Saturday 8 October 2016

Mahfuz Bakal Sertai PPBM - Engkar Arahan Presiden Pas?

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah mengambil ketetapan menegah semua ahli mereka dari mengambil bahagian dalam demonstrasi haram yang dianjurkan oleh BERSIH di seluruh negara. Bagi Presiden Pas, demonstrasi Bersih 5 bukan cara PAS dalam berpolitik secara matang dan mereka masih berpegang kepada sistem demokrasi berparlimen.

Namun demikian kehadiran Mahfuz Omar semalam dalam demonstrasi haram Bersih 5 di Kedah menimbulkan tandatanya pendiriannya selaku ahli Pas atau akan mengikut jejak Husam Musa yang telah menyertai Amanah selepas di pecat dari PAS. Beliau yang kelihatan gembira bersama mantan Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir, mungkin sudah tidak berminat lagi dengan PAS dan mula memikirkan strategi baru politiknya di Kedah.

Mahfuz perlu tampil dan menetapkan pendiriannya berkaitan demonstrasi haram Bersih 5 dan mengapa beliau masih tidak tahu 'malu' berhadapan dengan wakil DAP yang telah menghalai PAS dari Pakatan Rakyat selepas Amanah ditubuhkan oleh Mat Sabu.

Adakah Mahfuz mahu menunjukkan protes terhadap Hj Hadi Awang yang kini dikatakan berbaik dengan Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak atas nama kepentingan umat Islam Malaysia? Mahfuz mungkin masih lagi 'bermimpi' untuk terus berada dalam dakapan Pakatan Harapan dan mahu terus menjadi 'Khadam' kepada DAP untuk memastikan karier politiknya tidak terhenti.

Mungkinkah Mahfuz berminat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana hubungan baik beliau dengan Mukhriz dan Mahathir dalam perancangan menjatuhkan Najib dan Barisan Nasional pada PRU14. Mahfuz yang pernah mencetus fenomena 'Mr Bean' kerana gagal menghubungi Sirul Azhar untuk membuktikan kaitan Najib dalam kes wanita Mongolia juga merupakan antara yang sering tidak mematuhi ketetapan parti dan dikatakan menerima dasar liberalisme yang pernah cuba dibawakan segelintir ahli PAS kedalam parti tersebut.

Mungkinkah Mahfuz akan menjadi penyebab kehancuran PAS Kedah kerana tindakannya menetang arus? Siapa tahu 'hati' Mahfuz?

No comments:

Post a Comment