Tuesday 18 October 2016

DAP LATIH PELAJAR UNIVERSITI SEBAGAI 'PEKERJA POLITIK JALANAN'?- SIAPA BIAYA JIKA TERSINGKIR DARI PENGAJIAN?






ANIS SYAFIQAH WAJAR FAHAMI AKTA AUKU SEBELUM TERJUN POLITIK JALANAN,
TIADA SEBAB UNTUK TARIK SEMULA SURAT TUNJUK SEBAB


Surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Universiti Malaya terhadap Anis Syafiqah tidak menyalahi peruntukan yang telah ditetapkan dalam mana mana seksyen Akta AUKU (Akta Kolej dan Universiti)  A1433  Penggantian Seksyen 15 yang menyebut.


  • 15 (2) (b) - menjadi ahli mana mana persatuan,pertubuhan ,badan atau kumpulan orang, yang bukannya satu parti politik, yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu, atau
  • 15 (2) (c) - terlibat dalam aktiviti politik dalam kampus
  • 15 (3) - seseorang pelajar Universiti dan mana mana persatuan, pertubuhan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, tidak boleh menyatakan atau melakukan apa apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap - (a) Mana mana persatuan, pertubuhan,badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang undang, samada di dalam atau di luar Malaysia. (b) Mana mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu
Surat yang bertarikh 12 Oktober2016 yang ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Profesor Dato Dr Rohana Yusof mendakwa 'Anis telah merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kepentingan, kesejahteraan dan nama baik Universiti' ekoran penglibatannya dalam kempen Tangkap MO1 anjuran Democratic Action Party (DAP).

Ternyata tindakan yang dilakukan oleh pihak Universiti mematuhi Akta AUKU seperti yang telah ditetapkan kepada semua pelajar Universiti di Malaysia dan bukan untuk mematikan demokrasi seperti di dakwa oleh DAP. Maka tidak wujud sebarang tekanan politik terhadap pihak Universiti Malaya dalam isu surat tunjuk sebab terhadap Anis Syafiqah.

Anis yang terpengaruh dengan kempen oleh DAP hanya berpandukan laporan yang dikeluarkan DoJ di mana penama bagi MO1 tidak dinyatakan oleh DoJ atau pihak lain. Persepsi yang cuba dibenamkan kepada pelajar adalah 'menelan segala pandangan' dari pihak luar sekaligus meletakkan satu takrifan pihak berkuasa Malaysia tidak mampu untuk melakukan sebarang siasatan. Mengapa ini yang sering DAP tanamkan kepada pelajar Universiti? Anakamuda merupakan generasi yang paling mudah terpengaruh lantaran dunia maya di hujung jari yang menjadi 'trend' terkini untuk mengetahui sebarang berita dari seluruh dunia walau kesahihan tidak di ketahui.

Tindakan Sekolah Demokrasi (DAP) menggesa supaya pihak Universiti menarik balik surat tunjuk sebab kepada Anis sebenarnya membongkar kelemahan pemahaman Akta AUKU di Sekolah Demokrasi (DAP). Mereka terlalu ingin memberi kebebasan kepada pelajar yang sepatunya menumpukan pengajian sebelum terjun ke bidang politik jalanan. Adakah DAP memang mahu mewujudkan satu gerombolan pelajar yang boleh dikerahkan turun ke jalanraya setiap kali tidak berpuashati dengan kerajaan sedangkan dalam waktu sama mereka 'kononnya' menjunjung sistem Demokrasi Berpelembagaan? 


Pelbagai kempen jalanan telah dianjurkan bersama oleh DAP bersama NGO yang bertopeng di mana akhirnya pelajar akan menerima akibat dari penglibatan mereka. Kemana arah pelajar ini jika didapati bersalah dan menerima hukuman? Adakah DAP akan menjamin masa depan mereka serta menanggung pengajian pelajar terbabit atau lebih hebat lagi pelajar dijadikan 'Pekerja Politik' untuk DAP?

No comments:

Post a Comment