Wednesday 9 November 2016

IMAGINASI MELAMPAU MALAYSIAKINI HANYA UNTUK MERAIH PEMBACA - TIDAK MENJELASKAN ISU SEBENAR




IMAGINASI TINGGI WARTAWAN MALAYSIAKINI HANYA UNTUK MERAIH MINAT PEMBACA

Kritikan dari pembangkang mengenai harga projek ECRL (Landasan Keretapi Pantai Timur) yang mereka dakwa sebagai terlalu mahal telah di jawap oleh Dato Rahman Dahlan. Namun pembangkang tetap pembangkang apabila menyatakan landasan tersebut boleh di buat dengan kos pembuatan ECRL boleh direndahkan hanyalah retorik pembangkang semata-mata yang mahu memberi pandangan buruk terhadap projek yang bakal memberi manfaat besar kepada pertumbuhan ekonomi negara kelak.

http://www.malaysiakini.com/news/362283

Malaysiakini yang meletakkan komentar seorang eksekutif syarikat pembinaan bagaimanapun tidak berani mendedahkan siapakah orang itu dan di percayai kenyataan tersebut merupakan imaginasi portal tersebut yang terkenal suka memutar belit sebarang kenyataan yang boleh memberi imej buruk terhadap kerajaan.

Kos RM91.67 juta (di dakwa pihak pembangkang) bagi setiap kilometer rel baru untuk projek berkenaan, ia dianggap munasabah dengan kenaikan harga bahan mentah pembinaan yang semestinya memerlukan 'standard' tinggi untuk memastikan keselamatan serta efisensi rel berkenaan apabila siap kelak serta jangka hayat rel sebelum memerlukan penyelenggaraan berkala.

Malaysiakini turut menaikmuat komen penganalisis yang tidak di kenali sebagai berkata "terdapat unsur terlebih bayar tetapi tidak pasti apa perkaranya. Pengangkutan kereta api negeri tidak secara umumnya menelan kos yang begitu banyak". Apa maksud Malaysiakini dengan komentar sebegitu dan tidak mengimbangi komen balas dari Rahman Dahlan? Jelas sekali portal tersebut cuba bermain persepsi negatif bagi membuat rakyat berfikiran bahawa kerajaan membazirkan wang untuk sebuah projek yang bertaraf 'Mega'.

Bagaimana pula penganalisis tersebut menyatakan tiada keperluan membina terowong merentasi banjaran Titiwangsa dengan hanya memetik laporan theedgemarkets.com? Adakah penganalisis tersebut faham geografi Malaysia di mana Banjaran Titiwangsa membentuk semenanjung Malaysia dan menjadi pemisah antara Timur dan Barat Semenanjung?

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang mempertikaikan kos ECRL pula di lihat berat sebelah apabila hanya mempertikaikan kos projek yang di rancang kerajaan Barisan Nasional sebaliknya beliau menjadi 'Patung Cendana' apabila kerajaan DAP Pulau Pinang membelanjakan sejumlah RM30 juta hanya untuk laluan basikal yang hanya sejauh 12km. Menbandingkan jarak landasan berkembar dari Johor Bahru ke Seremban, Mahfuz tidak bijak apabila tidak mengambil kira faktor mukabumi merentas Titiwangsa, malah beliau mungkin tidak sedar mengapa kos meningkat apabila rel berkenaan dipanjangkan dari Gombak ke Klang. 

Mahfuz sendiri tidak berani mempersoalkan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan dan hanya menumpang kenyataan pihak lain bagi mencari populariti diri sendiri. Beranikah Mahfuz mempersoalkan mengenai pembaziran RM300juta hanya untuk kertas kerja terowong dasar laut di P.Pinang? Mengapa Malaysiakini tidak turut mempertikaikan pembaziran ini dengan menyoal eksekutif pembinaan yang punyai pengalaman membina terowong dasar laut di Eropah?

Matematik mudah bagi Mahfuz fahami pembaziran wang Rakyat yang dilakukan DAP P.Pinang ialah RM30 juta dibahagikan 12km bersamaan RM2.5 juta setiap kilometer laluan basikal yang tidak menjana ekonomi rakyat P.Pinang. Belum lagi kisah penyelewengan PKR yang didedahkan aktivis PKR sendiri. Mengapa Mahfuz tidak menyoal mengenai pembaziran tersebut?

Dalam laporan Malaysiakini turut menyatakan eksekutif berkenaan menyatakan beliau percaya kos keseluruhan projek ECRL hanya RM32 billion namun itu berdasarkan kepada anggaran rakan sekerja industri pembinaan dari Eropah. Bagaimanapun Menteri Pengangkutan Dato Seri Liow Tiong Lai menjelaskan kos RM55 billion ECRL tidak hanya membabitkan kos pembinaan semata mata.

Siapakah eksekutif berkenaan dan rakan sekerjanya seperti di dakwa Malaysiakini? Adakah watak itu hanya imaginasi penulis Malaysiakini bagi meraih perhatian pembaca?

Permainan licik Malaysiakini yang memberi laporan berat sebelah sering menjadi rujukan pembangkang bagi menabur propaganda negatif terhadap apa juga usaha kerajaan yang dilakukan untuk rakyat. Mengapa Malaysiakini sering bertindak memutar belit kenyataan yang sepatutnya mudah difahami rakyat? Tidak menghairankan semasa PRN Sarawak salah seorang wartawan mereka di halau keluar dari Sarawak kerana menyiarkan dan memutar belit kenyataan semasa kempen pilihanraya di negeri tersebut.

Berikut adalah penjelasan mengenai projek ECRL yang di petik dari Facebook Azanisham Samat.

Baca SINI

Sesuatu yang perlu kita faham mengenai ECRL adalah ia merupakan landasan keretapi Port to Port:- yang menghubungkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra - Lapangan Terbang Kertih - Pelabuhan Kertih - Pelabuhan Kemaman, Pelabuhan Kuantan hingga ke Pelabuhan Klang.

Memang ada kajian dibuat pada tahun 1981 untuk membina keretapi ke Terengganu, tetapi kajian tersebut mendapati pembinaan landasan keretapi tersebut tidak ekonomikal kerana didapati 10% sahaja rakyat Terengganu bakal menjadi pelanggan keretapi tersebut.

Berbanding dengan ECRL yang bertujuan untuk memperkasakan ECER (East Coast Economic Region) bagi menghubungkan daerah-daerah yang direkayasakan untuk pembangunan Industri.

Pembinaan landasan keretapi ini bakal memberdayakan contohnya Kertih Integrated Petrochemical Complex :- kompleks industri ethylene dan polyethylene. KIPC ini mampu menyimpan dan mengedarkan sehingga 2.7 juta tan ethylene dan polyethylene setiap tahun. Fasaliti marin KIPC mampu menampung sehingga 6 kapal tangki seberat 40,000 tan.

Begitu juga dengan Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) yang dibangunkan di atas tanah seluas 685 hektar dengan sasaran pembinaan industri berat dan berteknologi tinggi seperti produk besi, elektrik, elektronik, teknologi maklumat dan lain-lain.

Keperluan bahan mentah yang krusial sedang dihadapi oleh Gambang Halal Park :- Taman Industri yang memfokuskan pengeluaran makan halal dan juga produk halal bukan makanan seperti farmaseutikal, kosmetik dan lain-lain.

Pada tahun 2010, satu kajian Business, Strategic, Implementation and Planning (BSIP) telah dilakukan oleh Malaysian Industry Government Group for High Technology (MIGHT):- menyarankan pembangunan infrastruktur yang teliti dan berskala komprehensif perlu dilakukan bagi memastikan kelangsungan Kemaman Heavy Industry Park.

ECRL ini juga amat penting kepada Gebeng Integrated Petrochemical Complex (GIPC), Kuantan Integrated Biopark, dan Pekan Automotive Park (PAP).

Pekan Automotive Park yang memasang kereta Volkswagen, Suzuki dan Mercedes memerlukan pengangkutan berskala masif bagi memastikan pengedaran yang ekonomikal ke seluruh negara. PAP dijangka melahirkan 270 usahawan baharu dan 28,338 pekerjaan menjelang 2020.

Pengedaran produk pertanian bagi memastikan kestabilan harga dan bekalan juga akan menerima impak positif dari pembinaan ECRL ini dimana ianya akan memenfaatkan industri tenusu di Cattle Research and Innovation Centre in Muadzam Shah yang memfokuskan kajian penternakan lembu dan pengeluaran susu. Pusat ini bakal menarik pelaburan swasta dalam industri tenusu di 3 buah ladang komersial di Terengganu, Kelantan dan Mersing selain memenfaatkan 100 ladan satelit baru di Pantai Timur.

Produk berasaskan kambing di Kuala Berang dan Telaga PApan Terengganu juga bakal menerima menfaat dari ECRL bagi membolehkan bekalan daging kambing diedarkan dengan lebih murah.

Bagi industri perikanan pula, ECRL merupakan pengangkutan termurah dan bakal menguntungkan Taman Pemprosesan Ikan di Tanah Putih, Kuantan, Marine Fish Hatchery and Fish Seed Marketing Centre di Merchong, Pahang malahan bakal bertempiasan sehingga ke Taman Integrasi Perikanan Tok Bali, Kelantan, Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan, Pengkalan Kubor, Kelantan yang bakal memproses sehingga 82,000 liter budu.

Ini cuma sebahagian industri yang bakal menerima menfaat dari ECRL. Berdasarkan kajian yang dibuat pada 1981, sasaran pasaran untuk penumpang keretapi hanyalah 10% manakala keperluan industri hari ini dijangka melibatkan 90% pasaran.

ECRL diperlukan bagi memudahkan pengedaran produk siap dan mengalirkan bahan mentah secara ekonomikal dari/ke Pantai Timur.

Dari segi aspek sosial pula, ECRL dijangka mengurangkan kos perumahan yang tertumpu di lokasi strategik di bandar sahaja serta membolehkan pengangkutan tenaga buruh dalam jarak lingkungan yang lebih besar dan jauh.















No comments:

Post a Comment