Saturday 15 October 2016

BERSIH 5 Penang-Bagan Tiang - Penganjur Dapat Permit Himpunan Haram Jatuhkan Kerajaan?

Siri jelajah BERSIH 5 dari Pulau Pinang ke Bagan Tiang yang mendapat bantahan penduduk sekitar dikatakan tidak mendapat permit Akta Perhimpunan Aman (APA) namun penganjur tetap melaksanakannya mengikut jadual mereka. Benarkah dakwaan ini atau ada bukti pihak penganjur telah memperolehi permit bagi menganjurkan Himpunan Haram tersebut?

Pencabulan undang undang jelas telah dilakukan oleh penganjur jelajah BERSIH 5 tanpa mempedulikan sebarang kekangan akta mahupun keperluan memohon permit bagi himpunan tersebut. Sekumpulan penduduk Bagan Tiang telah membantah perkara tersebut dari berlaku namun tiada tindakan di ambil oleh pihak berkuasa terhadap penganjur setakat ini.

Mengapa BERSIH 5 boleh melakukan perkara yang terang terang melanggar undang undang yang termaktub tanpa sebarang tindakan menghalang atau menggagalkan dilakukan pihak bertanggungjawap? Rakyat tahu BERSIH 5 dilabelkan sebagai demonstrasi haram dan banyak kerosakan telah dilakukan dalam siri demo haram BERSIH sebelum ini.

Adakah pihak BERSIH 5 terlalu kebal dan berdiri di atas undang undang hingga tidak boleh di sentuh langsung? Mengapa satu bentuk perhimpunan yang menghasut rakyat menentang kerajaan yang di pilih berdasarkan sistem demokrasi sentiasa terlepas dari sebarang tindakan undang undang? Polis DiRaja Malaysia perlu bertegas dalam melaksanakan Undang Undang terhadap penganjur yang jelas menghasut rakyat menyertai demo haram dan ini bertentangan dengan prinsip Kedaulatan Undang Undang yang terdapat dalam Perlembagaan Negara.

No comments:

Post a Comment