Wednesday 30 November 2016

UMNO KULAI TIADA WANG BANTU AHLI SETIA - KETUA PEMUDA CAWANGAN HADAPI MASALAH BERSENDIRIAN







SETIA DENGAN UMNO WALAU MOHON BANTUAN TIDAK DI LAYAN.

Anak syarikat Khazanah Holdings, Themed Attractions Resorts And Hotels dikenali sebagai Cameron Highlands Sdn Bhd bertindak membuang pekerja secara 'halus'. Sebagai sebuah anak syarikat korporat ternama tindakan membuang pekerja dilakukan tanpa sebab munasabah.

Antara yang menerima nasib buruk tersebut ialah saudara Zamri Bin Senin yang merupakan Ketua Pemuda Cawangan Umno Kampung Seri Sempurna, Bahagian Kulai Johor. Beliau yang telah berkhidmat dalam syarikat tersebut selama setahun sebagai 'Assistant Vice President Project Development' diberhentikan atas kerenah 'Industrial Court'. Syarikat yang bertindak menganggukan pengesahan jawatan beliau selama setahun tidak memberi apa apa alasan memberhentikan beliau dari tugasannya.

Selama 23 tahun beliau memberi khidmat untuk Umno dan kini apabila beliau di timpa kesusahan, segala jasanya tidak di pandang. Memegang nombor keahlian 03341953, Zamri tidak pernah beralih arah politik walau di landa masalah dan ini membuktikan semangatnya untuk parti tidak pernah luntur.

Beliau yang menyara ibu dan ibu mertua yang sedang terlantar sakit serta 4 orang anak yatim, pernah meminta bantuan Baitulmal Johor tetapi tidak mendapat layanan yang sepatutnya dan tiada sebarang jawapan diberikan kepada beliau. Tidak mengalah, beliau cuba meminta dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor dan Ketua Umno Bahagian Kulai namun hasilnya mengecewakan.

Di temui dalam Persidangan Agung Umno 2016 di Putra World Trade Centre, beliau buntu untk meluahkan masalah yang dihadapi. Selain bertanggungjawab menjaga kebajikan keluarga, beliau juga sedang menderita penyakit 'GAD' (Generalized Anxitty Disorder) atau pun panik melampau.

Beliau yang berada di PWTC untuk mengikuti PAU2016 sehingga 4 Disember 2016 sedang mencari pekerjaan selain mengikuti sidang Umno. Semangat perjuangan beliau untuk parti tidak pernah luntur walau menghadapi pelbagai dugaan. 

Mungkinkah masih ada sinar buat saudara Zamri yang kini masih berjuang untuk keluarganya dan peluang pekerjaan berikutan segala wang simpanannya telah habis diperuntukkan bagi kebajikan keluarganya selain berjuang untuk Umno Johor.

No comments:

Post a Comment