Monday 6 June 2016

Siapa Biayai PAN Dalam PRK - DAP Atau PKR?







UMPAMA KHADAM DENGAN TUAN BESAR - GUAN ENG BERPELUK TUBUH, RAFIZI DAN NIZAR MACAM KULI BATAK


Parti Amanah Negara (PAN) yang bertanding dalam dua Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar ternyata semakin menjadi sebuah parti jelmaan kepada ideologi Democratic Action Party (DAP). Dengan tidak mempunyai kekuatan kewangan untuk berkempen, PAN tetap berkeras meletakkan calon mereka bagi merebut kekosongan kerusi Parlimen.

Persoalan yang paling ketara ditimbulkan netizen ialah dari mana datangnya dana kewangan PAN untuk kempen kali ini sedangkan parti tersebut belum setahun ditubuhkan. Ramai memandang PAN di naungi oleh DAP setelah mereka berjaya mengusir Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dari gabungan parti pembangkang (Pakatan Rakyat).

DAP yang sememangnya tidak menyenangi pendirian PAS telah berjaya meletakkan beberapa individu dalam PAS bagi merobek kekuatan PAS dari dalam dan perkara ini berjaya dilaksanakan. Selepas kekalahan beberapa individu di dalam Muktamar PAS, mereka yang selama ini menjadi 'MUSANG' dalam PAS memulakan langkah meninggalkan parti tersebut dan menubuhkan sebuah parti yang mampu menyaingi PAS dengan pengaruh beberapa 'Ulama' yang dikatakan sangat tinggi ilmunya berbanding golongan Ulama' PAS.

Namun demikian, PAN yang masih baru dalam politik perdana tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh telah mengorak langkah apabila bertanding dalam Pilihanraya Negeri Sarawak pada Mei lepas. Perebutan kerusi dalam Pakatan Pembangkang menyaksikan PAN kalah teruk di setiap kerusi yang mereka tandingi dan ada calon mereka yang hilang wang deposit.

DAP yang dikatakan menjadi 'Tulang Belakang' kepada PAN sangat menyayangi parti itu kerana baginya hanya PAN mampu membantu Pakatan Harapan memecah undi kaum Melayu Islam secara efisien malah lebih baik dari PAS. Sikap PAN yang lebih liberal menjadi pilihan DAP untuk meletakkan kepercayaan kepada Presiden PAN seterusnya membantu PAN bila mereka memerlukan.

Ternyata perlaburan DAP sangat berjaya apabila mereka tidak perlu bersusah payah untuk bertanding dalam PRK kali ini kerana mempunyai wakil secara tidak langsung bagi mengalahkan BN dan PAS yang merupakan antara parti terbesar kaum Melayu Islam. 

Siapa yang membiayai kewangan PAN selama ini? Benarkah DAP menyalurkan peruntukan kepada PAN bagi memastikan agenda perpecahan kaum Melayu Islam berjaya mereka laksanakan bagi memudahkan perjalanan politi Pakatan Harapan? Mat Sabu mesti menjawap persoalan ini dengan tulus jika mereka tidak menerima dana dari mana mana pihak dan menunjukkan kredibiliti parti itu.

Perpecahan yang sememngnya dinantikan DAP bagi memastikan kaum Melayu Islam lemah dalam ikatan persaudaraan telah berjaya dilakukan PAN secara tidak langsung. Inilah kejayaan DAP dalam mempengaruhi sekutu politiknya. 

Parti Keadilan Rakyat (PKR) lebih mudah untuk dipengaruhi DAP kerana persefahaman mereka telah lama terjalin walau tidak sependapat dalam menentukan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri seandainya Pakatan harapan berjaya menawan Putrajaya.

Rakyat perlu sedar bahawa Pakatan Harapan hanyalah mahu menggunakan 'suara rakyat' bagi kepentingan politik dan bukan mahu membangunkan negara sebagaimana menifesto mereka setiap kali pilihanraya. Cukuplah rakyat tertipu dengan segala janji manis pembangkang dan kembali menyokong BN yang ternyata lebih mengutamakan kepentingan rakyat dalam memacu ke arah Malaysia yang lebih baik. 

No comments:

Post a Comment