Thursday 18 August 2016

Kerjasama Pembangkang Hancur - "Mahathirisme' Dan BERSATU Akan Jadi 'Kepala' Pakatan Harapan, DAP Bakal Hilang Kuasa?

'MAHATHIRISME' BAKAL KUASAI PAKATAN HARAPAN - DAP, PKR, AMANAH BAKAL JADI 'PENCACAI'?


Dalam kekalutan politik pembangkang yang semakin bercelaru dengan penubuhan sebuah parti baru yang menjadi satu ancaman kepada Pakatan Harapan, mereka bertindak ‘bijak’ apabila mempelawa BERSATU untuk menyertai rali kempem menjatuhkan kerajaan yang telah di pilih melalui demokrasi pada PRU13 lepas. Penasihat BERSATU yang seemangnya kecewa dengan segala usaha menumbangkan Perdana Menteri memilih untuk ‘berjuang’ bersama bekas musuh yang satu ketika dahulu bersungguh menjatuhkannya. Di sebalik gelaran ‘Negarawan’ serta ungkapan jelik dalam setiap ceramah pembangkang satu masa dahulu,Tun Mahathir berjaya menampilkan 'keikhlasannya' untuk bekerjasama dengan pihak yang pernah menggelarnya sebagai “Mahafiraun’.

Kejayaan Mahathir untuk memperolehi kepercayaan pembangkang terutama Democratic Action Party (DAP) yang tidak luput dari memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia, kesepakatan untuk menumbangkan Najib merupakan satu kejayaan terbesar buat Pakatan Harapan. Walau ada pihak yang tidak senang dengan tindakan DAP ‘memujuk’ Mahathir untuk bersama, ternyata pengaruh DAP melebihi dari semua sekutu yang bernaung dalam sebuah pakatan tanpa bendera rasmi. Adakah sekutu lain dalam Pakatan Harapan terlalu takut bersuara atau mereka taksub dengan penampilan mantan Setiausaha Agung DAP yang lantang mengkritik kerajaan?


Kedudukan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masih menjalani hukuman penjara kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya juga sudah semakin goyah apabila Mahathir mula mengorak langkah menggantikan tempatnya yang mungkin akan di angkat sebagai ‘Penasihat Agung’ Pakatan Harapan jika berjaya menumbangkan BN dalam PRU14. Di tambah dengan krisis perebutan pengaruh dalaman di PKR, Anwar Ibrahim sudah selayaknya bersara dari poltik selepas selesai menjalani hukumannya kelak manakala Presiden PKR seperti telah ‘mengaku kalah’ dengan perang dalaman PKR.

Masih menyimpan perasaan marah terhadap ‘kekejaman’ Mahathir kepada suaminya, Wan Azizah ternyata tidak senang dengan kerjasama Pakatan Harapan, BERSATU. Perasaan seorang isteri yang suaminya telah di’bogel’kan Mahathir sewaktu berkuasa tidak mungkin dapat di tebus dengan kesepakatan politik ini? Mungkin inilah dilemma yang dihadapi Presiden PKR apabila Mahathir mula berjinak jinak dengan Pakatan Harapan.

Dalam matematik politik, Pakatan Harapan amat memerlukan sokongan dari BERSATU begitu juga sebaliknya, maka mereka akan saling mempergunakan pengaruh untuk memenangi hati pengundi. Ternyata percaturan dalam sifir pembahagian kerusi merupakan masalah besar buat Pakatan Harapan yang telah gagal dalam eksperimen mereka di Sarawak dan kemudiannya kecundang dengan kekalahan di 2 PRK apabila peningkatan majoriti BN yang amat mengejutkan. PKR yang bergelut dengan skandal di Selangor melibatkan pendedahan berani aktivis Che’gu Bard berkaitan pembaziran wang rakyat mula mendapat perhatian netizen Selangor mengenai ketelusan PKR mentadbir negeri termaju dalam Malaysia.

Hingga kini Azmin masih enggan mendedahkan identiti ‘penderma’ RM9.8 juta projek Gerbang Selangor, kelemahan PKR semakin terbongkar apabila ada tuduhan daripada Setiausaha Agung PKR sendiri mengenai kewujudan ‘rasuah’ dalam pemberian projek di Selangor. Penyalahgunaan kuasa turut menjadi amalan dalam pentadbiran PKR Selangor dimana papan iklan gergasi menampilkan seorang banduan yang masih menjalani hukuman di angkat sebagai ikon rakyat. Setelah menghadapi tekanan dari pelbagai pihak ,iklan tersebut telah diturunkan kerana melanggar Undang Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).


 Krisis perebutan kuasa dalam Pakatan Harapan lebih memburukkan keadaan PKR yang dikatakan di ambang kehancuran kerana kehadiran Mahathir dalam kerjasama politik pembangkang. Amanah yang diharapkan oleh DAP mengambil alih tempat PKR pula masih belum mampu memberi dimensi baru kepada pengundi yang belum yakin dengan kemampuan parti itu. Kekeliruan penyokong parti yang dikatakan sebagai ‘budak suruhan’ DAP sebenarnya memberi impak buruk terhadap imej parti serpihan Parti Islam Se-Malaysia(PAS) yang diwujudkan kerana kekecewaan kalah dalam perebutan kuasa. Hampir sama sejarah BERSATU dan Amanah yang kebetulan wujud dari rasa yang sama dan mungkin bakal menjadi ‘budak suruhan’ seperti apa yang di pikul Amanah.

DAP juga tidak kurang menghadapi masalah apabila Setiausaha Agung merangkap Ketua Menteri P.Pinang kini menghadapi tuduhan rasuah melibatkan pembelian sebuah bangle di bawah harga sebenar. Turut menjadi isu pembaziran wang rakyat yang dilakukan DAP P.Pinang ialah sejumlah wang rakyat telah digunakan untuk mengecat laluan basikal. Tidak masuk akal DAP menghabiskan wang rakyat hanya untuk berbuat demikian di mana tiada faedah terhadap ekonomi penduduk di jana melalui projek mengecat laluan basikal tersebut.

Projek terowong dasar laut turut menjadi pertikaian kepada rakyat P.Pinang apabila kerajaan DAP membazir wang rakyat  sedangkan kebanyakan rakyat berpendapat tiada keperluan berbuat demikian dengan kewujudan jambatan kedua P.Pinang telah menjadi laluan efisien trafik keluar masuk ke Pulau Mutiara. DAP turut mengalami krisis dalaman apabila pengekalan kuasa ‘Dinasti Lim’ sedang cuba dirobohkan oleh ahli DAP sendiri kerana mereka enggan lagi mengikut kehendak dan telunjuk ‘keluarga Lim’ dalam mentadbir DAP. Selaras dengan ‘kebebasan suara’ yang sering dilaungkan pemimpin DAP, ahli DAP berpendapat sudah tiba masanya mereka bersuara lebih lantang mengenai kelemahan DAP sendiri,namun hakikatnya kelantangan suara itu umpama ‘membunuh diri’ sendiri apabila berhadapan dengan tindakan keras dari pucuk pimpinan DAP.

Pendedahan oleh bekas ahli DAP sendiri berkaitan ‘Dana Israel’ berjumlah RM1.2 billion turut menduga ketelusan DAP berkaitan dana politik mereka. Selama ini DAP mengumpul dana dari sumbangan ahli mereka dan jualan meja dalam jamuan makan malam yang sering diadakan. Beranikah DAP mengheret Mohammad Razali ke muka pengadilan kerana pendedahan yang turut menyatakan kesediaan DAP memberi sebidang tanah di Port Dickson kepada pihak Israel untuk dijadikan markas latihan tentera Zionis itu? Sehingga kini,ternyata DAP tidak berani menyangkal dakwaan Razali yang tersebar dalam pelbagai bentuk audio dan visual.



Kehadiran BERSATU pula dikatakan bakal menjadi penentu kepada kejayaan Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional dan kesempatan ini dapat dihidu DAP yang secara terbuka mengalu alukan kehadiran ‘Parti Mahathir’ ke dalam Pakatan. Faktor populariti yang masih terdapat pada bekas PM itu sebenarnya menarik minat dan hanya akan dipergunakan Pakatan Harapan bagi merealisasikan impian mereka. Selepas berjaya mendapat apa yang di hajati, hampir pasti pemimpin BERSATU akan ditutup mulut mereka dan segala keputusan dalam Pakatan Harapan hanya akan ditentukan oleh DAP.

Jika inilah strategi yang sedang dirangka oleh pimpinan Pakatan Harapan ,jangan terkejut jika BERSATU akan mendapat nasib yang sama seperti PAS yang satu ketika dahulu merupakan faktor ‘wow’ dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk memenangi hati pengundi dari kaum Melayu. Hanya selepas tersingkir dari PR, PAS menyedari selama ini mereka hanya di’keldai’kan oleh DAP serta sekutu lain dalam pembangkang untuk memecah undian bukannya menjadi kuasa pengimbang dala PR.

PRU14 yang di jangka pada 2017 pula bakal menjadi medan kepada kerjasama pembangkang dan ini adalah peluang kepada BN membuktikan bahawa hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu membawa kebaikan kepada rakyat serta pembangunan negara selepas diberikan mandat selama hampir 60 tahun oleh rakyat.

Belum ada parti yang mampu menandingi rekod cemerlang BN yang telah terbukti berbakti kepada rakyat Malaysia dan semakin cemerlang di bawah pentadbiran Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia ke-6. Pelbagai trasnformasi yang diperkenalkan beliau semakin mendapat perhatian rakyat dan ini seharusnya menjadi ukuran kepada rakyat menilai prestasi BN yang menjamin kestabilan negara dari pelbagai sudut tanpa meletakkan nasib rakyat Malaysia ke tangan kuasa asing.

No comments:

Post a Comment