Saturday 22 October 2016

BIRO TATANEGARA TERAP MODUL MAKI HAMUN -Zaharin Yasin

Selepas video memaki Perdana Menteri dengan ayat 'Kepala butoh kau Najib Razak', aktivis media sosial yang juga seorang ketua cawangan Umno Bahagian Bandar Tun Razak Zaharin Yasin hari ini mendakwa Biro Tata Negara menerapkan elemen maki hamun dalam kursus yang di selia BTN.

Mendakwa mendapat latihan pada akhir 80an dari BTN, Zaharin menegaskan sememangnya BTN mengajar untuk setiap pelatih BTN mencarut serta memaki hamun terhadap sesiapa sahaja jika merasakan perlu berbuat demikian. Dakwaan itu di buat Zaharin dalam entri laman facebook miliknya.

Zaharin mendakwa seorang pelatih yang bernama Othman Balak merupakan orang yang bertanggungjawap melatihnya memaki hamun siang dan malam sepanjang mengikuti kursus BTN Pelapis Umno sekitar lewat 80an.

Benarkah terdapat modul khas memaki hamun 'Apa utuh' seperti yang didakwa Zaharin? Biro Tata Negara di bawah kendalian Dato Ibrahim Saad perlu menjawap isu ini kerana dakwaan Zaharin sebenarnya serius dan berkait rapat dengan intergriti BTN sebagai agensi latihan bagi meningkatkan rasa kecintaan kepada negara dan bukannya memaki hamun.

Benarkah dakwaan Zaharin itu? BTN pula mungkin terlepas pandang dan menganggap dakwaan ini enteng dan mengambil jalan mudah namun tuduhan Zaharin ini sebenarnya mencalar imej BTN tanpa disedari. Apa pandangan netizen jika dakwaan Zaharin ini di putarbelit oleh pembangkang yang sememangnya sentiasa mencari kesalahan kerajaan?

Benarkah Othman Balak mengajar Zaharin Yasin modul memaki hamun? Sungguh mendukacitakan jika benar dakwaan Zaharin bahawa tenaga pengajar BTN sentiasa menerapkan maki hamun sebagai sebahagian latihan BTN. Apa pula penerimaan mereka yang pernah dan bakal diarahkan mengikuti kursus BTN?

Pengarah BTN perlu menyiasat perkara ini dan mengeluarkan kenyataan jika dakwaan Zaharin tidak benar.

4 comments:

  1. Ibrahim Saad tak perlu menjawab.. Terang-terang Zaharin kata masa tu zaman 80-an.. Sekarang dah masuk tahun 2016.. Banyak dah berubah.. Modul pun dah berubah.. Yang tak berubah pemikiran orang-orang sebegini lah.. Nasib baik ada BTN tu.. Kalau tak, pasti huru hara negara ni.. Dengan BTN la ramai anak-anak muda memahami nilai-nilai kenegaraan dan patriotisme berteraskan perlembagaan dan rukun negara.. Usah terkongkong dengan pemikiran 80-an.. Beranikan diri, join program BTN zaman sekarang ni.. Baru boleh sembang deras pasal BTN ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih..admin memandang serius kerana dakwaan zaharin berkaitan modul maki hamun. Sudah tentu sekarang tidak lagi diterapkan dengan cara begitu dan untuk pengetahuan admin pernah berada dalam kursus BTN sendiri dan ia sangat relevan bagi meningkatkan rasa kecintaan kepada negara.

      Delete
  2. Siapa Othman Balak? Pokok Balak banyaklah kat BTN.. Lamanya tahun 80-an tu.. Tak lahir lagi la.. Tapi baru-baru ni pergi BTN ikuti program guru-guru macam best aje BTN.. Naik semangat plak aku lepas ikut program BTN.. Lebih-lebih lagi bila dengar ada member yang nak join Bersih 5.0 tu.. Rasa nak bagi penyepak aje pada dia.. Baik-baik negara aman, nak bagi jadi huru hara plak.. Rasanya elok admin cuba fikir.. Apa kaitan BTN zaman 80-an dengan BTN di alaf baru? Perdana Menteri pun dan 3 kali berubah.. Inikan pula modul BTN.. Tapi serius cakap.. Eloklah pegi kursus anjuran BTN.. Confirm tak menyesal..

    ReplyDelete
  3. Kodok biar aman dalam tempurungnya
    Jangan digerak kelak bangun membuat hingar
    Berminyak sejuk lupakan dunia luar
    Selesa dlm legar tempurungnya

    Kodok....
    Nyanyinya zaman mula memencil diri
    Tanpa buka mata terus berlagi
    Kasihanilah kodok
    Hujan tidak turun tp digigit anjing
    Lantarang bising mengganggu sunyi

    Kodok.....
    Belajarlah membaca
    Belajarla mengira
    Kelak bodoh boleh dihitung
    Buta masih boleh mengira

    ReplyDelete