Friday 19 August 2016

Pemimpin DAP Biadap - Kaitkan Sukan Dengan Politik Perkauman



DAP AMALKAN SIKAP PERKAUMAN DI MALAYSIA - KAITKAN SUKAN DENGAN POLITIK DEMI KEPENTINGAN PARTI MEREKA.


Democratic Action Party (DAP) yang selama ini mengkritik Umno dengan dakwaan sebagai satu parti rasis membuktikan sikap sebenar pemimpin dalam parti sekular sosialis tersebut. Selama ini mereka dengan lantang mendakwa Umno mengamalkan rasisme dalam segala hal namun demikian perkara sebaliknya berlaku dalam DAP sendiri.

Dalam entri komen Ronnie Liu yang merupakan seorang pemimpin kanan DAP telah mengeluarkan kenyataan berkaitan kemenangan jaguh badminton negara di sukan Olimpik yang sedang berlangsung. Kenyataannya yang menyindir mengenai kemenangan Datuk Lee Chong Wei dari kaum Cina di Malaysia dengan jelas memperlekehkan kaum lain di Malaysia. Beliau mendakwa hanya kerana DLCW berbangsa Cina, maka Ronnie cuba mengaitkan kemenangan itu dengan nada menyindir seorang VIP yang beliau gambarkan sebagai 'Hippo'.

Komen tersebut mendapat reaksi dari Cheng Beng Ong yang membuat kenyataan bahawa hanya Cina sahaja yang mampu memberikan kemenangan kepada pasukan Malaysia di Olimpik. Sikap inilah sebenarnya menjadi pegangan DAP dalam politik Malaysia dan selama DAP wujud sikap perkauman tidak pernah luput dari mereka. Doktrin 'jahat' DAP kepada ahli mereka dengan mewujudkan jurang antara kaum sangat melukakan hati rakyat Malaysia yang menyokong kemaraan pasukan Malaysia dalam misi mencari emas pertama Olimpik.

Sukan Olimpik tidak harus dijadikan bahan kempen politik oleh mana mana parti kerana ini adalah perjuangan atlit yang mewakili seluruh rakyat Malaysia dan bukannya sebagai wakil politik ke peringkat dunia. Namun sebaliknya bagi DAP yang mengambil peluang mempolitikkan segalanya demi kelangsungan parti rasis itu tanpa mengambil kira perasaan rakyat Malaysia yang menyokong jaguh badminton negara tanpa sempadan politik. 

Sempena bulan Kemerdekaan yang bakal di sambut pada 31 Ogos 2016, kemenangan dalam sukan Olimpik akan menjadi 'hadiah' dari atlit kepada seluruh rakyat Malaysia. Bagi DAP pula, mereka melihat sukan yang di dominasi oleh kaum Cina sebagai wadah politik untuk mempengaruhi pemikiran rakyat bahawa hanya satu kaum sahaja yang membolehkan Malaysia menggengam pingat emas Olimpik pertama Malaysia.

Ini wajah sebenar DAP di sebalik tuduhan mereka terhadap Umno selama ini. Rakyat Malaysia sudah matang untuk membezakan antara sukan dan politik tetapi tidak kepada DAP. Mereka akan mengambil apa sahaja isu untuk memburukkan samada pemim[pin mahupun dasar kerajaan dalam sukan di Malaysia.

Ronnie Liu wajib memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana penghinaan ini dan Cheng Beng Ong turut perlu berbuat demikian kerana beliau jelas menghina kaum lain di Malaysia. Mungkin inilah sikap 'tidak rasis' yang Presiden BERSATU maksudkan apabila mereka bakal bekerjasama untuk menumbangkan BN dalam PRU14?

Muhyiddin selaku seorang yang pernah mengaku 'pejuang Melayu' perlu memikirkan semula kata katanya yang menyelar Umno dan mengeluarkan kenyataan bahawa Umno adalah parti rasis dan DAP tidak mengamalkan sikap tersebut.

Kepada rakyat Malaysia, anda boleh menilai sikap sebenar pemimpin DAP yang selama ini bermain 'wayang pekji' dalam menyorokkan sikap sebenar mereka terhadap kaum lain di Malasyia. Walau kenyataan tersebut tidak mewakili kaum Cina secara keseluruhannya, apa yang dimuat naik oleh Ronnie Liu dan Cheng telah mengguris hati rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment