Wednesday 16 November 2016

BERSIH5 - SUARAM JUGA TERIMA DANA SOROS UNTUK BELA PESERTA LANGGAR UNDANG UNDANG NEGARA?

Dua poster yang memaparkan nombor yang perlu peserta BERSIH5 hubungi jika mereka di tahan pihak berkuasa sudah mula disebarkan di media sosial.

Walaupun himpunan BERSIH5 yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka tidak mendapat kelulusan DBKL, penganjur tidak mempedulikan segala amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa. Malah mereka semakin giat mempromosi himpunan yang boleh di anggap sebagai demonstrasi haram, penganjur cuba pula mempengaruhi bakal peserta dengan nombor telefon yang perlu mereka hubungi seandainya pihak PDRM bertindak menahan mereka.

Poster yang menampilkan nama sebuah NGO bernama SUARAM mula diviralkan oleh penggiat media pembangkang 'berbayar' bagi meyakinkan peserta untuk menyertai demo haram pada 19 November ini. Timbul persoalan adakah SUARAM turut menerima 'DANA SOROS' sebagaimana yang BERSIH terima seperti yang diakui pengerusinya?

Jika benar SUARAM menerima ' DANA SOROS' maka statusnya sebagai sebuah pertubuhan berkecuali mungkin boleh dipertimbangkan untuk pembatalan.

Benarkah SUARAM turut menerima dana asing bagi usaha menjatuhkan kerajaan yang di pilih rakyat secara demokrasi pada PRU13 lepas? Mungkin SUARAM juga perlu mengemukakan siapa pemberi DANA bagi membiayai keseluruhan kos yang mereka tanggung bagi menjamin peserta BERSIH5 kali ini.

Mungkinkah perkara ini akan menarik minat SPRM atau PDRM menyiasat SUARAM?

Berikut adalah petikan sebahagian dari Perlembagaan Negara melibatkan sebarang perhimpunan.

Himpunan BERSIH5 yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka tidak mendapat kelulusan DBKL, penganjur tidak mempedulikan segala amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa - Menurut Perlembagaan Malaysia.

Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.


(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan—


(a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau

(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau

(c) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau

(d) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; atau

(e) yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau

(f) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,

Bahagian XI kuasa khas perbuatan subversif keganasan terancang dan perbuatan dan jenayah yang memudaratkan orang awam dan kuasa darurat  


Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.


(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan—


(a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau

(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau

(c) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau

(d) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; atau

(e) yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau

(f) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,

No comments:

Post a Comment