Friday 26 May 2017

BALACI KEKAL BALACI - PPBM TERIMA AMARAN SEKUTU


HANYA SEKADAR BALACI - PPBM DIINGATKAN JANGAN LEBIH SUDU DARI KUAH.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semakin ke arah kejatuhan sebelum PRU14. Sudahlah dilabelkan sebagai 'New Kids On The Block' oleh ahli DAP, kemelut krisis kepimpinan yang melanda parti tersebut kian meruncing.

Jelas sekali suara Mahathir selaku Penasihat parti tidak disenangi oleh sekutu dominan Pakatan Harapan. Dalam kongres PKR baru baru ini, Mahathir tidak bersama semua ahli dalam dewan tersebut mengangkat 'placard' yang menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-7. Walau cuba didalihkan Wan Azizah, ramai yang berpendapat Mahathir sebenarnya ada 'nama' lain yang PPBM atau lebih tepat beliau sendiri mahukan sebagai PM.

Gelaran 'NKOTB' terhadap PPBM pula menunjukkan ramai yang tidak bersetuju dengan pendekatan Mahathir dalam PH. Selaku Penasihat, beliau dikatakan membayangi kemampuan Muhyiddin Yassin selaku Presiden PPBM dalam sebarang majlis serta kenyataan rasmi. Jadi dimanakah sebenarnya intergriti Mahathir dan PPBM apabila diberikan amaran supaya tidak mencampuri urusan menamakan siapakah PM Ke-7?

Rakyat semakin dapat melihat apa sebenarnya niat PPBM ditubuhkan. Kuasa dan ketagihan mengatur politik sememangnya berlegar dalam kepimpinan PPBM. Namun demikian kewujudan rasa tidak puashati telah tercetus hingga membawa kepada perletakan jawatan kepimpinan tertinggi PPBM. Terbaru Ketua Srikandi PPBM Perak meletakkan jawatan kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti tersebut, malah PPBM Perak turut memberi amaran terhadap Presiden PPBM agar lebih tegas dalam membuat keputusan.

Apa yang jelas dapat disimpulkan ialah Muhyiddin gagal berfungsi sebagai Presiden dan hanya akan menurut perintah Mahathir walau tindakan tersebut ibarat 'menggantung leher sendiri'. Benarkab desakan agar Muhyiddin melepaskan jawatan selaku Presiden di lihat sebagai ada agenda sebaliknya yang dimainkan Mahathir. Adakah memang Mahathir mahu Muhyiddin meletakkan jawatan dan sekaligus memudahkan perjalanan Mukhriz sebagai pengganti Presiden PPBM?

Percaturan seperti ini sudah terlalu lapok untuk dimainkan dalam era politik moden. Seperti yang diketahui umum, ikatan PPBM bersama Pakatan Harapan masih belum di uji tetapi kini mereka dikatakan cuba menyaingi parti lain yang telah lama bersama dalam PH.

Apa lagi krisis PPBM yang akan dimainkan untuk menarik simpati rakyat? Adakah Mahathir akan 'berlakon' menangis lagi bagi memudahkan beliau menyingkirkan 'musuh musuh' Mukhriz? Tidak mustahil itu akan jadi senjata terakhir Penasihat PPBM dalam usaha menamakan seorang calon sebagai PM dari PPBM.

No comments:

Post a Comment