Wednesday 1 March 2017

'LEMBU SIBER' TUDUH TUDM BOM RAKYAT YAMAN - SIAPA SALUR MAKLUMAT?


'LEMBU SIBER' MAHATHIR KIAN TERDESAK BURUKKAN NEGARA



Siri penceritaan berbaur pembohongan sering menjadi bahan yang akan dipercayai rakyat terutama mereka yang telah terpesong pemikirannya dari menilai kebenaran dan penipuan.

Dalam era fenomena media sosial menjadi sumber utama berita sebaran, terdapat segelintir individu cuba mewujudkan persepsi kerajaan sedia ada di bawah Najib Razak akan menjual 'maruah' negara demi mencukupkan sumber kewangan bagi menampung perbelanjaan mentadbir Malaysia.

Mohd Hanizam Yunus atau dikenali sebagai 'Blue Ocean'  merupakan sebahagian daripada jentera 'lembu siber' kepimpinan Bersatu cuba mengalih perhatian rakyat yang teruja dengan kehadiran Raja Arab Saudi, Raja Salman ke Malaysia yang boleh di anggap sebagai kejayaan Najib menarik pelabur dari negara pengeluar minyak dunia. Dengan pelaburan sebanyak USD 7billion bersamaan hampir RM30 billion, pelaburan ini membuktikan kepercayaan negara Arab terhadap kepimpinan Najib Razak yang memacu ekonomi Malaysia seiring dengan kepesatan global.

Hanizam mendakwa tentera udara Malaysia terlibat mengebom rakyat di Yaman kerana telah khidmat mereka di bayar oleh pihak ketiga. Dari mana datangnya kebenaran dakwaan Hanizam Yunus ini? Mendakwa Najib menyerahkan lapangan terbang milik TUDM di Sungai Besi kepada pihak Komunis China juga amat berat jika di teliti kerana ini melibatkan maruah negara.

Pihak Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia wajar menyiasat dakwaan Hanizam kerana ini berkaitan soal Angkatan Tentera Malaysia dan keselamatan negara. Fenomena 'Lembu Siber' ini sering mengeluarkan kenyataan yang keterlaluan dalam media sosial dan tidak menghairankan jika mereka akan berbuat apa sahaja bagi memburukkan Najib Razak selaras dengan arahan pihak tertentu dalam 'Bilik Perang Saraf Media Sosial' pembangkang. 

Mungkin tertekan dengan ketenangan Najib menangani semua pertuduhan yang pernah dilemparkan, kini mereka menggunakan cara agresif hingga sanggup meletakkan Malaysia sebagai sebahagian dari negara pengganas seperti di dakwa Hanizam. Rakyat akan memerhati dengan teliti dan mereka pasti tidak akan menggadaikan keamanan dan kemakmuran negara hanya untuk pihak yang sedang 'GILA KUASA'.

Pautan kepada dakwaan Hanizam Yunus Klik : SINI

No comments:

Post a Comment