Tuesday 16 February 2016

DAP Terima Dana Israel Jual Maruah Negara?



Skandal dana politik DAP kini makin terbongkar apabila pendedahan bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamed Razali Abdul Rahman yang membongkar wujud dana politik bernilai RM1.2 billion dari Israel. 

Walau cuba dinafikan Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang mengenai kewujudan dana tersebut isu itu telah menimbulkan keraguan rakyat terhadap niat sebenar pihak Israel menawarkan dana tersebut kepada DAP. Dalam pembongkaran tersebut, Razali juga mendakwa ada perjanjian antara DAP dan pihak Israel untuk pertukaran sebidang tanah di Post Dickson dan dijadikan pengkalan tentera jika DAP berjaya menawan Putrajaya.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi pernah mendesak pihak DAP menjawap pembongkaran Razali mengenai isu dana politik yang dibangkitkan. Namun hingga kini pihak DAP masih enggan menjawap persoalan tersebut dan hanya menumpukan isu dana yang di terima oleh Presiden Umno Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak serta isu 1MDB. Namun demikian, isu dana politik Umno telah terjawap dengan pengakuan dari pihak penderma dan diperakui oleh SPRM.

DAP yang tidak pernah mendedahkan sumber dana untuk menggerakkan perjalanan parti tersebut seperti mahu menutup kesangsian rakyat. Mereka sering menganjurkan jualan meja 'makan malam' sebagai langkah melindungi identiti sebenar penyokong yang mengeluarkan belanja untuk memastikan perjalan parti sekular itu lancar.

Kerajaan negeri Pulau Pinang pula dilihat lebih rakus untuk mengumpul dana politik DAP dengan perjanjian serta penjualan tanah di Pulau Mutiara. Isu terowong dasar laut yang memakan belanja hingga RM305 juta hanya untuk kertas kerja dilihat sebagai pembaziran wang rakyat oleh DAP memandangkan tiada keperluan untuk projek berkenaan dilakukan. Perubahan ekosistem yang bakal berlaku dengan projek berkenaan akan meninggalkan kesan terhadap struktur tanah Pulau itu sendiri.

Projek terowong sepanjang 6.5km bernilai RM6.3 billion ini dijangka akan bermula pada 2016 dan tamat pada 2025 dibawah kerjasama Kerajaan Pulau Pinang dan kontraktor utama projek berkenaan Zenith BUCG Sdn Bhd. Panjang keseluruhan terowong tersebut adalah 7.2km dan akan mengenakan tol kepada kenderaan yang menggunakan laluan tersebut. Projek yang bakal menghubungkan Persiaran Gurney di Pulau dan Bagan Ajam di Tanah Besar pernah mendapat bantahan dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada 2013.

Apa sebenarnya niat DAP dalam melakukan projek terowong dasar laut yang membazirkan wang rakyat hingga RM6.3 billion sedangkan jambatan kedua P.Pinang memadai untuk kelancaran trafik antara pulau dan tanah besar. Adakah DAP juga ingin melakukan apa yang PKR buat di Selangor dengan projek Gerbang Selangor yang bernilai RM 9.8 juta dan projek kubah masjid bernilai RM32.4 juta? Atau DAP sebenarnya mahu mengaut keuntungan dari projek sebagai dana politik parti sekaligus menutup isu dana Israel yang diperkatakan rakyat?

Penjualan tanah di Pulau Pinang juga menjadi persoalan kepada rakyat kerana ada penjualan yang tidak melibatkan tunai tetapi hanya sekadar pertukaran dan ini sesuatu yang tidak dapat diterima rakyat. Nilai sebenar jualan hartanah di Pulau Pinang tidak dijelaskan dengan terpeinci oleh DAP kepada rakyat dan cara DAP merampas tanah rakyat juga menimbulkan keraguan. Banyak tanah yang telah diduduki rakyat sejak BN memerintah tanpa gangguan kini telah dirampas oleh DAP atas alasan memajukan kawasan berkenaan.

DAP yang dilanda kontroversi dalam pemilihan CEC DAP hingga memaksa campurtangan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sentiasa mencari jalan mengalihkan perhatian rakyat dari mempersoalkan kredibiliti parti tersebut dengan mencipta pelbagai isu yang tidak relevan. Dari sudut saikologi, DAP berjaya mempengaruhi rakyat mempercayai bahawa mereka berjuang untuk rakyat tetapi hakikatnya mereka hanya mahukan kuasa untuk memerintah Malaysia dan merealisasikan impian mentor parti (Lee Kuan Yew) untuk mewujudkan sebuah Republik Malaysia.

DAP juga berjaya membuat ROS melengahkan keputusan mengenai kesahihan pemilihan CEC DAP dan ini sebahagian daripada strategi parti tersebut memenangi PRU14 tanpa gangguan. Pihak SPRM sewajarnya menyaisat perkara ini kerana ia melibatkan kepentingan rakyat dan jika ROS mendapati pemilihan CEC DAP tidak sah maka parti tersebut bakal diisytiharkan tidak sah sekaligus menggugurkan kelayakan wakil Adun DAP dari membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang serta menjejaskan kedudukan DAP di Parlimen.

Kontoversi yang melanda DAP sewajarnya diteliti rakyat kerana parti tersebut tidak benar benar berjuang untuk semua kaum di Malaysia. Lihat sahaja barisan kepimpinan tertinggi mereka yang dikuasai 99% satu kaum sahaja dan hanya meletakkan 1% dari lain lain kaum hanya untuk memancing simpati. Untuk memastikan perancangan mereka berjaya, DAP telah berjaya membantu penubuhan Parti Amanah Negara (PAN). Kewujudan PAN disambut baik DAP kerana merasakan peluang mereka meraih undi dari lain lain kaum akan berjaya dan ini akan memastikan penguasaan DAP dalam Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan Persekutuan jika memenangi PRU14.

Adakah DAP akan berjaya mempengaruhi rakyat untuk memihak kepada mereka dengan segala kontoversi serta skandal yang wujud dalam Pakatan Harapan? 

Beranikah DAP akan menjawap semua persoalan yang membabitkan dana politik RM1.2 billion kepada rakyat atau terus membisu dan menggadaikan negara kepada Israel seperti dakwaan Razali? Mampukah rakyat menerima kenyataan jika semua dakwaan Razali itu ternyata benar?


No comments:

Post a Comment