Tuesday 4 April 2017

PPBM SEMAKIN CELARU KERANA REBUT 'HARTA AHMAD ALBAB'?


PPBM BERGOLAK - HILANG SOKONGAN PENDUKUNG UTAMA

Apabila menyentuh mengenai perkembangan semasa politik pembangkang sudah tentu tumpuan diberikan kepada beberapa siri kejutan sejak beberapa hari kebelakangan. Paling mencuri tumpuan ialah pergolakan yang berlaku di dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berikutan penarikan sokongan dari satu entiti yang pernah cuba menggoyahkan Umno.

Amat menarik jika di teliti dari kenyataan Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang menyatakan pendirian mereka. Ditubuhkan oleh individu yang 'taksub' kepada Mahathir, GKCM memberi sokongan penuh kepada PPBM untuk menjatuhkan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional yang ketika ini diterajui oleh Dato Sri Mohd Najib Razak.

Antara intipati penarikan sokongan GKCM ialah -

PPBM tidak berjaya menepati citarasa politik generasi masa kini dalam penjenamaan politik baru yang ditagihkan oleh rakyat yang dahagakan perubahan.

GKCM melihat PPBM lebih kepada matlamat peribadi para pemimpin yang berusaha untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka daripada perjuangan untuk masa depan Malaysia yang gemilang.

Pemilihan Ketua-ketua Bahagian dari kalangan mereka yang tidak berwibawa dengan mengetepikan mereka yang telah bersusah payah sehingga PPBM diterima ramai dilihat sebagai amalan kuno yang akan memulakan keretakan besar dalam parti dan tidak boleh diterima sama sekali.

Kini semakin jelas perjuangan kepimpinan PPBM hanyalah retorik dan berlandaskan 'nafsu politik' dan bukan untuk rakyat seperti yang di dakwa kepimpinan mereka.

Memburukkan keadaan satu salinan perbualan dari aplikasi Whatsapp yang dikeluarkan oleh seorang netizen bernama Roslan Ambri memaparkan seorang Ahli Majlis Tertinggi PPBM memohon maaf kepada pengikut yang telah beliau rayu untuk bersama dalam PPBM.

Tidak dapat dipastikan kesahihan perbualan tersebut namun ia menjadi tular dalam media sosial sekaligus menimbulkan tandatanya mengapa AMT tersebut berbuat demikian jika tiada pergolakan dalaman yang melanda parti yang tidak sampai setahun ditubuhkan. Beliau sepatutnya tampil untuk menjelaskan apakah permohonan maaf tersebut benar benar darinya dan menjelaskan  apa sebab beliau berbuat demikian.

Masalah utama yang dihadapi PPBM ialah kesukaran menyatakan kebenaran dan tidak ramai dari kalangan pemimpin PPBM berani tampil menyatakan kebenaran bertentangan sama sekali dengan konsep asal 'Berani Kerana Benar' yang digunapakai ketika permulaan penubuhan parti itu. Beranikah mereka mengakui wujud pergolakan dalam PPBM?

No comments:

Post a Comment