Saturday 24 September 2016

Suami 'Naga' Muncul - Beranikah Pasangan Melakukan Ujian DNA Buktikan Kesahihan Anak?

Akhirnya persoalan siapa sebenar suami kepada 'Ratu Naga' telah terjawap. Seorang pengguna laman sosial Facebook yang menggunakan nama Ezad Zainal tampil dan membuat pengakuan berkenaan.

Siri pengakuan beliau tercatat dalam status yang dinaikmuat oleh Ezad sendiri. Pengakuan ini pastinya menimbulkan persoalan hangat dalam media sosial kerana Ratu Naga sebelum ini menyorokkan identiti suaminya dan telah mengaku berkahwin dengan 'Maharaja Naga'. Beliau juga mengaku memperolehi seorang cahayamata dari perkahwinan tersebut dan kini dalam proses 'berpantang'.

Apa yang dimusykilkan ialah pengakuan berani Ezad berkenaan perkahwinannya dengan Ratu Naga atau Syarul Ema Rina Abu Samah. Dikatakan sebelum berkahwin dengan Ratu Naga, Ezad pernah mempunyai isteri dari Singapura dan beberapa orang lagi yang tidak di ketahui. Status perkahwinan Ezad dan isteri isterinya menjadi persoalan adakah mereka telah diceraikan Ezad kerana mahu mengahwini Ratu Naga?

Ezad yang dikatakan agak popular di Kuantan pernah mempunyai hubungan baik dengan seorang individu dikenali sebagai Awang Suffian namun tidak kekal kerana dikatakan Awang tidak tahan dengan sikap Ezad.

Mengapa baru kini Ezad berani mengaku beliau suami kepada Ratu Naga? Malah Ezad juga mengaku beroleh seorang anak tetapi dalam masa sama tidak berani menaikmuat gambar anak mereka seolah tidak beroleh kegembiraan sebagaimana ibubapa lain. Benar gambar anak merupakan hak ibubapa namun persoalan demi persoalan timbul membuatkan teka teki semakin panas. Malah ada suara suara dalam laman sosial mengatakan Ratu Naga tidak bersalin pun dan hanya berhelah untuk meraih simpati rakyat. Beranikah mereka membuat ujian DNA bagi membuktikan kesahihan anak itu? Ratu Naga yang dikenali sebagai 'cybertrooper sosial' giat memperlekehkan dasar kerajaan serta lantang meminta bukti dan kali ini beliau pula perlu membuktikan 'kelantangan' memberi bukti kepada pelayar media sosial.

Perlu diingatkan Ratu Naga sedang menanti perbicaraan di Mahkamah atas satu kes dan langkah Ezad ini seperti 'drama' bagi mencari simpati netizen dan membolehkan Ratu Naga terus memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri serta kabinetnya. Banyak persoalan timbul apabila pendedahan ino dilakukan menjelang tarikh perbicaraan Ratu Naga dan Ezad sendiri merupakan seorang pemain media yang anti-dasar kerajaan serta PM selama ini.

Populariti sememangnya sesuatu yang di buru Syarul Ema dan pengakuan Ezad merupakan publisiti yang beliau mahukan. Beranikah kedua duanya mengemukakan gambar 'anak' serta bukti DNA bagi menepis persoalan mengenai skrip 'drama' keluarga 'Naga' ini? Latar belakang Ezad dan Ratu Naga tidak banyak memihak kepada mereka berikutan banyak kisah 'hitam' mereka sepanjang bergelar 'cybertooper'. Malah Syarul Ema yang kini giat melakukan provokasi terhadap MO1 serta barisan kabinet PM tidak berani memberi sebarang bukti kukuh kepada setiap persoalan yang beliau timbulkan malah untuk melaporkan kepada pihak berkuasa pun Ratu Naga tidak berani.

Inikah manusia yang kononnya menjadi pejuang rakyat tetapi dalam masa sama tidak berkutik apabila diminta kemukakan bukti berkaitan dirinya? Memalukan sungguh apabila pejuang rakyat sendiri menyorokkan kebenaran hingga terpaksa menunggu Ezad membuat pengakuan bagi menyelamatkan imej 'isteri'nya yang akan berhadapan dengan kes Mahkamah. Perlu juga diingatkan Ratu Naga juga telah mengundang kemarahan rakyat Pahang apabila provokasi beliau melibatkan beberapa keping foto Sultan Pahang.

Jika Ezad dan Syarul merasakan mereka di pihak yang benar maka mereka perlu tampil membuktikan kesahihan dakwaan mereka dan kesahihan DNA anak mereka bagi meleyapkan semua persoalan. Beranikah pasangan ' Naga' ini?

No comments:

Post a Comment