Thursday 14 April 2016

PRN Sarawak 2016 - DAP Kian Menghampiri Kekalahan








Bahang Pilihanraya Negeri Sarawak makin terasa apabila DAP mula berkempen sebelum dewan dibubarkan pada 11 April 2016. Masih bergelut dengan skandal kepercayaan rakyat akibat krisis dalaman, DAP cuba bertindak tenang namun rakyat telah mengetahui keresahan yang di alami pimpinan tertinggi parti sosialis sekular tersebut.

Cubaan Ahli Parlimen Gelang Patah mengalih perhatian netizen dari skandal DAP ternyata gagal menarik minat rakyat Sarawak dari terus mempersoalkan ketelusan parti itu apabila timbul isu penyelewengan di Taman Manggis Pulau Pinang. Episod Taman Manggis telah membuka mata rakyat Sarawak mengetahui sikap sebenar DAP yang sering mendakwa mengamalkan ketelusan dalam setiap urusan membabitkan kepentingan rakyat.

Ternyata wujud 'kisah misteri' di sebalik urusan penjualan banglo dan sebidang tanah di Taman Manggis melibatkan Ketua Menteri P.Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Pengakuan dari pemilik KLIDC pula bakal membuka lembaran baru yang diperlukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan. 

Skandal dana RM1.2 billion yang didakwa diterima oleh  Democratic Action Party (DAP) pada 2013 masih tidak dijelaskan oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. Beliau yang cuba menutup isu berkenaan masih enggan mengambil tindakan mendakwa bekas ahli DAP yang membongkar perihal skandal tersebut. Negara digemparkan apabila Razali mendakwa DAP telah membuat perjanjian rahsia dan menawarkan sebidang tanah di Port Dickson bagi membolehkan pihak Israel membina sebuah pengkalan tentera. Turut Razali dedahkan ialah mengenai latihan yang telah mereka terima dari pihak perisikan Israel untuk membolehkan DAP menguasai pemikiran rakyat.

Mengapa Kit Siang tidak berani mengheret Razali ke Mahkamah jika DAP tidak menjalinkan hubungan dengan pihak Zionis?

Ini adalah kerana DAP tidak mahu wujudnya badan Siasatan DiRaja (RC) bagi menyiasat dari mana datangnya dana DAP yang selama ini mereka sorokkan. Andai berlaku maka akan terbongkar semua kegiatan 'gelap' DAP serta punca dana politik mereka akan terdedah sama. Paling di takuti DAP jika SPRM mula menyiasat kekayaan pemimpin tertinggi DAP yang sering ber'lakon' demi meraih sokongan rakyat. Rakyat Sarawak boleh menilai kekayaan sebenar pemimpin DAP semasa mereka meraikan pesta menyambut 'Hari Jadi Lim Kit Siang'. Di percayai kos mengadakan pesta tersebut mencecah jutaan ringgit. Dari mana datangnya wang menaja pesta tersebut?

Serangan DAP terhadap kepimpinan Adenan Satem sepanjang mentadbir Sarawak tidak memberi impak kepada Barisan Nasional Sarawak kerana rakyat begitu yakin dengan corak pemerintahan yang diwariskan oleh Tan Sri Taib Mahmud masih dikekalkan Ketua Menteri Sarawak. Adenan yang begitu dekat dengan rakyat Sarawak mengetahui kehendak serta keperluan rakyat Sarawak berbanding dengan Kit Siang serta DAP Pusat. Malah sokongan terhadap kepimpinan Adenan bakal menjadi igauan buat DAP Sarawak merampas atau menambah bilangan kerusi mereka walau dengan pertambahan 11 kerusi baru berikutan persempadanan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) baru baru ini.

Perebutan kerusi antara parti pembangkang dalam pakatan Harapan juga agak membimbangkan DAP. Parti Amanah Negara (PAN) yang baru ditubuhkan tidak mempunyai kekuatan sendiri kerana hanya menggunakan bekas ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi membentuk parti itu. Sudah tentu PAN selaku ahli terbaru Pakatan Harapan mahu membuktikan kebolehan mereka kepada pihak lain dalam PH. 

Di terajui bekas Timbalan Presiden PAS (Mat Sabu) yang kalah dalam pemilihan, PAN yang belum memahami sosio budaya politik Sarawak bakal membawa satu dimensi baru politik yang akan menghancurkan impian DAP menguasai Dewan Sarawak. Taktik PAN yang hanya mahu kerusi 'selamat' sudah tentu akan di tentang Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut tidak mahu menanggung kekalahan di tangan BN.

DAP selaku parti dominan pastinya mahu semua pembangkang akur dengan kehendak parti itu bagi memastikan kemenangan memihak kepada mereka. Isu remeh yang di bawa dari Semenanjung bakal dijadikan 'modal' bagi 'mengemis' simpati rakyat Sarawak. Kegusaran DAP terhadap PKR juga bakal menjadikan PRN kali ini lebih menarik. Dengan hanya menjaja kisah Anwar yang dipenjarakan kerana kesalahan meliwat, PKR pastinya akan bercerita mengenai pembebasan Ketua Umum mereka dan bukannya fokus kepda isu tempatan.

Malah skandal yang melanda Naib Presiden PKR, Azmin Ali juga menjadi beban kepada Pakatan Harapan untuk meraih undi dari rakyat Sarawak. Pembaziran wang rakyat di Selangor yang dilakukan PKR sudah tentu menjadi bualan rakyat Sarawak yang tidak mahu perkara sebegitu terjadi di Bumi Kenyalang jika pembangkang diberikan mandat memerintah. PKR tidak memperjuangkan hak rakyat Srawak sebaliknya lebih menumpukan usaha men'dewa'kan Anwar sebagai simbol kebebasan mutlak rakyat dan ini agak menganggu DAP Sarawak.

Pergeseran pendapat antara pembangkang sebenarnya boleh merugikan rakyat Sarawak kerana kemajuan yang mereka tagih hanya mampu diberikan oleh BN. Sarawak yang kaya dengan hasil bumi tentu menarik DAP untuk merasainya. Mungkin rakyat Sarawak belum mengetahui sifat tamak DAP yang sebenarnya. Lihat sahaja keadaan Pulau Pinang yang di rampas DAP sejak 2008 dari tangan BN. Kemajuan yang diharapkan rakyat tidak disediakan DAP malah hak Bumiputera P.Pinang berdepan ancaman penghapusan secara halus. Kisah Kg Pala, penjaja, peniaga gerai yang saban hari terhimpit dengan sikap DAP perlu dipertontonkan kepada rakyat Sarawak.

Adakah rakyat Sarawak mahu apa yang terjadi kepada bumiputera di P.Pinang berlaku kepada mereka seandainya DAP diberikan kuasa memerintah? Sarawak kepunyaan rakyat Sarawak dan DAP tidak sepatutnya diberikan tempat langsung di Sarawak.

DAP sendiri merupakan parti yang bermasalah dan mereka bakal membawa masalah kepada rakyat Sarawak jika Pakatan Harapan memerintah. Pakatan Harapan bukanlah pilihan buat rakyat Sarawak.

Barisan Nasional telah membuktikan kredibiliti parti itu membawa Sarawak ke arah yang lebih maju serta menjamin kemakmuran sama rata buat rakyat Sarawak.

Rakyat Sarawak menolak kehadiran DAP yang hanya membawa kekeruhan antara suku kaum di Bumi Kenyalang dan isyarat jelas telah ditunjukkan rakyat kepada DAP dan Pakatan Harapan bahawa mereka tidak memahami sosio budaya politik Sarawak.

No comments:

Post a Comment