Kit Siang seharusnya membuat satu laporan polis dengan segera agar satu siasatan dilakukan dan menyiasat kedudukan yang sebenarnya agar semua rakyat tahu apakah kedudukan Lim Guan Eng itu satu penipuan dan menggunakan nama Lim Wee Chai itu merupakan satu alasan.

Rakyat amat tahu hubungan akrab pemimpin DAP dengan taikon yahudi termasuk Soros sebagaimana didedahkan melalui sekeping gambar yang mana dimasa itu Tian Chua berjumpa soros.

Dalam kolumnya, The Corridors of Power, Raja Petra mendakwa Ezam Mohd Nor dan Anuar Shaari, serta dua orang lain pada tahun 2003, telah pergi ke Amerika Syarikat menemui Soros untuk mengutip wang atas nama Free Anwar Campaign (FAC).

DAP juga mengatakan bahawa penerimaan Dana dari Israel berjumlah RM1.2 billion juga satu pembohongan. Sehingga kini setelah 4 tahun tiada satu pun tindakan diambil untuk menafikan penerimaan tersebut.

Begitu juda resolusi DAP untuk menjadikan Malaysia “negara Kristian”, dan kononnya beliau (Kit Siang) berada di Kuala Lumpur dan mengetuai perarakan 13 Mei 1969 – yang mana semua itu tidak berasas dan palsu belaka. Semuanya ini tidak pernah diambil tindakan oleh Lim Kit Siang.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang didakwa mengamalkan dwi-standard dengan tidak menghiraukan penyebaran bahan palsu seumpama itu walaupun ia jelas satu fitnah yang tidak berasas.

Seharusnya Lim Kit Siang bersara dari politik, penyebaran fitnah yang berluasan telah dilakukan dengan penuh bergaya oleh pemimpin Pakatan Harapan dalam kepelbagaian cara, Fitnah Lahat Datu, Fitnah Altantuya, Fitnah Scopene, Fitnah dan berbagai lagi dilakukan terhadap kerajaan yang mana dibuat secara bermaharaja lela tanpa ada tindakan.

Justeru iti saya sadangkan satu siasatan dilakukan keatas pemfitnah yang telah menuduh Lim Guan Eng adalah sebagai orang no 22 terkaya didunia ini dibuat untuk membuktikan nilai harta yang ada. Beranikah Lim Kit Siang lakukan.

Kebebasan bersuara dan kebenesan menyatakan pandangan dan pendapat didalam DAP sememanya sudah tidak wujud lagi. Ini dibuktikan dengan penyingkiran beberapa ADUN didalam pentadbiran Lim Guan Eng yang mana bertindak mengatakan isi hati mereka.

Kritikan terhadap DAP adalah satu kesalahan yang besar dan dianggap menikan dari belakang saorang ketua. DAP juga sebuah parti perkauman dimana telah merobohkan 26 buah kampung Melayu dimana didalamnya adalah terdiri daripada penyokong dari PAS dan PKR dan sebahagian kecilnya penyokong BN.

Tindakan kejam ini menunjukkan bahawa DAP melaksanakan dasar tertutup serta mengembangkan ideology komunis dan kuku besi tergadap rakyat didalam negeri pemerintahannya.

Rafizi Biadap Tempelak Presiden PAS.


Pergeseran PKR Dan PAS Makin Runcing





Rafizi Ramli berharap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menghantar isyarat mengelirukan bahawa PAS menyokong UMNO di dalam serangan fitnah pakatan rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Rafizi agak tersentak dengan kenyataan Abdul Hadi dalam Sinar Harian hari ini yang mengatakan tidak akan menghadiri perhimpunan anti- Najib pada 27 Mac ini.

Baca: Himpunan Haram 27 Mac: PAS Tidak Akan Terlibat – Hadi

Menurut Rafizi, beliau mewakili Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan menyatakan persetujuan supaya perdana menteri meletakkan jawatannya pada himpunan tersebut.

“Saya harap Datuk Seri Hadi Awang juga akan turut sama, supaya rakyat tidak terkeliru seolah-olah beliau/PAS mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak…” Dan seperti biasa Rafizi menggunakan ayat-ayat penipuan seperti kononnya di saat ini “kemarahan rakyat terhadap Perdana Menteri makin memuncak,” katanya dalam Facebook hari ini.

Rafizi berkata, beliau kononnya jarang mengulas mengenai PAS atau Abdul Hadi kerana menghormati sumbangannya kepada pembangkang sejak puluhan tahun, tetapi beliau dihujani dengan pertanyaan mengenai kenyataan terbaru pemimpin PAS itu.

Ahli Parlimen Pandan berkata beliau tidak bersetuju dengan pendirian terbaru Hadi Awang iaitu “menolak parti Umno, tetapi berkawan dengan orang (pemimpin) Umno”.

“Sepanjang sejarah Umno terutamanya selepas merdeka, sebenarnya pimpinan Umno itulah yang mencorakkan hala tuju dan pendekatan Umno. Sebab itu setiap kali Umno bertukar Presiden, setiap kalilah Umno bertukar.

“Maka bagi saya, kemudaratan yang dibawa oleh Umno kepada rakyat sebenarnya berbalik kepada jenis orang yang menjadi presiden/pemimpin Umno.

“Jika presiden Umno itu kasar, tidak mementingkan rakyat dan taksub dengan kuasa – maka Umno (dan kerajaan) pun akan kasar, tidak mementingkan rakyat dan taksub dengan kuasa,” katanya yang cuba menipu pengikut facebooknya. Amatlah malang PKR mempunyai pemimpin yang langsung tidak atau samada dengan sengaja cuba menutup kebenaran dengan penipuan berterusan.

Rafizi tidak mampu bertahan lama sebagai Pengarah Strategik PKR kerana strateginya yang menipu akhirnya memakan maruah parti milik Anwar dan keluarga terutamanya di dalam ‘rampasan kuasa’ Menteri Besar Selangor satu waktu dahulu.

Nampak kebodohan Rafizi apabila cuba ‘menyalahkan’ pemimpin UMNO di dalam sistem pentadbiran UMNO yang penuh dengan tertib mesyuarah di dalam membuat apa saja keputusan penting bagi UMNO. Lupakah rakyat Selangor bahawa Rafizi diheret ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman di atas kesalahan menipu untuk memecat Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Akhirnya, kerana salah besar dalam merangka strategi, Langkah Kajang jadi bahan ketawa rakyat Selangor – Langkah Sumbang!

Bagaimana PKR masih melantik Rafizi sebagai pemimpin mereka apabila dengan kebodohan, beliau menyenaraikan keputusan yang disifatkan menindas rakyat dan berlaku ketika Najib menjadi presiden Umno.

Antaranya ‘kesalah’ Najib dari perspektif Rafizi yang memalukan:
Memperkenalkan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) – Rafizi tidak mampu bercerita penggantian sistem cukai yang lebih efisyen dan diamalkan lebih dari 168 negara.
Menghentikan biasiswa – penipuan dan manipusi Rafizi, kenapa Rafizi takut untuk berkata benar tentang pengstrukturan semula biasiswa kepada yang benar-benar layak mengikut syarat yang ditetapkan oleh kementerian.
Memansuhkan subsidi minyak – Rafizi termalu kerana nujumnya berhubung harga minyak jauh tersasar
Menyebabkan hutang 1MDB mencecah RM42 bilion – Rafizi cuba menutup tentang strategi 1MDB dalam penyusunan hutang yang terbukti berjaya dan tidak mengakibatkan bangkrup

Menurut sumber rapat, Rafizi dilihat seperti hilang arah kerana Azmin Ali sudah tidak ‘pakai’ khidmat beliau lagi akibat terlalu banyak kerosakan yang dibuat Rafizi. Buka sahaja mulut, beliau berbohong.

Sumber : http://www.bicara.news/

KKLW, ANGKASA Sedia Bantu Penglibatan Koperasi Dalam Mara Digital



Kewujudan Arked Mara Digital yang diilhamkan Dato Seri Ismail Sabri Yaakob, akan memacu ekonomi bumiputera ke arah yang lebih baik. Beliu berharap kewujudan Arked Mara Digital membuka peluang besar untuk usahawan Bumiputera bersaing dalam perniagaan berasaskan keperluan gajet masakini.

Beliau  juga mahu persaingan sihat dalam perniagaan dengan perluasan Mara Digital ke seluruh negara dan daerah dalam Malaysia dalam usaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melibatkan penglibatan anak muda.

Dengan meluaskan Arked Digital ini akan menjana pendapatan bagi menyaingi peningkatan kos sara hidup rakyat. Di tanya mengenai bantuan kepada pekebun kecil yang merupakan golongan paling terkesan dengan kenaikan kos, Ismail mengulas Kementerian telah menyusun atur program khas untuk membantu mereka keluar dari garis kemiskinan. Di jangka seramai 50,000 penoreh getah akan di bantu KKLW untuk menjayakan priogram tersebut.

Ismail juga berkata penglibatan koperasi dalam menjayakan Arked Digital Mara sangat dialu alukan. Bahkan menurut beliau, terdapat 2 buah koperasi terlibat secara langsung dalam dalam perniagaan di Mara Digital.

Pengerusi Angkasa, Dato Fattah Abdullah  memberitahu pihak Angkasa sendiri sanggup untuk membantu koperasi yang berminat untuk memulakan perniagaan berasaskan gajet dan perkhidmatan di Arked Digital Mara dan perkara ini di persetujui secara lisan oleh Dato Seri Ismail Sabri.

Beliau berkata demikian semasa di temui dalam majlis perkahwinan Adun Luit YB Nurhidayah Shahaimi di Kg Sentosa, Maran.

Ismail Sabri juga berharap kesanggupan Angkasa membantu koperasi Bumiputera dalam perniagaan yang di monopoli oleh kaum lain akan menerima sambutan dari pihak yang berminat untuk meningkatkan pendapatan koperasi mereka melalui perniagaan baru ini.

Thursday 25 February 2016

Lim Kit Siang Perdana Menteri Malaysia Ke 7?







Pengerusi Jawatankuasa Kira Kira Negara (PAC), Datu Hasan Arifin telah menangguhkan pembentangan laporan mengenai isu 1MDB atas sebab kebanyakan ahli PAC berada di luar negara dan ada yang sedang menunaikan umrah.

Tuduhan Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang bahawa ahli Parlimen BN sengaja 'melarikan diri' dari pembentangan amat tidak wajar. Sikap biadap Kit Siang terhadap wakil BN dalam PAC terserlah apabila beliau mahu mempersoalkan perkara berkaitan agama terhadap ahli Parlimen yang sedang menunaikan Umrah.

Siapa Lim Kit Siang hingga semua pergerakan ahli PAC kena merujuk dan melapor diri kepada beliau sebelum membuat satu satu perjalanan? Adakah Kit Siang tahu siapa antara ahli PAC yang pergi menunaikan Umrah di Mekah? Datuk Hasan telah menyatakan ada antara ahli PAC sedang menunaikan Umrah dan Kit Siang tidak berhak mempertikaikan apa yang dilakukan ahli PAC yang beragama Islam.

Tony Pua dari DAP yang sering melakukan sidang media mengkritik PAC tidak mengulas mengenai penangguhan malah Tang Seng Giaw turut tidak mempersoalkan tindakan Hasan. Malah wakil PKR di dalam PAC juga tidak membantah penangguhan jadi apa perlu Kit Siang yang tiada kena mengena dengan PAC mengulas bak 'lebih sudu dari kuah'?

Sikap Kit Siang yang sengaja menghasut rakyat membenci kerajaan bukanlah baru, DAP Pulau Pinang telah lama melakukan penindasan terhadap orang Islam di negeri yang mereka perintah sejak 2008. Lihat sahaja agenda halus DAP menghalau orang Melayu dari terus berada di pulau, mereka telah di halau dengan merampas tanah atas nama pembangunan.

Cara Lim Kit Siang mengkritik PAC hanya dalih beliau untuk mengalihkan perhatian rakyat dari skandal DAP di Pulau Pinang. DAP yang terpalit dengan pelbagai kontroversi berkaitan pentadbiran dan pembaziran wang rakyat perlu segera mencari jalan untuk menutup perhatian keatas parti mereka. Perseteruan DAP dan PKR akibat pemecatan dua wakil PKR oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng juga menjadi topik hangat di kalangan rakyat dan ini menjejaskan reputasi DAP selaku parti dominan dalam Pakatan Harapan. Dengan menyerang PAC, Kit Siang berharap isu ini akan selesai tanpa merosakkan kredibiliti Guan Eng.

Ketua pembangkang juga berharap dengan serangan beliau terhadap PAC dan Barisan Nasional maka rakyat akan melupakan kemarahan netizen kepada DAP yang membenarkan perjumpaan Freemason berlangsung di Pulau Pinang. Malah rakyat turut mempersoalkan 'derma' RM40,000 dari DAP kepada pertubuhan yang mempunyai kaitan dengan agenda Yahudi.

"duit siapa yang DAP derma? adakah itu dari poket DAP atau wang rakyat?"

"depa benarkan Freemason mai penang buat apa? tu bukan ka agenda Yahudi duk nak rampas Masjidil Aqsa kat Palestin?" -antara komen netizen di laman sosial facebook berkaitan perjumpaan Freemason di P.Pinang.

Kit Siang perlu meyelesaikan dahulu isu berkaitan DAP yang menjadi buah mulut rakyat serta dakwaan Razali mengenai dana RM1.2 billion serta pembabitan perisikan Israel dalam melatih ahli DAP sebelum mempertikaikan isu 1MDB. Banyak lagi isu DAP yang perlu Lim Kit Siang fikirkan sebelum menuding jari kepada kerajaan termasuk parti mewah menyambut ulang tahun kelahirannya yang menimbulkan tanda tanya rakyat kerana kemewahan yang ditonjolkan 'dinasti Lim' ketika majlis tersebut.

Adakah wang untuk penganjuran parti tersebut datang dari dana yang di dakwa Razali atau dari sumbangan ikhlas penderma Gerbang Selangor? Persoalan ini yang perlu Kit Siang jawap bukannya menyoal intergriti PAC dan Parlimen.

Tuesday 23 February 2016

Mat Sabu Dan PAN Terima Tempias RM1.2 Biliion DAP?




Parti Amanah Negara (PAN) ditubuhkan oleh Mat Sabu setelah kecewa semasa bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS. Hakikat sebenar yang tidak diketahui umum, Mat Sabu telah lama berada dalam PAS sebagai pendukung fahaman liberal yang jauh menyimpang dari prinsip PAS. Malahan wujudnya PAN adalah 'facelift' dari satu parti yang tenggelam dari arena politik perdana apabila Presiden 'Parti Pekerja Pekerja Malaysia', Ganga Nayar kalah bertanding dalam Pilihanraya Umum 1978.

Sebelum kewujudan PAN, Mat Sabu terlebih dahulu mewujudkan Gerakan Harapan Baru namun telah ditukar kepada PAN pada 8 September 2015. Namun begitu timbul tanda tanya apa kaitan PAN dan DAP dalam Pakatan Harapan (PH) yang juga mengalami 'facelift' daripada Pakatan Rakyat. Kerjasama erat antara Mat Sabu dan DAP ketika PH mengumumkan penyingkiran PAS dari Pakatan Rakyat(PR) menimbulkan persoalan adakah PAN menerima sumbangan dana daripada DAP untuk melicinkan pentadbiran parti tersebut.

Sebuah parti baru yang masih belum diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) sudah mampu memiliki bangunan sendiri dan amat mustahil jika mendakwa semua itu datang dari penderma yang bersimpati dengan Mat Sabu. Dengan menampilkan muka muka liberal dari PAS, PAN tanpa segan silu tunduk kepada arahan DAP dan sedia berjuang untuk kepentingan DAP apabila skandal melanda parti sekular sosialis itu.

DAP yang dikaitkan dengan skandal rakyat di Pulau Pinang semestinya mahukan sebuah parti 'muka Melayu' untuk membantu mereka mendepani kaum Bumiputera apabila timbul isu berkaitan Melayu dan melalui PAN, segalanya menjadi mudah buat DAP. 

Mungkinkah PAN turut menerima tempias yang DAP terima daripada National Endowment of Democracy melalui dana yang disalurkan kepada pembangkang Malaysia dalam program yang di bantu National Democracy Instittute?

Adakah PAN terlibat sama dalam Dana Israel berjumlah RM1.2 billion hingga menyebabakan Mat Sabu rela dipergunakan DAP untuk memecah undi kaum Melayu PAS dan PKR?

Tidak mustahil DAP hanya menggunakan watak 'Melayu' PAN untuk meraih sokongan rakyat menghadapi Pru14. DAP yang tersepit dengan pelbagai kontroversi melibatkan wang rakyat sedar mereka perlu mencari alternatif lain bagi mengekalkan momentum sokongan kerana telah tergugat dengan kebangkitan Barisan Nasional kebelakangan ini.

Hakikat yang perlu ditelan penyokong PAN, mereka hanyalah pencacai DAP yang akan berguna bila pilihanraya sahaja dan tidak akan diberikan kedudukan istimewa jika DAP memerintah. Hanya Mat Sabu yang akan menerima jawatan dalam kabinet DAP apabila angan angan merampas Putrajaya terlaksana.

Malah PKR yang memerintah Selangor tidak memberi apa apa keistimewaan kepada wakil PAN didalam Dewan Undangan Negeri apabila kehadiran wakil mereka ternyata tidak disenangi wakil PAS yang menguasai kelebihan kerusi di Dewan Undangan Selangor.

Manakala di Pulau Pinang kehadiran wakil PAN hanya dianggap langau oleh penyokong tegar DAP. Mereka tidak disenangi kerana berbeza ideologi dengan DAP yang memperjuangkan negara sekular dan sosialis manakala halatuju PAN tidak di ketahui.

PAN hanya akan kekal sebagai 'peminta sedekah' DAP dan menjadi kumpulan 'pom pom' untuk DAP. PAS pula akan memandang sinis PAN yang telah memasang angan anagan untuk bertanding di setiap kerusi Parlimen milik PAS bagi membuktikan kesetiaan mereka terhadap DAP.

Kemana sebenar tujuan PAN dalam politik Malaysia? Mat Sabu yang 'syok sendiri' apabila berasakan punyai DAP di belakang mereka akan sedar sebenarnya mereka hanyalah boneka di pentas politik DAP. Mungkin masa itu sudah terlambat buat Mat Sabu dan kepimpinan tertinggi PAN menyedarinya.






Monday 22 February 2016

Parti Harijadi Kit Siang, DAP Guna Wang Rakyat Atau Penderma?



Kegilaan Ketua Menteri P.Pinang membazir wang rakyat sudah tidak mampu dilindungi lagi. Terbaru pakaian isteri Lim Guan Eng menarik perhatian netizen yang menyifatkannya sebagai keterlaluan. Pakaian yang diragakan Betty Chew ketika majlis meraikan 75 tahun umur bapa mertuanya Lim Kit Siang amat mengejutkan.

Dengan mendedahkan belakangnya, pakaian tersebut berhias dengan manik dan segala hiasan untuk pakaian itu dikatakan mencecah ribuan ringgit. Tidak kurang juga sebentuk cincin yang di pakai Betty menarik perhatian pelayar media sosial. Mereka mula mempertikaikan harga cincin yang dikatakan mencecah harga yang tinggi.
 Adakah sambutan untuk Kit Siang di taja atau DAP yang mengeluarkan belanja? Jika DAP yang mengeluarkan belanja, dari mana pula sumbernya? Adakah Guan Eng menggunakan wang rakyat untuk parti tersebut? Atau jika di taja siapakah individu yang menaja majlis mewah itu?

 Timbul persoalan adakah individu tersebut merupakan orang yang sama menjadi penderma untuk Gerbang Selangor yang masih misteri apabila Azmin enggan mendedahkan identiti penderma.

 Majlis serba mewah di Hotel Equatorial P.Pinang tersebut hanya menunjukkan betapa kayanya 'Dinasti Lim' ketika meraikan hari lahir Kit Siang.

DAP yang lantang menyatakan negara akan bangkrap sebaliknya berpesta dengan mengadakan sambutan besar besaran hanya untuk meraikan Kit Siang. Ahli Parlimen Pagoh itu seperti tidak merasa bersalah kepada rakyat apabila tersenyum lebar dengan acara khas yang dilakukan buatnya. Kit Siang sering menyelar kerajaan akan muflis nyata tidak berkata apa apabila melibatkan dirinya.

Adakah Guan Eng menggunakan wang rakyat untuk menaja majlis mewah untuk bapanya? Masih dilanda kontroversi pembaziran wang rakyat untuk projek RM30juta mengecat laluan basikal, perlakuan Guan Eng hanya retorik apabila pernah mengeluarkan kenyataan DAP sebuah parti rakyat,zuhud dan sosialis apabila mengenakan sut beharga ribuan ringgit semasa majlis tersebut belum termasuk harga pakaian Betty Chew.

Kini DAP bolehlah dikenali sebagai parti yang mengamalkan kronisme dan nepotisme serta korup apabila sambutan besar besaran hanya dilakukan untuk Kit Siang dan tiada individu lain dalam DAP yang mendapat layanan sebegini hebat. Mungkin ahli DAP yang lain tidak layak mendapat semua ini kerana mereka bukan menggunakan nama 'Lim' sebagai nama keluarga.

Apa kata anak bekas presiden DAP, Gobind Deo mengenai pembaziran semasa majlis khas untuk Kit Siang? Malah, sekutu politik DAP tidak berani mempertikaikan sambutan luarbiasa yang dianjurkan untuk Kit Siang. Apatah lagi 'orang suruhan' DAP, Mat Sabu yang langsung tidak berani menegur pembaziran yang dilakukan Guan Eng.

"Mungkin ini sambutan terakhir Kit Siang" kata seorang netizen semasa memberi komen dalam media sosial mengenai sambutan hari jadi anjuran DAP.

"DAP guna wang siapa anjur parti untuk Kit Siang?" menurut seorang pelayar tegar facebook apabila melihat foto yang dimuatnaik di media sosial. "Berapa harga cincin Betty?, berapa pula harga baju Betty?" komen seorang individu lain mengenai pakaian isteri Lim Guan Eng.

"Bayangkan kalau yang menyarung pakaian itu isteri pemimpin Umno, pasti DAP akan meyerang dengan gigih" antara komen dalam media sosial apabila menyentuh berkenaan pakaian dan gelagat pemimpin DAP.


Sunday 21 February 2016

Pemuda,Puteri Umno Boikot Majlis PM?



Menurut laporan hampir 2,000 orang hadir dalam majlis tahlil dan bacaan yassin sempena menyambut 40 tahun penglibatan Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak di dalam politik Malaysia. Majlis tersebut diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ahli Majlis Tertinggi Umno serta Ketua Ketua Bahagian Umno seluruh negara.

Turut sama Ketua Wanita Umno bersama jemaah menunaikan solat Maghrib dan Isyak seterusnya bacaan yassin dan tahlil. Namun ketiadaan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Umno Datuk Mas Emieryati menimbulkan tanda tanya. Bahkan ketiadaan barisan Exco kedua dua Sayap Umno di majlis tersebut  amat mengejutkan.

Mustahil mereka selaku orang penting dalam parti tidak maklum mengenai aturcara melibatkan Presiden parti. Malah jemputan secara terbuka telah dibuat dalam media sosial dan majlis ini terbuka kepada ahli Umno. 

Difahamkan Ketua Puteri Umno yang dalam perjalanan menghadiri majlis tersebut mengalami masalah kesihatan dan mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital swasta berdekatan PWTC.

Dalam laman sosial facebook milik Mas Emieryati, beliau telah memuatnaik satu foto ketika menerima rawatan doktor. Beliau turut menytakan kekesalan tidak dapat bersama dalam majlis di PWTC.

 Namun demikian, ini bukanlah alasan bagi barisan Exco Puteri tidak turut serta dalam acara tersebut. Aturcara majlis telah dimaklumkan awal namun pelbagai alasan diberikan dan ini menunjukkan mereka tidak endah akan sebarang program yang melibatkan Presiden Umno.


Pemuda pula ternyata menjadikan majlis ini sebagai medan 'tunjuk perasaan' tanpa kehadiran seorang pun Exco serta Ketua Pemuda. Seperti menunjukkan kekuatan suara, mereka tidak tampil langsung dalam majlis tersebut tanpa alasan munasabah. Adakah Khairy yang menyimpan 'kuku' selama ini telah menggunakan majlis malam semalam untuk melepaskan perasaan terpendam terhadap Najib dengan tidak hadir dalam majlis?

Selaku Ketua Sayap dalam Umno, mereka berdua seharusnya menjadi contoh kepada ahli serta Exco dibawah pimpinan, namun sebaliknya apa yang dikesali Khairy dan Mas seperti tidak lagi menyokong Najib selaku Presiden Umno. Adakah Pemuda dan Puteri merasakan mereka sudah hebat dalam sepak terajang politik dan mengganggap acara semalam hanya satu acara kecil dan tidak memerlukan kehadiran semua Exco?

Adakah Khairy dan Mas serta barisan Exco Pemuda serta Puteri sudah 'besar kepala' apabila merasakan cukup hebat dalam politik dan mampu setanding Najib maka tidak perlu bagi mereka hadir dalam program keagamaan yang disediakan? Andai program berbentuk hiburan, sedayanya mereka akan hadir tanpa kompromi.

Sekurang kurangnya tunjukkan kepada ahli bahawa Presiden masih punyai Sayap kanan dan kiri dalam menerajui parti.



Dimana sebenarnya nilai kesetiaan Sayap Umno kepada Presiden yang selama ini tidak mereka pertahankan apabila di serang dari segenap penjuru?

Sudah hilangkah semuanya kenyataan 'manis' Pemuda dan Puteri yang menyokong Presiden semasa Persidangan Agung Umno 2015 atau mereka sekarang dalam mood sama seperti pembangkang yang mahu menjatuhkan Najib?


Thursday 18 February 2016

DAP Terdesak Isu Dana RM1.2 Billion, Damian Sibuk Alih Perhatian


Democratic Action Party (DAP) yang sering membuat helah dengan mencampuri urusan Umat Islam Malaysia sudah melampaui batasan. Kenyataan dari Ahli Jawatankuasa DAP Melaka, Damian Yeo Shen Li yang mempertikaikan kepercayaan Islam berkaitan Tanah Suci Mekah perlu disiasat pihak berkuasa kerana menimbulkan keresahan kepada keharmonian dan kebebasan beragama seperti terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.

Damian yang membuat kenyataan "Bolehkah dosa kita dihapuskan jika menjejak kaki ke Mekah?" di laman sosial Facebook miliknya dipercayai ditujukan kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil berkaitan isu NFC.

Tindakan Damian sengaja membuat kapsyen begitu mengundang persepsi buruk terhadap kepercayaan Umat Islam seluruh dunia. Dalam kekalutan 'Islamphobia' yang dimomokkan dunia barat terhadap Umat Islam, ahli DAP itu tidak menghormati sensitiviti agama di Malaysia.

Sebelum Damian, Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming turut membuat kenyataan buruk terhadap Tabung Haji. Beliau mendesak Tabung Haji di audit kononnya penyata kewangan institusi tersebut mengalami kerugian sebanyak RM351 juta dan ini menjejaskan nama baik Tabung Haji di mata rakyat.

Bagaimanapun Tabung Haji telah mengumumkan keuntungan bersih TH selepas zakat meningkat sebanyak 19% dari RM2.98 billion pada 2014 ke RM3.53billion pada 2015. Ini sekaligus menafikan dakwaan Nga terhadap Tabung Haji.

DAP yang kini dilanda skandal dana RM1.2 billion dari Israel sebenarnya cuba mengalih perhatian rakyat terhadap isu yang berkaitan dengan parti sekular tersebut. Ketua Pembangkang DAP, Lim Kit Siang hingga kini masih tidak berani membawa pembongkaran Razali Mohammad mengenai dana tersebut dan juga dakwaan perjanjian antara DAP dan Israel seandainya mereka menguasai Putrajaya.

Razali dalam siri pembongkaran skandal DAP turut mendakwa DAP akan memberi sebidang tanah di Port Dickson kepada pihak penderma dan bakal dibangunkan sebagai pengkalan tentera asing. Beliau turut mendakwa meyertai latihan tertentu yang dikendalikan Israel dalam menyebarkan doktrin fahaman DAP terhadap rakyat. Turut didakwanya penglibatan beberapa nama besar dalam DAP yang turut menerima latihan tersebut.

Ketua Menteri Pulau Pinang pula berhadapan kontroversi pengmbilan tanah rakyat secara tidak adil dan menerapkan konsep 'pecah perintah' di Pulau Mutiara. Lebih mengejutkan, penjualan tanah bagi projek terowong dasar laut dikatakan tidak melibatkan tunai dan hanya sebagai pertukaran. Nilai hartanah yang telah DAP ambil untuk projek berkenaan tidak dijelaskan kepada rakyat.

DAP yang mendabik dada kononnya efisien dalam menguruskan kewangan negeri terpaksa meminta bantuan dari kerajaan Persekutuan kerana tidak mampu mentadbir dengan perbelanjaan negeri.  Rakyat Pulau Pinang juga dibebankan dengan kenaikan cukai oleh kerajaan DAP sejak diambil alih dari Barisan Nasional pada 2008.

Damian sepatutnya mendesak agar Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat dana RM1.2 billion dari Israel serta salah laku pemimpin DAP sendiri daripada mencampuri urusan keagamaan kaum lain di Malaysia.


Tuesday 16 February 2016

DAP Terima Dana Israel Jual Maruah Negara?



Skandal dana politik DAP kini makin terbongkar apabila pendedahan bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamed Razali Abdul Rahman yang membongkar wujud dana politik bernilai RM1.2 billion dari Israel. 

Walau cuba dinafikan Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang mengenai kewujudan dana tersebut isu itu telah menimbulkan keraguan rakyat terhadap niat sebenar pihak Israel menawarkan dana tersebut kepada DAP. Dalam pembongkaran tersebut, Razali juga mendakwa ada perjanjian antara DAP dan pihak Israel untuk pertukaran sebidang tanah di Post Dickson dan dijadikan pengkalan tentera jika DAP berjaya menawan Putrajaya.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi pernah mendesak pihak DAP menjawap pembongkaran Razali mengenai isu dana politik yang dibangkitkan. Namun hingga kini pihak DAP masih enggan menjawap persoalan tersebut dan hanya menumpukan isu dana yang di terima oleh Presiden Umno Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak serta isu 1MDB. Namun demikian, isu dana politik Umno telah terjawap dengan pengakuan dari pihak penderma dan diperakui oleh SPRM.

DAP yang tidak pernah mendedahkan sumber dana untuk menggerakkan perjalanan parti tersebut seperti mahu menutup kesangsian rakyat. Mereka sering menganjurkan jualan meja 'makan malam' sebagai langkah melindungi identiti sebenar penyokong yang mengeluarkan belanja untuk memastikan perjalan parti sekular itu lancar.

Kerajaan negeri Pulau Pinang pula dilihat lebih rakus untuk mengumpul dana politik DAP dengan perjanjian serta penjualan tanah di Pulau Mutiara. Isu terowong dasar laut yang memakan belanja hingga RM305 juta hanya untuk kertas kerja dilihat sebagai pembaziran wang rakyat oleh DAP memandangkan tiada keperluan untuk projek berkenaan dilakukan. Perubahan ekosistem yang bakal berlaku dengan projek berkenaan akan meninggalkan kesan terhadap struktur tanah Pulau itu sendiri.

Projek terowong sepanjang 6.5km bernilai RM6.3 billion ini dijangka akan bermula pada 2016 dan tamat pada 2025 dibawah kerjasama Kerajaan Pulau Pinang dan kontraktor utama projek berkenaan Zenith BUCG Sdn Bhd. Panjang keseluruhan terowong tersebut adalah 7.2km dan akan mengenakan tol kepada kenderaan yang menggunakan laluan tersebut. Projek yang bakal menghubungkan Persiaran Gurney di Pulau dan Bagan Ajam di Tanah Besar pernah mendapat bantahan dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada 2013.

Apa sebenarnya niat DAP dalam melakukan projek terowong dasar laut yang membazirkan wang rakyat hingga RM6.3 billion sedangkan jambatan kedua P.Pinang memadai untuk kelancaran trafik antara pulau dan tanah besar. Adakah DAP juga ingin melakukan apa yang PKR buat di Selangor dengan projek Gerbang Selangor yang bernilai RM 9.8 juta dan projek kubah masjid bernilai RM32.4 juta? Atau DAP sebenarnya mahu mengaut keuntungan dari projek sebagai dana politik parti sekaligus menutup isu dana Israel yang diperkatakan rakyat?

Penjualan tanah di Pulau Pinang juga menjadi persoalan kepada rakyat kerana ada penjualan yang tidak melibatkan tunai tetapi hanya sekadar pertukaran dan ini sesuatu yang tidak dapat diterima rakyat. Nilai sebenar jualan hartanah di Pulau Pinang tidak dijelaskan dengan terpeinci oleh DAP kepada rakyat dan cara DAP merampas tanah rakyat juga menimbulkan keraguan. Banyak tanah yang telah diduduki rakyat sejak BN memerintah tanpa gangguan kini telah dirampas oleh DAP atas alasan memajukan kawasan berkenaan.

DAP yang dilanda kontroversi dalam pemilihan CEC DAP hingga memaksa campurtangan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sentiasa mencari jalan mengalihkan perhatian rakyat dari mempersoalkan kredibiliti parti tersebut dengan mencipta pelbagai isu yang tidak relevan. Dari sudut saikologi, DAP berjaya mempengaruhi rakyat mempercayai bahawa mereka berjuang untuk rakyat tetapi hakikatnya mereka hanya mahukan kuasa untuk memerintah Malaysia dan merealisasikan impian mentor parti (Lee Kuan Yew) untuk mewujudkan sebuah Republik Malaysia.

DAP juga berjaya membuat ROS melengahkan keputusan mengenai kesahihan pemilihan CEC DAP dan ini sebahagian daripada strategi parti tersebut memenangi PRU14 tanpa gangguan. Pihak SPRM sewajarnya menyaisat perkara ini kerana ia melibatkan kepentingan rakyat dan jika ROS mendapati pemilihan CEC DAP tidak sah maka parti tersebut bakal diisytiharkan tidak sah sekaligus menggugurkan kelayakan wakil Adun DAP dari membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang serta menjejaskan kedudukan DAP di Parlimen.

Kontoversi yang melanda DAP sewajarnya diteliti rakyat kerana parti tersebut tidak benar benar berjuang untuk semua kaum di Malaysia. Lihat sahaja barisan kepimpinan tertinggi mereka yang dikuasai 99% satu kaum sahaja dan hanya meletakkan 1% dari lain lain kaum hanya untuk memancing simpati. Untuk memastikan perancangan mereka berjaya, DAP telah berjaya membantu penubuhan Parti Amanah Negara (PAN). Kewujudan PAN disambut baik DAP kerana merasakan peluang mereka meraih undi dari lain lain kaum akan berjaya dan ini akan memastikan penguasaan DAP dalam Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan Persekutuan jika memenangi PRU14.

Adakah DAP akan berjaya mempengaruhi rakyat untuk memihak kepada mereka dengan segala kontoversi serta skandal yang wujud dalam Pakatan Harapan? 

Beranikah DAP akan menjawap semua persoalan yang membabitkan dana politik RM1.2 billion kepada rakyat atau terus membisu dan menggadaikan negara kepada Israel seperti dakwaan Razali? Mampukah rakyat menerima kenyataan jika semua dakwaan Razali itu ternyata benar?


Monday 15 February 2016

Pemuda,Puteri Umno Tidak Minat Cari Pengundi Baru



Pilihanraya Umum Ke14 bakal meyaksikan satu kuasa baru yang menetukan politik negara dan parti yang akan membentuk kerajaan. Kuasa yang dimaksudkan adalah golongan anak muda dan pengundi yang pertama kali mengundi dalam PRU. Kemana arah tuju yang bakal mereka pilih serta kerajaan yang menjadi impian anak muda masih lagi tidak dapat dipastikan.

Setiap parti yang bertanding tentunya akan meyakinkan pengundi untuk menyokong idealisme serta menampilkan pembaharuan untuk terus kekal menguasai Parlimen. Tidak kurang Barisan Nasional pastinya akan mempertahankan kemenangan selama 13 penggal memerintah Malaysia.

Pastinya rekod cemerlang selama 59 tahun memerintah akan menjadi taruhan BN buat meraih undi dan sokongan. Tidak lupa akan sejarah kemenangan tipis dalam PRU13, BN pastinya mahu membawa satu perubahan menghadapi PRU 14. Oleh demikian kerja keras dari setiap parti komponen BN perlu digembleng agar dapat memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

Umno perlu memperkasakan kembali jentera dari ketiga tiga sayap dalam mengenalpasti pengundi muda dan memastikan mereka memberi sokongan kepada Umno dan BN. Malangnya hingga kini pergerakan ini sangat perlahan kerana krisis dalaman Umno yang di ketuai oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir terhadap Presiden Umno Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdal Razak. Ini menyebabkan perpecahan dalam koloni Umno yang berbelah bahagi menunjukkan kesetiaan samada kepada mantan atau Presiden.

Perbalahan ini menyaksikan satu episod yang menyakitkan buat Umno yang berdepan dengan fitnah dari pembangkang dan ada kalangan ahli Umno yang menyambut dakyah pembangkang dan menyerang kepimpinan Umno dari dalam. Tidak terhad kepada ahli biasa, terdapat juga dari kalangan kepimpinan tertinggi negeri dan bahagian Umno yang turut serta menentang Najib walau terpaksa berlakon seperti menyokongnya semasa PAU2015.

Sayap Umno perlu memandang perkara ini secara positif dan tidak terus berada dalam 'kenangan' untuk memastikan kemengan mutlak BN dan Umno dalam PRU akan datang. Namun agak dikesali, Sayap Umno kelihatan layu dan tidak bermaya walau diterajui oleh mereka yang dikatakan mempunyai 'Aura' untuk mempengaruhi anak muda menyokong kembali Umno dan BN. Ketua Sayap Pemuda dan Puteri Umno yang hanya mahu mengekalkan kedudukan tidak peduli akan nasib anak muda yang terkial kial mencari pedoman politik dan peluang ini dilihat pembangkang sebagai satu perkara yang menguntungkan mereka.

Tanpa menunggu pembangkang telah mengambil alih jiwa anak muda dengan pelbagai cara dan gaya. Dengan hanya berbekalkan meja,kerusi dan komputer riba mereka terus mendekati golongan anak muda dan memastikan mereka mendaftar sebagai pengundi dan dalam masa sama ideologi parti telah ditanamkan dalam minda anak muda sebagai bekal PRU.


Kelemahan ketara Sayap Umno terus dinafikan oleh ketua yang dipilih namun hakikat sebenar tidak boleh disorokkan. Kemana perancangan Khairy dan Mas Emriyati untuk anak muda? Hanya mahu bergerak saat akhir dan kehilangan semua sokongan mudah dari anak muda atau hanya sekadar mahukan jawatan selesa dalam kabinet?

Hampi 9 juta anak muda akan menjadi pengundi baru dalam PRU akan datang namun hingga kini berapa peratus yang telah Sayap daftarkan sebagai pengundi dan berapa peratus yang komited menyokong Umno dan BN? Apakah mereka tidak bernilai di mata Ketua Ketua Sayap Umno? Presiden Umno wajar melihat ini sebagai satu kelemahan dan menegur kedua dua Pergerakan agar terus mendekati anak muda dan bukan hanya tahu bergaya.

Jika masih mahu leka dalam dunia khayalan maka sebaiknya mereka memikirkan untuk memberi laluan kepada yang lebih mampu menggalas tanggungjawab dan amanah dari parti agar dapat memastikan kemenagan Umno dan BN terjamin demi mengekalkan kestabilan politik Malaysia.

Tradisi Umno memerintah Malaysia perlu dikekalkan dan mereka yang tidak mampu bekerjasama dengan kepimpinan tertinggi parti wajar berundur demi kesejahteraan ahli Umno dan status quo Umno selaku parti dominan yang berjuang untuk rakyat demi rakyat.