Tuesday 4 April 2017

BEBAS RASUAH JALIN KERJASAMA DENGAN PENDOKONG RASUAH???

PEMILIK KOTAK GELANDANGAN ENGGAN PULANG TIKARNYA.

Dalam bahasa mudah, kini politik penentang kerajaan semakin menghampiri tahap 'Gila' apabila sebuah parti (belum mendapat kelulusan ROS) berminat menyertai Pakatan Harapan.

Pengasas parti tersebut yang terkenal dengan 'Kotak Rahsia' merupakan seorang individu yang mampu membuat seisi negara tertawa apabila beliau bersama 'Rakan Kongsi' yang pernah bangkrap satu masa dahulu mengisytiharkan parti mereka 'Bebas Rasuah'.

Amat melucukan apabila parti tersebut telah menghantar surat 'tunjuk minat' kepada Ketua Sekreteriat Pakatan Harapan dan menyatakan hasrat agar dapat bersama demi aspirasi Parti Bebas Rasuah yang mahu memastikan Malaysia serta parti politik dan pemimpin bebas rasuah.

Adakah pengasas PBR sedar bahawa ada parti dalam PH kini sedang berhadapan dengan masalah rasuah hingga seorang Ketua Menteri daripada PH akan dihadapkan ke Mahkamah berikutan skandal rasuah pemilikan banglo di bawah harga pasaran? Itu belum lagi kisah skandal Menteri Besar dari PKR yang dikatakan bakal berhadapan dengan tindakan kerana penyelewengan dana?

Sebenarnya selepas membawa 'Kotak Kotak Doremon', pengasas PBR sudah kehilangan arah tujuan politik dan kini cuba meyakinkan bahawa beliau memang mahu membenteras rasuah. Tambah melucukan beliau hingga ke hari ini masih belum mendedahkan apa kandungan kotak pandora yang diusungnya ke hulu dan ke hilir.

Sudah hilang kewarasankah PBR menjalinkan kerjasama dengan sekutu politik yang penuh dengan kisah rasuah tersendiri? Atau lebih memilukan mereka sebenarnya mencari dahan berpaut selepas ada individu yang 'kantoi' dengan siri penipuan ketika awal penubuhan parti Bunga?

Rakyat sebenarnya sudah muak dengan lakonan 'Grammy Awards' pengasas PBR yang kini mula ditempelak sebagai 'Katak Kotak'. Mereka perlu memandang serius hasrat kerjasama dan menjalin persefahaman dengan parti yang bermasalah seperti PH.

Biarlah RAKYAT menilai apa kualiti yang ada pada pengasas PBR ini. Sampai masa dan ketika PBR akan hanya boleh di lihat dalam muzium.

No comments:

Post a Comment