Wednesday 16 November 2016

'HANTU JAMBATAN' MAHU GIGIT LIM GUAN ENG - NOTA DI JUMPAI DI BAWAH JAMBATAN PULAU PINANG.



GEMPAR!!! ADA HANTU MAHU GIGIT LIM GUAN ENG PULA

Selepas digemparkan dengan 'nota balasan' tragedi seorang peniaga yang terjun dari jambatan Pulau Pinang, ada nota terbaru di temuidi bawah laluan jambatan sama pada hari ini. Di percayai 'Nota' kali ini ditujukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan DAP yang mahu menganjurkan satu program mengaitkan kisah 'penerjun jambatan' yang meminta surat amanatnya diviralkan.

Antara kandungan 'Nota' tersebut, satu kecaman telah diluahkan kerana kerajaan negeri dan DAP seperti mahu mengambil kesempatan di atas tragedi yang menimpa dan di politikkan demi kepentingan DAP yang semakin sukar mempertahankan keyakinan RAKYAT berikutan kes RASUAH yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu pembelian banglo di bawah harga sebenar.

"saya amat terkilan apabila kematian saya diperjudikan demi kepentingan parti yang memerintah Pulau Pinang. Selepas kematian saya baru baru ini,saya dapat lihat banyak kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, yang terbaru apabila saya menyelam ke Pulau Jerjak saya dapati sudah batu batu (kuari) di pulau tersebut dan dapati pulau tersebut telah tergadai dan bukan hak Pulau Pinang".

"saya amat tidak puas hati dengan kerajaan negeri yang membuat program"Tragedi Lahar Yooi" untuk kepentingan politik Lim Guan Eng. Saya mengecam Lim Guan Eng kerana membuat program akan mengaibkan saya dan keluarga dan seluruh rakyat Pulau Pinang yang menjual rokok seludup. Program ini MESTI DIHENTIKAN!"

*terimakasih kepada yang menghantar rokok JOHN baru baru ini, itu bukan rokok JOHN setan! Itu rokok ROTHMAN! Jangan sampai saya mai gigit Lim Guan Eng.

Ketua Bahagian Umno Bagan turut mengecam tindakan DAP yang mahu menggunakan tragedi yang menimpa mangsa dengan program 'Forum Tragedi Lahar Yooi' yang di jangka akan berlangsung di Dewan Muhibbah Merbau Kudong,Pulau Pinang pada 17 November 2016.

Mengapa DAP seperti tidak mempunyai keperimanusiaan apabila masih mahu menggunakan kisah tersebut untuk meraih simpati rakyat kononnya kerajaan sediada zalim?Siapa lebih zalim sebenarnya? Menggnakan tragedi untuk mencari sokongan politik secara jijik merupakan taktik DAP dan ini sering digunapakai apabila sudah terdesak. Rakyat Pulau Pinang perlu MENGHUKUM DAP  pada PRU14 dengan menolak seluruh kepimpinan DAP daripada terus merosakkan negeri tersebut.

 Anak muda kini telah disahkan mempunyai kehidupan yang senang oleh Ketua AMK dari PKR Ampang apabila foto sebuah banglo tersebar di laman media sosial. Kerajaan DAP sebenarnya sudah hilang taring di Pulau Pinang dan Lim Guan Eng pula seperti sudah tahu kisahnya akan berakhir di belakang tirai besi telah menamakan pengganti beliau.




No comments:

Post a Comment