Tuesday, 14 June 2016

PRK KUALA KANGSAR - BARISAN NASIONAL PILIHAN TERBAIK P067





#KakMas4KK

Penentuan siapa wakil Kuala Kangsar akan dimuktamadkan pada 18 Jun 2016 dan pengundi akan menunjukkan 'kuasa' sebenar mereka pada hari tersebut. Setelah mengharungi 13 hari kempen pelbagai warna, semua parti bertanding sudah mempersembahkan yang terbaik dari mereka untuk disajikan kepada Kuala Kangsar. 

Dengan Parti Amanah Negara (PAN) yang diketahui 'BONEKA' DAP dalam Pakatan Harapan lebih banyak mendominasi kempen kali ini, mereka boleh di anggap sebagai 'TONG KOSONG' kerana menghasilkan bunyi yang cukup gah sedangkan tiada pembaharuan yang mampu diberikan kepada pengundi Kuala Kangsar melainkan siri caci,fitnah serta ulang kitar isu.

PAN yang sepenuhnya berharap kepada kekuatan jentera DAP untuk berkempen, me'RELA'kan parti berusia 8 bulan itu di tunjal kepala dalam setiap siri ceramah mereka dan berselindung seolah parti itu merupakan yang paling kuat dalam Pakatan Harapan. Sedia maklum dengan gaya 'Ayam jantan baru belajar berkokok' PAN bangga apabila mampu menampilkan calon yang bergelar Professor namun hakikat sebenar Ahmad Termizi Ramli tidak punyai aura dalam politik.

Dalam kempen PAN, jelas sekali Ahmad Termizi tidak akan membawa apa apa perubahan kepada rakyat Kuala Kangsar memandangkan beliau merupakan PENGUNDI LUAR dan hanya memegang status anak kelahiran Manong. Jejak politik beliau tidak ada langsung di Kuala Kangsar dan beliau hanya bergantung kepada sejarah silam keluarga. Terlalu klise jika beliau mengakui akan membawa perubahan besar serta membawa impak dalam Parlimen jika terpilih kerana tidak berpengalaman dalam arus politik langsung.

Calon PAS yang juga PENGUNDI LUAR cuba memberi saingan namun pengundi Kuala Kangsar belum pasti hala tuju sebenar calon tersebut berikutan kecelaruan PAS berkaitan pertembungan mereka dengan bekas ahli sendiri. Menurut Salahuddin Ayub merangkap timbalan Presiden PAN, PAS hanya bertanding kerana mahu menunjukkan kepada PAN bahawa mereka sebenarnya lebih baik dari PAN dan tidak mempunyai tujuan positif dalam persaingan di Kuala Kangsar.

Jelas ketara dakwaan Salahuddin bahawa PAS yang hanya menjadikan pengundi Kuala Kangsar seperti 'BAHAN UJIKAJI' untuk menentukan nasib mereka dalam PRU14 tidak boleh di tolak sama sekali. Membawa calon yang telah kalah dalam 3 PRU sebelum ini, PAS tidak mempunyai calon berkaliber untuk membawa saingan kuat kepada PAN dan hanya menjadi bahan lelucon PAN dalam kempen mereka.

Persaingan untuk 'MARUAH' antara PAS dan PAN pula memberi gambaran jelas dan nyata kepada Kuala Kangsar yang pembangkang hanya mahu menjadikan medan PRK ini sebagai tapak untuk berebut status quo antara parti pilihan dan serpihan. Mereka langsung tidak mempedulikan nasib rakyat Kuala Kangsar sebaliknya bermain tarik tali mempengaruhi ahli parti untuk menarik sebanyak mungkin ahli dari pihak satu lagi agar menyokong kepimpinan mereka. PAN sudah tentulah mahu membawa sokongan kepada Pakatan Harapan manakala PAS pula mahu mengekalkan keahlian dan merampas semula ahli yang telah berpaling tadah.

Seakan terlupa matlamat sebenar PRK Kuala Kangsar, perseteruan PAN, PAS membuka ruang bagi pengundi menilai siapakah yang sebenarnya akan mebawa nilai positif kepada mereka serta Parlimen Kuala Kangsar dan jelas sekali pengundi sudah nampak bahawa Barisan Nasional sedia memberi khidmat terbaik kepada mereka. Terbukti selama berada di bawah Barisan Nasional, Kuala Kangsar sudah banyak berubah dan akan terus berubah bila BN diberikan mandat pada 18 Jun 2016.

Menariknya pertembungan ini calon Bebas yang telah mengisytiharkan sokongan kepada gerakan Mahathir menjatuhkan BN agak mengelirukan rakyat. Persoalan mulai timbul adakah calon Bebas sebenarnya di taja gerakan Mahathir bagi memecah undi PAN dan PAS. Izat Bukhari yang dikatakan 'trojan horse' gerakan Mahathir tidak langsung memberi saingan dan kewujudan beliau sebagai calon tidak disedari pengundi berikutan pertempuran hebat antara PAN dan PAS merebut perhatian pengundi.

Segalanya akan terjawap pada 18 Jun 2016 dan pengundi Kuala Kangsar perlu diingatkan nasib mereka ditentukan oleh mereka sendiri. Barisan Nasional merupakan pilihan terbaik bagi pengundi P067 Kuala Kangsar dan mereka perlu memberi isyarat kepada pembangkang bahawa Pakatan Harapan di TOLAK di Kuala Kangsar.

Ayuh rakyat Kuala Kangsar, berikan undi anda kepada parti yang stabil serta menjamin keharmonian dan ekonomi yang baik demi masa depan anda dan Barisan Nasional merupakan satu satunya parti yang MAMPU berbuat demikian serta telah TERBUKTI sepanjang 59 tahun memerintah Malaysia, BN masih yang TERBAIK.

#KakMas4KK

Friday, 10 June 2016

PRK KUALA KANGSAR - RAFIZI SEDIA DEDAH SKANDAL RM9.8 JUTA PAKATAN HARAPAN SELANGOR DEMI RAIH UNDI?



RAFIZI AKAN DEDAH SEMUA SKANDAL PAKATAN HARAPAN DEMI RAYU UNDI KUALA KANGSAR?

Azmin Ali telah menegaskan tidak akan mendedahkan identiti 'penderma' yang membiayai projek 'Gerbang Selangor' bernilai RM9.8 juta walau telah di desak berkali kali. Adun Taman Medan, Haniza Talha turut enggan mendedahkan identiti walau rakyat mendesak Parti Keadilan Rakyat (PKR) berbuat demikian. 

Aktivis PKR Chegu Bard yang mendedahkan apa yang beliau dakwa sebagai penyelewengan yang dilakukan Azmin membabitkan wang rakyat pula semakin dilihat sebagai 'penipu' apabila tiada tindakan tegas di ambil ke atas Azmin. Pimpinan PKR sendiri tidak mengambil langkah serius menjelaskan mengenai pembongkaran skandal yang didedahkan beliau. 

Langkah PKR yang berdiam diri hanya menampakkan Bard mempunyai kepentingan peribadi dalam parti apabila terus menyerang Naib Presiden PKR itu. Tiada ulasan daripada pimpinan tertinggi PKR semakin jelas tidak memihak kepada Bard walau beliau mengemukakan bukti mengenai pembaziran wang rakyat yang telah dilakukan Menteri Besar Selangor terutama wang rakyat yang dilaburkan dalam projek Gerbang Selangor.

Namun demikian, Setiausaha Agung PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mendakwa mengenali individu yang menjadi pembiaya kos baik pulih Gerbang yang memisahkan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Rafizi yang enggan di rakam perbualannya menyatakan beliau tidak faham mengapa Azmin tidak berani mendedahkan identiti penderma tersebut sedangkan kerajaan Selangor membuat keputusan membayar kontraktor yang mendapat tender berkenaan menggunakan wang rakyat sebelum mendapat kembali 'derma' yang dijanjikan.

Syarikat yang memenangi tender projek Gerbang Selangor juga menimbulkan tandatanya kepada netizen Selangor mengapa hanya Azmin dan seorang Exco dari PAS yang meluluskan pemberian tender kepada syarikat terbabit dan bukannya melalui tender terbuka dan telus. Adakah Azmin ada menerima 'sumbangan' bagi kelulusan tender 'Gerbang Selangor'?

Rafizi yang tidak berani mengulas mengenai skandal yang dibangkitkan Bard pula seolah bersetuju dengan pembaziran wang rakyat Selangor yang telah dilakukan PKR Selangor sepanjang memerintah. Mengapa Rafizi agak berat sebelah apabila membabitkan PKR? Wan Azizah yang juga Presiden PKR tidak memberi ulasan mengenai perkara yang dilakukan Azmin berkaitan wang rakyat dalam projek 'Gerbang Selangor' tetapi beliau hanya menyerang Umno berkaitan isu 1MDB. Malah Azizah juga tidak berani mempersoalkan tindakan Democratic Action Party (DAP) yang didakwa menerima dana daripada Israel sebanyak RM1.2 billion.

Adakah Azizah bersetuju dengan tindakan DAP yang dikatakan akan memberi sebidang tanah di Port Dickson sebagai hadiah kepada pihak Israel sekiranya berjaya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional? Dakwaan mengenai DAP telah dilakukan bekas ahli DAP sendiri, Mohammad Razali dan hingga kini DAP tidak berani menagmbil langkah menyaman beliau bagi membuktikan dakwaan Razali hanya fitnah.

Ahli Parlimen Pandan yang pernah ditahan reman pihak berkuasa berkaitan kesalahan melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) telah mula memikirkan cara untuk menjatuhkan Azmin sebagai MB Selangor. Rahsia Azmin berkaitan Gerbang Selangor menjadi 'peluru' baginya mendedahkan kepincangan Azmin dalam mentadbir Selangor dan penyelewengan yang dilakaukan sepanjang menjawat jawatan tersebut.

Rakyat Selangor yang mahu mengetahui identiti 'penderma' yang dimaksudkan Azmin pastinya akan mendesak MB dan Rafizi perlu tersebut menjelaskan mengapa kerajaan Selangor mendahulukan pembayaran kos Gerbang kepada kontraktor jika penderma telah berjanji akan membiayai sepenuhnya.

Adakah Azmin akan tunduk dengan desakan rakyat Selangor? Atau Azmin akan akur dengan kehendak Rafizi yang mendakwa mengenali identiti 'penderma' terbabit?

Mengapa Azmin begitu merahsiakan identiti sebenar penderma 'Gerbang Selangor'? Mengapa Rafizi enggan mendedahkan lebih awal mengenai skandal tersebut dan memilih Kuala Kangsar sebagai platfom untuk membuat pendedahan eksklusif itu?

Benarkah Azmin menerima 'habuan' bagi kelulusan tender berkenaan? Jika benar, Pakatan Harapan perlu mengambil tindakan tegas terhadap Azmin kerana menyalahguna kuasa beliau sebagai MB Selangor untuk mengaut keuntungan bagi poket sendiri kerana mereka sering mendakwa Pakatan Harapan akan telus dan bertindak tegas kepada sesiapa sahaja termasuk dari Pakatan sendiri.

Wednesday, 8 June 2016

PRK KUALA KANGSAR - PAN HANYA 'KHADAM' DAP UNTUK KUASAI MELAYU?






SIAPA PAN SEBENARNYA? SEKADAR 'KHADAM' DAP ATAU BALAS DENDAM TERHADAP PAS?


Parti Amanah Negara (PAN) tidak sampai setahun ditubuhkan namun nafsu mereka untuk berkuasa sangat meluap luap untuk membalas dendam terhadap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang selama ini membayangi beberapa individu dalam PAN.

Setelah berjaya mempengaruhi sekutu lain dalam Pakatan Harapan untuk menyingkirkan PAS dari sebarang bentuk kerjasama atas alasan tiada persefahaman dapat dilaksanakan, PAN kini semakin melebarkan pengaruh kepada ahli PAS untuk meninggalkan parti itu dan menyertai PAN.

Kedudukan PAN dalam Pakatan Harapan telah menimbulkan konflik dalam pentadbiran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor merupakan contoh terbaik ketamakan PAN untuk berkuasa. PAN berjaya mempengaruhi beberapa individu yang mempunyai kedudukan dalam senarai Exco Selangor kini dalam proses melobi Azmin agar menyingkirkan wakil PAS daripada terus berada bersama dalam Kerajaan Negeri, namun hakikatnya PAN lupa bahawa beberapa individu tersebut memenangi kerusi atas tiket PAS dan kemudiannya menjadi 'katak' apabila menyertai PAN.

PAN yang berminat merebut kerusi P067 Kuala Kangsar meletakkan calon yang mereka katakan sebagai anak tempatan namun hakikat sebenarnya Ahmad Termizi Ramli hanya 'balik kampung' apabila raya dan beliau bukan pengundi Parlimen Kuala Kangsar. Pemilihan Termizi juga kerana kedudukan gelaran beliau sebagai Professor tetapi itu bukan jaminan PAN akan menjadi wakil yang baik untuk rakyat Kuala Kangsar.

Sikap bermuka PAN apabila berhadapan dengan pengundi sudah diketahui dengan perangai Presiden PAN sendiri yang satu ketika dahulu berada dalam pimpinan tertinggi PAS namun kerana 'GILA KUASA' kini beliau meludah seluruh pimpinan PAS. Hakikat itu tidak mampu dinafikan PAN sendiri kerana kebanyakan mereka merupakan bekas ahli PAS yang kini beralih 'kiblat' demi kelangsungan politik Presiden PAN yang mahu menjadi 'KHADAM' DAP bagi memastikan 'DANA POLITIK' PAN sentiasa penuh.

Sesungguhnya PAN tidak berminat untuk berkhidmat kepada masyarakat Kuala kangsar tetapi pembabitan mereka dalam PRK kali ini lebih kepada mahu membenam imej PAS yang masih kuat dalam kalangan ahli PAS tegar. Bagi mereka jika mahu memastikan kedudukan Presiden serta 'TUAN KHADAM' kekal kuat maka pengaruh PAS perlu dihapuskan kerana PAS hanya memperjuangkan politik penubuhan negara Islam dan perkara tersebut tidak digemari DAP selaku 'TUAN KHADAM'.

Apa sebenar matlamat PAN dalam PRK Kuala Kangsar selain dari menghasut rakyat? Mereka tidak mampu menawarkan pembangunan kepada pengundi jauh sekali memberi keselesaaan seperti apa yang telah Barisan Nasional lakukan selama ini. Malah, calon PAN sendiri tidak tahu hala tuju sebenar PAN di Kuala kangsar kerana beliau tidak memahami sosio politik setempat. Latar belakang yang tidak menampakkan pengalaman berpolitik calon PAN turut menimbulkan persoalan kepada netizen Kuala Kangsar.

Adakah calon PAN tahu sebenarnya beliau hanya dipergunakan sebagai medium untuk perpecahan dan pelbagai agenda tersembunyi yang cuba di bawa DAP secara senyap senyap? Secara jujur, penulis tidak tahu apa tujuan PAN ditubuhkan dan apa kekuatan PAN dalam politik Malaysia. Hanya bersandarkan kekuatan 'MAKI HAMUN' stail Mat Sabu atau cara kempen agresif seliaan DAP yang mahu ditonjolkan?

Ternyata PAN sebenarnya hanya 'buah catur' DAP dalam mencari pengaruh di kalangan ekstrimis Melayu yang selama ini di kuasai PAS. Mereka tidak berjuang untuk rakyat tetapi berjuang untuk DAP dan agenda tersembunyi DAP.

Rakyat Kuala Kangsar mempunyai 'KUASA' untuk menghukum PAN sepertimana rakyat Sarawak lakukan terhadap PAN pada 18 Jun 2016. Mengapa mahu membiarkan 'KHADAM' DAP ini berkuasa?

PRK KUALA KANGSAR - ZAHID INGATKAN PEMIMPIN JANGAN 'TONGKAT' LANGIT



"INGAT...KALAU TIDAK KENA KEPADA KITA, MUNGKIN ANAK ANAK KITA JADI MANGSA"


Lawatan kempen yang dilakukan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi di PDM Ulu Kenas pada 7 Jun 2016 membangkitkan semangat jentera Barisan Nasional untuk memastikan kemenangan BN dalam pilihanraya kecil P067 Kuala Kangsar.

Menyampaikan amanat kepada jentera BN, Zahid mahu semua pihak melupakan perasaan kecil hati dan kekecewaan yang terjadi sebelum penamaan calon dan membantu parti untuk mengekalkan kerusi BN di Kuala Kangsar. Beliau juga menerangkan pemilihan Mastura sebagai wakil BN merupakan pilihan tepat setelah segala pertimbangan di ambil kira oleh Presiden Umno Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama pemimpin tertinggi Umno lain.

Dalam nada tegas, Zahid juga mengingatkan agar pengundi memilih parti yang berkaliber bagi memastikan pembangunan Kuala Kangsar dapat diteruskan di bawah pentadbiran BN. Beliau juga mengajak seluruh jentera menginsafi bahawa kedudukan dalam politik tidak semestinya kekal dan bila sampai masa pemimpin akan berundur dan kedudukan itu perlu digantikan dengan pelapis berkredibiliti.

Dengan nada tegas Zahid menyampaikan pesanan itu kepada seluruh jentera BN dan peringatan kepada pemimpin yang masih enggan menerima hakikat calon yang diletakkan dalam PRK Kuala Kangsar merupakan yang terbaik untuk pengundi.

TPM juga mahu jentera parti dari seluruh komponen BN membantu untuk kemenangan kali ini. Sokongan dari komponen perlu diterjemahkan dengan peningkatan sokongan dari kaum lain dan ini pasti akan menjadi satu sejarah kemenangan yang paling bermakna dalam kempen PRK yang boleh di kategorikan unik.

Tuesday, 7 June 2016

Video Sokongan Penuh Kepada BN - Pengundi Tidak Kenal Calon Pembangkang Kuala Kangsar




CALON PEMBANGKANG HANYA ORANG LUAR YANG TIDAK AKAN MEMBERI KHIDMAT KEPADA KUALA KANGSAR

Sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional di P067 Kuala Kangsar semakin meningkat berikutan gerakan kuat atas kerjasama semua peringkat parti dalam siri kempen pilihanraya selepas penamaan calon pada 5 Jun 2016. Ternyata pengundi semakin 'bijak' menilai pihak mana yang sentiasa membela nasib mereka selama ini dan memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat di Kuala Kangsar.

Dalam satu temuramah dengan seorang pengundi yang dilakukan, Encik Shamsudin menyatakan kebanyakan pengundi tidak mengenali calon pembangkang terutama dari Parti Amanah Negara (PAN) walau dikatakan anak tempatan manakala calon PAS pula dinasihatkan agar 'melihat' cermin berikutan pernah kalah dalam pilihanraya umum yang lalu.

video
Ternyata calon pembangkang tidak digemari oleh kebanyakan pengundi Kuala Kangsar dan seharusnya gelombang sokongan rakyat memihak kepada BN. Kerja keras tetap perlu dijalankan oleh jentera Pilihanraya Kuala Kangsar untuk memastikan kemenangan besar kepada BN.


PAS BERLAKON DEMI UNDI - DAP BERJAYA 'BODOHKAN' SEKUTU POLITIK


PAS BERLAKON BERMUSUH DENGAN PAKATAN HARAPAN DEMI KEDUDUKAN POLITIK?



Seakan memberi peringatan kepada PAN, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata walau apapun keputusan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini, Pas akan tetap bersama kerajaan dan memegang kerusi exco dalam kerajaan negeri itu.

"PAN perlu ingat, Pas, DAP dan PKR yang membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, sebelum wujudnya PAN," -
Iskandar.

Penjelasan Iskandar ini berikutan desas desus PAN akan desak pakatan baru, pakatan harapan di Selangor agar 'membuang' PAS dari struktur pentadbiran negeri Selangor selepas PRK di Sg Besar nanti.

Malangnya, ahli PAS sudah dapat membaca maksud tersirat Iskandar yang sememangnya diketahui sentiasa 'tidak selari' dengan PAS Pusat. Kebanyakan kenyataan Iskandar sejak tertubuhnya pakatan baru pembangkang lebih kepada 'berbau PAN'. Mungkin menunggu habisiddah baiah cerai talaq 3 sebagai wakil rakyat PAS?

Desakan PAN ini sebagai hukuman di atas kedegilan PAS yang dilihat degil bertanding dan tidak memberi laluan kepada PAN di sini.

Malah penjelasan Iskandar itu juga berhubung dengan khabar angin mengatakan EXCO Pas perlu meletak jawatan dan digantikan dengan PAN sekiranya undi calon Pakatan Harapan melebihi undi Pas dalam PRK nanti.


Calon PAN Dan Keluarganya Dapat Banyak Manfaat Dari BN


Tiga anggota exco Pas Selangor ialah Iskandar yang merupakan exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor (exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi); serta Zaidy Abdul Talib (exco Infrastruktur Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani).

Namun yang jelas, kedudukan Azmin Ali bakal ditentukan oleh keputusan pilihanraya kecil parlimen ini. Azmin jelas menghantar isyarat kepada PAS bahawa PKR menyokong parti PAN.

Kehadiran Azmin dan berpeluk mesra dengan Presiden PAN Mat Sabu jelas sebagai signal betapa PAS bakal dibuang di Selangor walaupun Iskandar yang dilihat pro pakatan harapan.

Walaupun begitu, Azmin dilihat sudah terlambat. Adengan peluk Mat Sabu yang dianggap wira baru pakatan harapan tidak mampu mengubah betapa sakit hatinya PAN di atas kegagalan Azmin menhalang PAS bertanding.

Jelas, perjuangan PAS, PKR, PAN dan DAP hanya berkisar tentang kuasa dan harta. "Rakyat" hanyalah ayat gula-gula untuk kekalkan poket dan kuasa mereka sahaja. Selama hampir 2 penggal, apa wakil rakyat Pakatan pembangkang buat untuk rakyat Selangor.

Datanglah ke Sg Besar dan anda akan lihat betapa teruknya infrastruktur di sini. Nampak sangat Azmin dan Exco PAS serta DAP gagal menjaga warga Sg Besar.

Pada PRK ini, Dr Abdul Rani berdepan pertandingan tiga penjuru dengan menentang calon BN yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi dan calon Amanah yang juga Pengerusi Amanah Sungai Besar Azhar Abdul Shukur.

Rekod Cemerlang BN Di Kuala Kangsar - Pembangkang Tidak Mampu Nafikan





Rekod cemerlang wakil Barisan Nasional di Kuala Kangsar tidak dapat di sangkal oleh mana mana calon pembangkang yang berhasrat merebut kerusi tersebut dari BN. Allahyarham Dato Khair-ill yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak telah berjaya membuktikan kepada rakyat Kuala Kangsar bahawa BN merupakan satu satunya parti yang benar benar membantu pengundi dan ini terbukti dengan pencapaian cemerlang yang dilakukan sepanjang Allahyarham menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Menariknya jasa jasa Allahyarham kini menjadi inspirasi kepada calon BN yang bertanding bagi kerusi P067 demi memastikan perjuangan Allahyarham tidak terhenti. Mastura Yazid yang dinamakan sebagai calon BN bagi menentang 3 lagi pencabar beliau pastinya tidak mahu rakyat Kuala Kangsar tersilap memilih wakil yang akhirnya tidak mempedulikan nasib rakyat tetapi hanya mencari keuntungan politik pembangkang.

Melalui tinjauan yang dilakukan, pengundi di Kuala Kangsar memberi sokongan penuh kepada Mastura dan mereka turut menyampaikan hasrat membantu kempen BN. Mereka turut menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada BN dan mahu memastikan calon BN memenangi kerusi tersebut bagi meneruskan agenda BN yang belum terlaksana di Kuala Kangsar.

Pencabar bagi kerusi P067 dari kalangan pembangkang pastinya tidak mampu menandingi keikhlasan BN yang mengutamakan keperluan rakyat sekaligus menafikan cerita cerita dari pihak pembangkang mengenai pencapaian BN. Malah wakil PAS yang telah bertanding sebanyak 3 kali di Dun Bota dan kalah belum tentu dapat menyaingi rekod BN apatah lagi calon muka baru arena politik negara dari PAN.

Pembangkang yang tidak mempunyai isu tempatan untuk diketengahkan dalam kempen mereka sudah tentu akan hanya membawa isu lapuk yang telah berulang kali dimainkan di peringkat nasional. Ini tidak akan menarik minat pengundi kerana mereka mahukan seorang wakil rakyat yang memahami isu isu tempatan dan mencari jalan untuk meyelesaikan segala permaslahan berbangkit.

Hanya berharap kepada pemimpin atasan parti, pembangkang dijangkakan akan cuba mengelirukan rakyat dengan perkara yang sudah terjawap dan modus operandi ini tidak akan di terima oleh masyarakat Kuala Kangsar. 

Pastinya pengundi Kuala Kangsar akan memilih parti yang mempunyai kredibiliti tinggi dan mampu menjamin kesejahteraan rakyat di masa akan datang.

Barisan Nasional tetap di hati pengundi Kuala Kangsar. Keyakinan rakyat Kuala Kangsar terhadap Barisan Nasional tidak mampu di sangkal oleh pembangkang.




Monday, 6 June 2016

Siapa Biayai PAN Dalam PRK - DAP Atau PKR?







UMPAMA KHADAM DENGAN TUAN BESAR - GUAN ENG BERPELUK TUBUH, RAFIZI DAN NIZAR MACAM KULI BATAK


Parti Amanah Negara (PAN) yang bertanding dalam dua Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar ternyata semakin menjadi sebuah parti jelmaan kepada ideologi Democratic Action Party (DAP). Dengan tidak mempunyai kekuatan kewangan untuk berkempen, PAN tetap berkeras meletakkan calon mereka bagi merebut kekosongan kerusi Parlimen.

Persoalan yang paling ketara ditimbulkan netizen ialah dari mana datangnya dana kewangan PAN untuk kempen kali ini sedangkan parti tersebut belum setahun ditubuhkan. Ramai memandang PAN di naungi oleh DAP setelah mereka berjaya mengusir Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dari gabungan parti pembangkang (Pakatan Rakyat).

DAP yang sememangnya tidak menyenangi pendirian PAS telah berjaya meletakkan beberapa individu dalam PAS bagi merobek kekuatan PAS dari dalam dan perkara ini berjaya dilaksanakan. Selepas kekalahan beberapa individu di dalam Muktamar PAS, mereka yang selama ini menjadi 'MUSANG' dalam PAS memulakan langkah meninggalkan parti tersebut dan menubuhkan sebuah parti yang mampu menyaingi PAS dengan pengaruh beberapa 'Ulama' yang dikatakan sangat tinggi ilmunya berbanding golongan Ulama' PAS.

Namun demikian, PAN yang masih baru dalam politik perdana tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh telah mengorak langkah apabila bertanding dalam Pilihanraya Negeri Sarawak pada Mei lepas. Perebutan kerusi dalam Pakatan Pembangkang menyaksikan PAN kalah teruk di setiap kerusi yang mereka tandingi dan ada calon mereka yang hilang wang deposit.

DAP yang dikatakan menjadi 'Tulang Belakang' kepada PAN sangat menyayangi parti itu kerana baginya hanya PAN mampu membantu Pakatan Harapan memecah undi kaum Melayu Islam secara efisien malah lebih baik dari PAS. Sikap PAN yang lebih liberal menjadi pilihan DAP untuk meletakkan kepercayaan kepada Presiden PAN seterusnya membantu PAN bila mereka memerlukan.

Ternyata perlaburan DAP sangat berjaya apabila mereka tidak perlu bersusah payah untuk bertanding dalam PRK kali ini kerana mempunyai wakil secara tidak langsung bagi mengalahkan BN dan PAS yang merupakan antara parti terbesar kaum Melayu Islam. 

Siapa yang membiayai kewangan PAN selama ini? Benarkah DAP menyalurkan peruntukan kepada PAN bagi memastikan agenda perpecahan kaum Melayu Islam berjaya mereka laksanakan bagi memudahkan perjalanan politi Pakatan Harapan? Mat Sabu mesti menjawap persoalan ini dengan tulus jika mereka tidak menerima dana dari mana mana pihak dan menunjukkan kredibiliti parti itu.

Perpecahan yang sememngnya dinantikan DAP bagi memastikan kaum Melayu Islam lemah dalam ikatan persaudaraan telah berjaya dilakukan PAN secara tidak langsung. Inilah kejayaan DAP dalam mempengaruhi sekutu politiknya. 

Parti Keadilan Rakyat (PKR) lebih mudah untuk dipengaruhi DAP kerana persefahaman mereka telah lama terjalin walau tidak sependapat dalam menentukan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri seandainya Pakatan harapan berjaya menawan Putrajaya.

Rakyat perlu sedar bahawa Pakatan Harapan hanyalah mahu menggunakan 'suara rakyat' bagi kepentingan politik dan bukan mahu membangunkan negara sebagaimana menifesto mereka setiap kali pilihanraya. Cukuplah rakyat tertipu dengan segala janji manis pembangkang dan kembali menyokong BN yang ternyata lebih mengutamakan kepentingan rakyat dalam memacu ke arah Malaysia yang lebih baik. 

Sunday, 5 June 2016

4 Penjuru PRK P067 Kuala Kangsar - PAS, PAN Letak Orang Luar Kerana Ketandusan Calon Berkaliber



PEMBANGKANG KETANDUSAN CALON BERKALIBER, BAWA CALON LUAR MENANDINGI BN



Penamaan calon bagi kerusi P067 Kuala Kangsar yang telah berlangsung jam 11 pagi menyaksikan pertembungan 4 penjuru bagi merebut kerusi tersebut. Sejumlah penyokong bagi parti bertanding mula berkumpul di tempat yang telah dikhaskan untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini dan pujian harus diberikan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang bekerja keras memastikan kelancaran trafik di bandar DiRaja Perak.

Senarai calon yang bertanding merebut kerusi P067 Kuala Kangsar.

  • Datin Mastura Yazid -Barisan Nasional
  • Izat Bukhary Ismail Bukhary - Bebas
  • Najihatussalehah Ahmad - PAS
  • Ahmad Temizi Ramli - PAN
Pertembungan 4 penjuru ini menyaksikan seorang calon bebas telah ditolak pencalonannya kerana pencadang dan penyokong tidak menghadirkan diri.

Menariknya Pilihanraya Kecil P067 Kuala Kangsar bakal mempertaruhkan Mastura Yazid sebagai calon yang telah bermastautin selama hampir 27 tahun dan telah mengundi dalam kawasan Parlimen Kuala Kangsar sejak menetap di sini, manakala pencabar dari pembangkang pula tidak pernah mengundi dalam kawasan yang ditandingi.


Percaturan BN meletakkan Mastura Yazid pula dianggap sebagai langkah tepat bagi meneruskan kerja kerja yang telah dimulakan Allahyarham Dato Khair-ill sebelum ini. Khair-ill yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau telah banyak merancang serta membantu pembangunan Kuala Kangsar dan rata rata penyokong BN mahu Mastura meneruskan usaha Khair-ill sebelum ini.

Bagi pemimpin kaum Cina di Kuala Kangsar mereka berpendapat Mastura akan menjadi pemimpin yang baik setanding Khair-ll. Menyatakan sokongan serta janji MCA Perak akan membantu kempen PRK bagi memastikan 24% kaum Cina memilih BN. Turut memberi sokongan penuh adalah IPF Bersatu, MIC, PPP serta Kimma Perak yang hadir semasa penamaan calon.

Dalam pada itu, calon dari PAS dan PAN yang tidak akan mengundi pada 18 Jun 2016 ini sebenarnya hanya mahu mengambil kesempatan mengelirukan rakyat Kuala Kangsar dan tidak berminat membela nasib pengundi. Atas kepentingan politik parti, pembangkang yang meletakkan calon luar dari Kuala Kangsar sebenarnya tidak mampu menjadi wakil yang baik bagi rakyat Kuala Kangsar.

Pengundi perlu disedarkan percaturan pembangkang yang tidak mengutamakan kepentingan rakyat apabila meletakkan calon yang sememangnya tidak akan berada di Kuala Kangsar serta tidak bermastautin di dalam kawasan.

Dr Najihah dari PAS merupakan pengundi Dun Bota, Parlimen Parit manakala Ahmad Termizi Ramli pula merupakan pengundi Dun Kota Anggerik, Parlimen Shah Alam. Bagaimana mereka mahu meneruskan tugas sebagai wakil rakyat dalam Parlimen jika mereka sendiri tidak tahu sosio politik dan kehidupan rakyat Kuala Kangsar? Ini pasti akan menimbulkan masalah kepada rakyat Kuala Kangsar jika mereka memilih pembangkang sebagai wakil dan akhirnya pengundi akan merana sendiri apabila setiap kali memerlukan wakil rakyat, mereka tidak berada dalam kawasan.

Perkara ini telah terjadi di Parlimen Raub di mana wakil DAP yang memenangi kerusi tersebut tidak menjenguk rakyat dalam kawasan dan hanya akan memunculkan diri untuk memburukkan kerajaan pusat. Sebolehnya rakyat Kuala Kangsar disedarkan dengan retorik pembangkang yang hanya melaungkan slogan 'Demi Rakyat' tetapi hakikat sebenarnya mereka memper'BODOH'kan rakyat.


Lagu 'Inilah Barisan Kita' Menguasai Suasana Penamaan Calon P067 Kuala Kangsar



Nyanyian lagu Inilah Barisan Kita berkumandang menaikkan semangat bagi menyokong calon Barisan Nasional P067 Kuala Kangsar.

Susasana meriah ini jelas menampakkan sokongan akar umbi parti kepada calon yang ditampilkan pucuk pimpinan BN bagi mengekalkan kerusi Kuala Kangsar.

Video dari rakaman Muzaffar Shah.

video



Video Sokongan Parti Komponen Barisan Nasional Kepada Calon P067 Kuala Kangsar




Lagi video sokongan parti komponen Barisan Nasional menyatakan sokongan kepada calon BN di P067 Kuala Kangsar.

video

Video Sokongan Dari Pelbagai Parti Komponen BN Di Kuala Kangsar





Sokongan dari pelbagai parti komponen Barisan Nasional yang hadir semasa penamaan calon P067 Kuala Kangsar.

Dengan sokongan ini menunjukkan calon BN di terima di pelbagai peringkat dan kaum dan mereka menyatakan kesediaan untuk membantu kempen bagi memastikan kemenangan BN.



video

Mujahid Sokong Barisan Nasional Di Kuala Kangsar




YB Mujahid yang merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar tersesat dalam perarakan ke pusat penamaan calon di Kuala Kangsar pagi ini.

Beliau yang tidak mendapat informasi mengenai tempat berkumpul ahli PAN, mengikuti rombongan perarakan BN yang bermula dari Safari Resort Kuala Kangsar.

Ternyata kehadiran beliau dalam gerombolan BN menimbulkan tanda tanya samada beliau telah beralih arah menyokong BN atau sengaja mencari jalan melakukan provokasi terhadap BN.

Saturday, 4 June 2016

Calon Bebas Jadikan Pertandingan Kuala Kangsar 4 Penjuru - Siapa Individu Tersebut?




PERTANDINGAN 4 PENJURU DI KUALA KANGSAR?

Penamaan calon bagi P067 Kuala Kangsar dijangka akan menyaksikan seorang calon bebas bertanding bagi menentang 3 lagi calon yang telah diumumkan sebelum ini. Calon bebas yang masih enggan mendedahkan identitinya dikhabarkan menyatakan bahawa esok merupakan hari penentuannya samada akan terus dalam politik atau bersara.

Menurut sumber menerusi cakap cakap di sekitar pekan Kuala Kangsar, calon bebas itu mahu mengajar 3 calon lain erti politik sebenar kerana berasakan mereka tidak memahami politik Perak selama ini dan hanya beliau yang lebih arif mengenai hal tersebut.

Beliau dijangaka akan mengemukakan borang pencalonannya esok bersama beberapa penyokongnya yang masih 'Taat Setia' kepadanya yang merupakan antara veteran politik Perak.

Esok Kuala Kangsar akan menyaksikan pertembungan 3 penjuru antara Barisan Nasional, PAS dan PAN yang menaruh harapan untuk memenangi kerusi P067.

Siapa calon bebas tersebut? Esok segalanya akan terjawap di Pusat Penamaan calon P067 Kuala Kangsar.

Barisan Nasional mempunyai peluang besar untuk mengekalkan kerusi tersebut tampil dengan calon terbaik BN, Datin Mastura Yazid yang juga merupakan Balu Allahyarham dato Khair-ill yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak.


'Demi Sebuah Perjuangan' - Mastura Akan Terus Membela Rakyat Kuala Kangsar








MASTURA YAZID BUKAN ASING DI KUALA KANGSAR SETELAH 27 TAHUN BERMASTAUTIN BERSAMA RAKYAT DAN AKAR UMBI

Mengikut pecahan peratus pengundi berdasarkan kaum di Kuala Kangsar, parti yang bertanding perlu memikirkan faktor bagi memenangi hati rakyat dan memilih calon yang mereka tampilkan. Jurang besar antara kaum dalam P067 Kuala Kangsar hampir pasti menjadi rebutan kepada 3 parti yang bertanding jika tiada lagi calon yang berhasrat untuk merebut kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Mengikut statistik yang dimaklumkan pecahan pengundi mengikut Kaum adalah seperti berikut

  • Melayu - 68%
  • Cina - 24%
  • India - 7%
  • Lain lain - 1%
Pengundi berdaftar di P067 Kuala Kangsar pula berjumlah 33,50040 orang yang akan menentukan hala tuju penduduk Kuala Kangsar selepas mereka mengundi pada 18 Jun 2016.

Barisan Nasional yang menampilkan Datin Mastura Yazid sebagai calon menumpukan kepada usaha usaha Allahyarham Dato Wan Khair-ill yang telah banyak merancang pembangunan bagi kesejahteraan rakyat Kuala Kangsar.

Allahyarham Khair-ill terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau semasa membantu BN Sarawak berkempen bagi Pilihanraya Negeri Sarawak. Turut terkorban ialah Ahli Parlimen Sg Besar, Dato Noriah Kasnon. 

Biodata Mastura Yazid

  • BA.Law (Hons), Kent
  • Bachelor Of Psychology, OUM
  • Barrister (Lincoln's Inn)
  • Diploma Syariah Law And Practice, IIUM
  • Penterjemah, ITMM
Kerjaya

  • Peguam dan Moderator
Pengalaman Kerja

  • Mediator Bar Council 2007
  • Notary Public 2006
  • Called To The Malaysian Bar 1987
  • Called To The English Bar 1985
  • Council Of Legal Education, School Of Law Inns Of Court 1985
Menilai semula kekuatan Mastura Yazid selaku calon BN, tidak menghairankan pembangkang meletakkan calon mereka dari kalangan terpelajar bagi memastikan jurang antara calon dapat mereka kurangkan walau terpaksa membawa calon dari luar Kuala Kangsar yang tidak di kenali pengundi Kuala Kangsar.

Beliau yang telah mengikuti perkembangan politik Allahyarham suaminya selama ini sudah di kenali pelbagai peringkat akar umbi Kuala Kangsar dan ini pasti akan memudahkannya berkempen walau beliau tidak akan TURUN BERKEMPEN kerana masih dalam tempoh berkabung dan mematuhi syariah Islam. Beliau akan di wakili anak anaknya seramai 4 orang bagi melancarkan kempen pilihanraya.

PAS yang meletakkan harapan kepada Ketua Muslimat Perak, sebenarnya sudah ketandusan calon yang berwibawa dan berkaliber. Calon PAS yang hanya di kenali sebagai seorang Doktor di Pekan Bota, Parit tidak mengenali dan memahami sosio politik Kuala Kangsar langsung. Mengikut tinjuan yang dilakukan kebanyakan pelanggan klinik Dr Jihah hanya mengetahui beliau sebagai calon PRK selepas namanya diumumkan dan ada yang berpendapat beliau tidak layak menjadi wakil Kuala Kangsar atas faktor "Orang Luar".

Manakala Dato Ahmad Termizi Ramli yang menggalas harapan PAN sebagai calon juga berada dalam keadaan Dilemma. Beliau yang merupakan pengundi luar Kuala Kangsar dan hanya balik ke Kuala Kangsar sebagai anak tempatan turut disifatkan tidak mengetahui perjalanan rakyat Kuala Kangsar sepenuhnya. Tidak seperti Ahli Parlimen sebelum ini, calon PAN hanya membawa isu nasional sebagai modal untuk meraih perhatian pengundi.

Isu isu tempatan pula dikatakan akan mewarnai kempen kali ini namun demikian pembangkang yang tidak mempunyai kekuatan dari segi isu setempat dijangkakan akan cuba menyogok pemikiran rakyat Kuala Kangsar dengan isu nasional yang kebanyakannya telah d terjawap. Mereka akan memutar belit segala isu nasional dan akan melemparkan persepsi buruk terhadap calon BN serta dikatakan mengelak untuk membawa kisah Kuala Kangsar.

Pastinya DAP selaku sekutu kuat PAN akan turut berkempen di kawasan majoriti kaum Cina dan membangkitkan isu RUU Syariah Islam yang telah dibentangkan di Parlimen tempohari oleh Presiden PAS. Tentangan daripada DAP ini akan di terjemahkan dalam bentuk putar belit dan menimbulkan ketakutan terhadap kaum Cina Kuala Kangsar. Penafian skandal yang mengaitkan pemimpin DAP juga turut dikatakan akan dimainkan ketika kempen berlangsung.

PAS yang mahu membuktikan kepada PAN bahawa mereka masih berpengaruh pula dijangka akan mempersoalkan kredibiliti calon PAN. Perseteruan antara PAN dan PAS dalam arena politik nasional juga turut di pengaruhi Presiden PAN, Mat Sabu yang hingga kini masih belum mampu menerima hakikat kekalahan dalam Muktamar Agung PAS. Mereka akan mengambil kesempatan isu pemecatan Husam Musa bagi menunjukkan sikap diktator Presiden PAS yang akan memecat sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan pemimpin mereka.

Rakyat Kuala Kangsar perku disedarkan pembangkang sebenarnya tidak berminat membela nasib rakyat tetapi lebih kepada perebutan memperlihatkan kekuatan masing masing bagi menghadapi PRU14 akan datang. 

Sementara itu BN masih mengamalkan Tradisi Membela Rakyat terus akan Istiqomah dengan hala tuju parti bagi memastikan Rakyat Kuala Kangsar tidak terpinggir dari nikmat pembangunan selaras dengan arus moden Malaysia.

Calon yang ditampilkan BN pula merupakan seorang yang boleh memikul tugas yang diamanahkan rakyat Kuala Kangsar dan meneruskan perjuangan membela nasib Kuala Kangsar di Parlimen.

Mastura Yazid akan menjadi sehebat Allahyarham Khair-ill jika diberikan mandat oleh rakyat Kuala Kangsar pada 18 Jun 2016 nanti. 


Calon Pembangkang Tidak Mengundi Di Kuala Kangsar - Berjuang Untuk Rakyat Hanya Penipuan


CALON PEMBANGKANG TIDAK MENGUNDI DI KUALA KANGSAR, HANYA MAMPU MELIHAT RAKYAT MEMBUANG UNDI


Pilihanraya Kecil Parlimen P067 Kuala Kangsar yang akan dijalankan pada 18 Jun 2016 di jangka menjadi medan 3 penjuru setelah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Amanah Negara (PAN) menampilkan calon pilihan masing masing menentang calon Barisan Nasional, Datin Mastura Yazid.


Pencalonan Mastura sebagai wakil Barisan Nasional di anggap sebagai langkah tepat bagi meneruskan kerja kerja tertangguh yang telah direncanakan Allahyarham Dato Khair-ill bagi membangunkan kelestarian rakyat Kuala Kangsar. Pembangkang yang cuba bermain isu "orang luar' merujuk kepada Mastura melakukan kesilapan yang amat besar.

Mastura yang telah bermastautin hampir 27 tahun di Kuala Kangsar bukan sahaja di kenali masyarakat sebagai isteri kepada ahli Parlimen tetapi sangat di senangi pelbagai peringkat akar umbi.

Pergaulan Mastura yang tidak mewujudkan jurang antara beliau dan rakyat Kuala Kangsar merupakan kriteria utama sekaligus menunjukkan bahawa pemilihan beliau menepati ciri ciri yang di kehendaki oleh rakyat Kuala Kangsar.

Beliau yang telah menemani Allahyarham suaminya sepanjang perkhidmatan sebagai ahli Parlimen Kuala Kangsar merupakan pengundi di DUN Bukit Chandan dan Parlimen Kuala Kangsar.

Justeru itu dakwaan pembangkang yang mengatakan Mastura tidak layak bertanding di Kuala Kangsar tidak boleh di terima sama sekali. 

Malahan calon pembangkang dari kedua dua parti merupakan PENGUNDI LUAR dan bukan dari kalangan yang di senangi akar umbi Kuala Kangsar. Melalui rekod daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan calon pembangkang mengundi di kawasan lain. Jelas sekali, ini menunjukkan di masa akan datang pembangkang tidak akan mempedulikan nasib rakyat Kuala Kangsar kerana tidak menetap di sini.

Kesimpulannya perbandingan antara calon calon, rakyat dapat melihat bahawa calon Barisan Nasional Mastura Yazid merupakan pilihan terbaik untuk rakyat Kuala Kangsar. Yakinlah bahawa BN adalah sebuah parti yang MEMBELA NASIB RAKYAT.


'Fatwa PAS' - Sokong PAN Seperti Undi DAP


PAS akan bertemu musuh tradisi Umno dan serpihannya Parti Amanah Negara (PAN) dalam dua pilihan raya kecil 18 Jun ini.

Bagaimanapun, bagi parti Islam itu, mereka akan berdepan serangan lebih daripada dua penjuru, termasuk daripada DAP yang didakwa menaja PAN.

“PAN ditaja oleh DAP, sebab DAP pun kata mereka akan sokong (PAN), sokong DAP sama macam sokong PAN juga.

“Jadi kita lawan tiga parti sekarang, PAN, BN dan DAP,” kata pengarah pilihan rayanya Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar PAS ke-62 di Kota Bharu hari ini.

Sementara itu, Mustafa berkata PAN kelihatan bersungguh-sungguh mahu menandingi mereka di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Yang beria-ria benar nak bertanding lawan PAS ini PAN (PAN) sebenarnya.

“Umno itu dah lawan tradisi kita. Sejarah 65 tahun PAS, cuma lima tahun kita tak lawan Umno, 60 tahun lagi kita lawan Umno,” katanya.

Mustafa berkata, PAS juga perlu melihat konteks pilihan raya kecil susulan situasi kali ini kali pertama berlaku selepas keluar daripada Pakatan Rakyat.

Friday, 3 June 2016

"Tolong Emak Ya" - Video Sayu Suara Netizen Kuala Kangsar Minta Anak Bantu Mastura Menangi PRK Kuala Kangsar




Video yang memaparkan seorang dari pengundi P067 Kuala Kangsar meminta anak anak Datin Mastura membantu ibu mereka memenangi kerusi Kuala Kangsar amat menyentuh perasaan kerana ia membuktikan Mastura turut disenangi pengundi yang telah mengenalinya selama 27 tahun.

Anda boleh menonton video tanpa skrip ini dengan klik SINI

Nilaikan sendiri betapa akrabnya hubungan Mastura dengan pengundi Kuala Kangsar dan mereka pastinya mahukan Mastura meneruskan perjuangan Allahyarham Dato Wan Khair-il bagi menyempurnakan tugas beliau.

Pertembungan 3 penjuru di Kuala Kangsar ini sudah pasti akan menjadi milik Barisan Nasional yang menampilkan calon yang memenuhi kehendak rakyat Kuala Kangsar dan memahami sosio politik setempat.

Malah taraf akademik Mastura juga merupakan kelebihan buat beliau mewakili Kuala Kangsar dan tidak mampu dinafikan calon pembangkang.

Terimakasih kepada Wanita Umno Perak atas perkongsian video.


Wednesday, 1 June 2016

Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar - PAN Guna Dana RM 1.2 Billion DAP?


PAN GUNA DUIT DAP BAGI MEMENANGI PRK KUALA KANGSAR - ADAKAH DANA TERSEBUT DARIPADA ISRAEL?

Parti Amanah Negara (PAN) di jangka akan mengumumkan nama calon mereka di P067 Kuala Kangsar pada 2 Jun 2016. Hampir pasti akan terjadi pertembungan 3 penjuru namun identiti calon dari PAN masih belum di ketahui. Heboh di kalangan pemerhati politik memperkatakan PAN akan mempertaruhkan seorang wakil Wanita bagi mewakili mereka dan menetang calon BN dan PAS.

Di sebalik pencalonan dari PAN yang boleh dikatakan baru dalam arena politik nasional, netizen mempersoalkan mengenai DANA yang mereka gunakan bagi menaja calon dan kerja kempen PRK Kuala Kangsar akan datang.

Seperti mana di ketahui umum, PAN mempunyai hubungan baik dengan Democatic Action PArty (DAP) selepas PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan kemudiannya di kenali sebagai Pakatan Harapan. Presiden PAN sendiri sebelum keluar dari PAS telah berjaya mendapat kepercayaan DAP di Pulau Pinang hingga di beri kepercayaan untk menjadi salah seorang daripada ahli lembaga pengarah syarikat yang menguruskan air di Pulau Mutiara sebelum di minta melepaskan jawatan tersebut berkaitan krisi DAP-PAS.

Mat Sabu yang merupakan seorang berfikiran liberal cuba membawa pembaharuan dalam PAS namun hasrat itu di tentang oleh golongan ortodoks PAS malah salah seorang dari puak yang mempunyai aliran sama dengan Mat Sabu baru sahaja di pecat dari parti tersebut. PAS yang masih berpegang kepada pesanan Murshidul Am mereka mengenai perjuangan namun kebelakangan ini perjuangan PAS semakin memesong dari landasan asal.

Dalam pilihanraya kecil yang sengit sebegini sudah tentu PAN yang menampilkan calon memerlukan DANA yang agak besar namun sebagai parti baru mereka masih di kekang dari segi kewangan namun agak menghairankan PAN seperti tidak mengalami perkara tersebut langsung. Walau di PRK Sg Besar, PAN telah mula melancarkan tabung rayuan derma dari orang ramai bagi menampung perbelanjaan calon mereka yang bertanding.

Di Kuala Kangsar, PAN masih belum memulakan kempen rayuan derma namun di percayai mereka akan berbuat demikian sebaik nama calon diumumkan esok. Agak pelik apabila PAN berani bertanding tanpa persediaan DANA tanpa ada penaja yang memyalurkan dana kempen. 

Adakah mereka berkomplot dengan DAP yang sudi menyalurkan bantuan untuk memastikan calon PAN boleh dan mampu bertanding mewakili Pakatan Harapan? Seperti yang di ketahui umum, DAP hingga kini masih belum menjelaskan kepada rakyat berkaitan dakwaan Mohammad Razali yang merupakan bekas ahli DAP mengenai dakwaan penerimaan dana berjumlah RM1.2 billion yang mereka terima dari pihak Zionis. DAP yang masih enggan mengambil tindakan terhadap dakwaan Razali mungkin cuba melindungi sumber dana dengan membantu PAN dari segi kewangan dan PRK merupakan antara jalan mudah DAP meyorokkan kesahihan dakwaan tersebut.

PAN yang kini menjadi 'Keldai DAP' dalam memecah undi kaum Melayu pula sanggup melakukan apa sahaja asalkan kantung mereka di penuhi dengan helaian kertas bernilai. Malah mereka mampu memberi saingan kuat jika segala perbelanjaan mereka diuruskan oleh DAP secara rahsia.

Beranikah PAN mendedahkan sumber kewangan mereka kepada umum bagi membuktikan mereka tidak menerima sebahagian daripada DANA DAP bernilai RM1.2 billion dari Israel? PAN yang mahu menebus kekalahan memalukan mereka di PRN Sarawak sudah pastinya akan berusaha sehabis upaya untuk membenamkan pengaruh PAS dan membuktikan mereka juga mampu memberi 'Janji Manis' PAS yang memperjuangkan penubuhan negara Islam.

PRK Kuala Kangsar - PAS Hanya Mahu Cabar PAN, Tidak Mahu Membela Rakyat


PAS TIADA HALA TUJU BAGI MEMBELA RAKYAT KUALA KANGSAR.





Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang pernah menerajui Perak selepas PRU12 tidak pernah membela nasib rakyat Perak walau Menteri Besar dilantik dari parti PAS kerana ketika itu mereka masih 'berpelukan' dengan DAP dan hanya menjadi 'khadam' kepada Pakatan Rakyat mengaburi mata pengundi.

Krisis kepimpinan yang pernah melanda PAS Perak ini merupakan satu pengajaran kepada pengundi Kuala Kangsar dalam menentukan pilihan mereka pada 16 Jun 2016. Seperti apa yang pernah menggemparkan negara, wakil PAS ketika itu diberikan jawatan selaku Menteri Besar namun kedudukan Exco Kanan dalam pentadbiran Perak telah di bolot oleh DAP selaku 'Taiko Besar'dan PAS akur mengenai perkara tersebut.

Walau pada dasar PAS menguasai kerusi nombor 1 Perak, mereka hanyalah 'patung mainan' yang telah di kawal segalanya melalui telunjuk DAP. Kedudukan PAS yang di lihat tidak lebih dari taraf 'khadam' menjadi sebahagian dari perancangan DAP mengaut keuntungan hasil negeri Perak. 


Kini PAS bersendirian tanpa gabungan DAP dan PKR bagi menentang calon BN dalam PRK Parlimen Kuala Kangsar menentang Barisan Nasional. Dari sudut intergriti PAS telah kalah kepada Datin Mastura apabila mereka berdepan dengan calon yang mematuhi Syariah Islam apabila bertegas tidak akan turun berkempen berikutan tempoh berkabung yang ditetapkan dalam Islam. Mastura yang telah mendapatkan pandangan Mufti Besar Perak sebelum dinamakan sebagai pengganti Dato Khair-ril yang terkorban dalam nahaas helikopter di Sebuyau Sarawak.

Berbeza dengan calon yang ditampilkan BN, Mastura di kenali pengundi Kuala Kangsar apabila sering melibatkan diri dengan masyarakat dalam setiap program yang diadakan semasa Allahyarham Dato Khair-ril menduduki kerusi tersebut. Kemesraan calon BN tidak mampu dinafikan rakyat apabila beliau lebih selesa di sapa dengan panggilan 'Kak Mas' dan bukan sebagai Datin Mastura. 

Walau PAS meletakkan calon wanita, mereka seolah tahu akan kalah dalam pertembungan ini kerana calon yang dinamakan tidak menepati kriteria yang diperlukan pengundi Kuala Kangsar. Dengan bermodalkan sebuah klinik di Bota Kanan, calon PAS sebenarnya tidak menunjukkan ciri ciri seorang bakal pemimpin yang baik untuk rakyat. Beliau yang tidak begitu mesra dan tidak dikenali pengundi Kuala Kangsar hanya menjadi 'korban' PAS yang masih mahu menunjukkan EGO terhadap Parti Amanah Negara (PAN) yang turut dijangka akan bertanding.

PAS yang pernah memegang tampuk kepimpinan Perak satu ketika tidak pernah membela nasib rakyat Perak walau ketika itu berkuasa kerana tunduk kepada telunjuk DAP. Selama menerajui kerusi nombor 1 Perak, PAS hanyalah sekadar 'tukang angguk' bagi setiap keputusan yang ditetapkan dalam negeri Perak dan perkara ini berlarutan hingga mereka di halau dari Pakatan Rakyat berikutan kehadiran PAN telah berjaya menggantikan kedudukan mereka.

Di mana PAS ketika pengundi Kuala Kangsar memerlukan mereka sebelum ini? Hampir boleh dikatakan sebelum ini PAS tidak pernah memberi khidmat kepada pengundi Kuala Kangsar dan kini mereka cuba menjadi 'jaguh' kerana mahu merampas kerusi Kuala Kangsar daripada BN. Penduduk dalam Parlimen Kuala Kangsar yang selama ini dibantu oleh BN sudah tentu boleh menilai pihak mana yang telah membela nasib mereka selama ini berbanding dengan PAS yang secara tiba tiba mahu rakyat Kuala Kangsar memberi mandat kepada mereka sedangkan ketika PAS berkuasa nasib rakyat tidak diperdulikan langsung.

Matlamat sebenar PAS bertanding masih lagi kabur dan mereka sendiri tidak tahu hala tuju bagi membela nasib pengundi selain daripada menyalahkan kerajaan. Propaganda PAS yang selalu meletakkan kekurangan dan kelemahan mereka di bahu kerajaan Pusat sering di'lagu'kan dalam kempen mereka dan ini sebenarnya telah di jangka. PAS tidak berani mengakui kesalahan mereka yang mengabaikan nasib rakyat dan hanya akan menampilkan diri ketika mahukan simpati pengundi bagi memastikan kedudukan mereka terjamin. Selepas mendapat apa yang di kehendaki maka rakyat akan dipinggirkan hinggalah PRU menjelang.

Hampir tiada isu yang mampu dibangkitkan PAS dalam kempen kali ini dan mereka hanya bergantung kepada simpati semata mata bagi meraih sokongan. Menurut sumber bilik gerakan pembangkang, PAS bertanding untuk mencabar PAN bagi membuktikan 'kejantanan ayam sabung' DAP itu dan bukannya untuk membela nasib Kuala Kangsar. Malah pencalonan Dr Najihah sendiri disindir bekas  ahli PAS serta memperlekehkan kemampuan PAS menandingi BN yang sentiasa bekerja keras membela nasib rakyat Kuala Kangsar.

Jadi dimanakah intergriti PAS selaku pencabar BN? Mereka sering melaungkan bahawa PAS akan memperjuangkan sebuah negara Islam tetapi mereka juga mengkhianati slogan itu ketika menjadi sebahagian dari Pakatan Rakyat satu ketika dahulu. Sikap bermuka muka PAS ini sebenarnya tidak boleh di percayai kerana mereka mampu berubah demi kepentingan politik dan bukannya kepentingan rakyat.

Telah terbukti Barisan Nasional merupakan yang terbaik bagi rakyat dan tradisi membela rakyat diutamakan dalam hala tuju BN.