Friday 5 May 2017

'PENYAMUN' KENA SERGAH DENGAN 'PEROMPAK' - PKR KUCAR KACIR, AZMIN SENYUM RIANG?

'PEROMPAK' TUDUH 'PENYAMUN' - PKR BERGOLAK

Perang sudah bermula dalam PKR antara kem Azmin dan kem Rafizi Ramli. Percakaran dua ahli parlimen PKR ini semakin menarik kerana desak mendesak sudah berlaku berkaitan hasil 'ROMPAKAN' yang mereka sendiri lakukan selama ini.

Adam Rosly yang berhadapan tuduhan berkaitan penggubahan wang haram telah mula menyerang Rafizi secara terbuka. Dalam satu kenyataannya, beliau mahu Rafizi mendedahkan hasil serta amaun wang yang telah di kutip dari Rakyat tanpa pernah di audit oleh mana mana pihak selama ini. Dalam tuntutan itu juga, Adam mendesak Rafizi mengisytiharkan jumlah keseluruhan harta miliknya serta aset syarikat milik Ahli Parlimen Pandan itu.

Perbalahan ini dipercayai bukan baru tetapi umpama 'Retak Menanti Belah' apabila penahanan Adam oleh pihak SPRM terjadi. Rafizi yang pernah mendakwa wujud Skandal Rasuah Seks di Selangor mengundang rasa tidak senang Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor turut menjadi punca perbalahan ini. Di tambah pula keengganan Rafizi membela Adam yang dikatakan sebagai 'Ayam Sabung' Azmin membuat api percakaran semakin merebak.

Serangan Lateefa Koya mengenai logo Pakatan Harapan pula di lihat sebagai pencetus konflik hadir tepat pada masanya bagi kem Azmin menjatuhkan Rafizi dan di sambut oleh Adam dengan desakan mengenai Invoke dan NOW. Lateefa mendakwa Rafizi mengutip jutaan ringgit dari rakyat tetapi menghasilkan kompilasi logo yang hanya mengundang rasa lucu di kalangan netizen malah logo tersebut dijadikan bahan lawak di media sosial.

Berikut adalah petikan dari desakan Adam Rosly terhadap Rafizi.

Kebimbangan terbesar adalah terhadap kutipan dana secara besar-besaran daripada orang ramai bagi pihak Rafizi NGO Invoke dan NOW Ini koleksi wang daripada orang awam secara berterusan.

Satu perkara aneh apabila Rafizi telah gagal untuk mendedahkan butiran pengumpulan dana tersebut, walaupun beliau sering menyeru semua pihak, iaitu BN dan pembangkang, untuk mengisytiharkan aset mereka.

i) Jumlah wang yang telah dikumpulkan daripada orang ramai oleh NGO beliau Invoke dan NOW.

ii) Nyatakan bagaimana wang telah dibayar setakat ini

iii) Menyatakan nama semua individu yang telah menerima dana yang dikumpul oleh Invoke

Beranikah Rafizi yang selama ini hanya tahu mempertikaikan pihak lawan berdepan dengan desakan dan memenuhi tuntutan Adam? Adakah Azmin kini sudah mampu senyum apabila seteru yang dikatakan sebagai penghalang cita citanya sudah dikenakan tekanan sekaligus memudahkan perancangan beliau dalam PKR?

Drama PKR kini tidak ubah seperti sudah ditentukan skripnya sepertimana dikehendaki 'Pengarah' namun identiti pengarah tersebut masih menjadi misteri. Rakyat dan netizen memerhati dengan minat 'Wayang Pacak' PKR kali ini dan besar kemungkinan PKR akan tersungkur di PRU14 akan datang.

No comments:

Post a Comment