Saturday 4 June 2016

'Demi Sebuah Perjuangan' - Mastura Akan Terus Membela Rakyat Kuala Kangsar








MASTURA YAZID BUKAN ASING DI KUALA KANGSAR SETELAH 27 TAHUN BERMASTAUTIN BERSAMA RAKYAT DAN AKAR UMBI

Mengikut pecahan peratus pengundi berdasarkan kaum di Kuala Kangsar, parti yang bertanding perlu memikirkan faktor bagi memenangi hati rakyat dan memilih calon yang mereka tampilkan. Jurang besar antara kaum dalam P067 Kuala Kangsar hampir pasti menjadi rebutan kepada 3 parti yang bertanding jika tiada lagi calon yang berhasrat untuk merebut kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Mengikut statistik yang dimaklumkan pecahan pengundi mengikut Kaum adalah seperti berikut

  • Melayu - 68%
  • Cina - 24%
  • India - 7%
  • Lain lain - 1%
Pengundi berdaftar di P067 Kuala Kangsar pula berjumlah 33,50040 orang yang akan menentukan hala tuju penduduk Kuala Kangsar selepas mereka mengundi pada 18 Jun 2016.

Barisan Nasional yang menampilkan Datin Mastura Yazid sebagai calon menumpukan kepada usaha usaha Allahyarham Dato Wan Khair-ill yang telah banyak merancang pembangunan bagi kesejahteraan rakyat Kuala Kangsar.

Allahyarham Khair-ill terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau semasa membantu BN Sarawak berkempen bagi Pilihanraya Negeri Sarawak. Turut terkorban ialah Ahli Parlimen Sg Besar, Dato Noriah Kasnon. 

Biodata Mastura Yazid

  • BA.Law (Hons), Kent
  • Bachelor Of Psychology, OUM
  • Barrister (Lincoln's Inn)
  • Diploma Syariah Law And Practice, IIUM
  • Penterjemah, ITMM
Kerjaya

  • Peguam dan Moderator
Pengalaman Kerja

  • Mediator Bar Council 2007
  • Notary Public 2006
  • Called To The Malaysian Bar 1987
  • Called To The English Bar 1985
  • Council Of Legal Education, School Of Law Inns Of Court 1985
Menilai semula kekuatan Mastura Yazid selaku calon BN, tidak menghairankan pembangkang meletakkan calon mereka dari kalangan terpelajar bagi memastikan jurang antara calon dapat mereka kurangkan walau terpaksa membawa calon dari luar Kuala Kangsar yang tidak di kenali pengundi Kuala Kangsar.

Beliau yang telah mengikuti perkembangan politik Allahyarham suaminya selama ini sudah di kenali pelbagai peringkat akar umbi Kuala Kangsar dan ini pasti akan memudahkannya berkempen walau beliau tidak akan TURUN BERKEMPEN kerana masih dalam tempoh berkabung dan mematuhi syariah Islam. Beliau akan di wakili anak anaknya seramai 4 orang bagi melancarkan kempen pilihanraya.

PAS yang meletakkan harapan kepada Ketua Muslimat Perak, sebenarnya sudah ketandusan calon yang berwibawa dan berkaliber. Calon PAS yang hanya di kenali sebagai seorang Doktor di Pekan Bota, Parit tidak mengenali dan memahami sosio politik Kuala Kangsar langsung. Mengikut tinjuan yang dilakukan kebanyakan pelanggan klinik Dr Jihah hanya mengetahui beliau sebagai calon PRK selepas namanya diumumkan dan ada yang berpendapat beliau tidak layak menjadi wakil Kuala Kangsar atas faktor "Orang Luar".

Manakala Dato Ahmad Termizi Ramli yang menggalas harapan PAN sebagai calon juga berada dalam keadaan Dilemma. Beliau yang merupakan pengundi luar Kuala Kangsar dan hanya balik ke Kuala Kangsar sebagai anak tempatan turut disifatkan tidak mengetahui perjalanan rakyat Kuala Kangsar sepenuhnya. Tidak seperti Ahli Parlimen sebelum ini, calon PAN hanya membawa isu nasional sebagai modal untuk meraih perhatian pengundi.

Isu isu tempatan pula dikatakan akan mewarnai kempen kali ini namun demikian pembangkang yang tidak mempunyai kekuatan dari segi isu setempat dijangkakan akan cuba menyogok pemikiran rakyat Kuala Kangsar dengan isu nasional yang kebanyakannya telah d terjawap. Mereka akan memutar belit segala isu nasional dan akan melemparkan persepsi buruk terhadap calon BN serta dikatakan mengelak untuk membawa kisah Kuala Kangsar.

Pastinya DAP selaku sekutu kuat PAN akan turut berkempen di kawasan majoriti kaum Cina dan membangkitkan isu RUU Syariah Islam yang telah dibentangkan di Parlimen tempohari oleh Presiden PAS. Tentangan daripada DAP ini akan di terjemahkan dalam bentuk putar belit dan menimbulkan ketakutan terhadap kaum Cina Kuala Kangsar. Penafian skandal yang mengaitkan pemimpin DAP juga turut dikatakan akan dimainkan ketika kempen berlangsung.

PAS yang mahu membuktikan kepada PAN bahawa mereka masih berpengaruh pula dijangka akan mempersoalkan kredibiliti calon PAN. Perseteruan antara PAN dan PAS dalam arena politik nasional juga turut di pengaruhi Presiden PAN, Mat Sabu yang hingga kini masih belum mampu menerima hakikat kekalahan dalam Muktamar Agung PAS. Mereka akan mengambil kesempatan isu pemecatan Husam Musa bagi menunjukkan sikap diktator Presiden PAS yang akan memecat sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan pemimpin mereka.

Rakyat Kuala Kangsar perku disedarkan pembangkang sebenarnya tidak berminat membela nasib rakyat tetapi lebih kepada perebutan memperlihatkan kekuatan masing masing bagi menghadapi PRU14 akan datang. 

Sementara itu BN masih mengamalkan Tradisi Membela Rakyat terus akan Istiqomah dengan hala tuju parti bagi memastikan Rakyat Kuala Kangsar tidak terpinggir dari nikmat pembangunan selaras dengan arus moden Malaysia.

Calon yang ditampilkan BN pula merupakan seorang yang boleh memikul tugas yang diamanahkan rakyat Kuala Kangsar dan meneruskan perjuangan membela nasib Kuala Kangsar di Parlimen.

Mastura Yazid akan menjadi sehebat Allahyarham Khair-ill jika diberikan mandat oleh rakyat Kuala Kangsar pada 18 Jun 2016 nanti. 


No comments:

Post a Comment