Wednesday 3 May 2017

TOKEY PUTU PPBM JUAL BABI DI BAZAR RAMADHAN?


HAMIZURA KENA 'BOGEL' - SIAPA LONDEHKAN KAINNYA?

Perang dalaman Parti Pribumi Bersatu Perak semakin hangat dengan kenyataan seorang ahli mereka di media sosial tular. Hamizura Osman atau dikenali sebagai 'Kak Putu' sudah memalu gendang perang membuktikan kelemahan PPBM dalam menangani isu parti tersebut.

Pernah mengusahakan francais putu bambu dengan jenama 'Putu Mc Bamboo', Hamizura yang juga adik kepada mantan exco Perak Dato Hamidah Osman mempamerkan kekecewaan beliau apabila tidak terpilih untuk sebarang jawatan penting dalam PPBM Perak. Malang sekali kakaknya juga turut diketepikan oleh pimpinan Mahathir dalam menentukan kedudukan mereka selepas mendakwa berkorban menaikkan PPBM di Perak.

Nada kecewa Hamizura jelas menunjukkan penglibatan mereka dalam parti tersebut hanyalah untuk mencari kedudukan dan memastikan segala apa yang dikorbankan akan mendapat pulangan namun dikecewakan dengan sikap kronisme dalam PPBM sendiri. Lebih teruk Hamizura mengaku beliau telah dilondehkan satu persatu oleh ahli sendiri.

Adakah dakwaan Hamizura beliau berkorban segalanya untuk PPBM termasuk segala kemewahan yang selama ini dikecapi hasil menjual Putu? Pernah satu kenyataan dikeluarkan oleh satu individu mengenai penipuan yang dilakukan Hamizura terhadap peserta Tekun di bawah kendaliannya dan hingga kini Hamizura tidak berani mengambil sebarang tindakan terhadap dakwaan individu tersebut. Malah beliau juga dikatakan mengumpul kekayaan semasa Hamidah berkuasa hingga mampu memiliki kenderaan mewah. Benarkah dakwaan tersebut?

Perang 'sabil' PPBM Perak sebenarnya menguatkan lagi khabar angin bahawa parti tersebut hanya akan mengikut telunjuk Mahathir dan bukannya Muhyiddin Yassin selaku Presiden parti. Malah ada dakwaan serangan terhadap Pengerusi PPBM Perak juga sudah di rangka oleh Hamidah dan Hamizura bagi memastikan Peja Azumu tumbang dan akan di ambil alih oleh Hamidah Osman. Benarkah dakwaan tersebut atau sekadar spekulasi strategi parti itu?

PPBM seperti yang diketahui umum sangat 'memuja' Mahathir dan apa sahaja yang keluar dari mulut mantan PM itu akan dianggap sebagai 'Fatwa parti' dan wajib dipenuhi jika tidak mereka yang engkar akan menerima nasib sama seperti dakwaan seorang bekas ahli PPBM yang trauma dengan parti itu. Jelas sekali sikap 'kuku besi' masih menjadi amalan Mahathir yang pernah di gelar sebagai 'Mahafiraun' oleh pembangkang ketika berkuasa.

Inikah parti yang melaungkan slogan untuk menyelamatkan Malaysia sedangkan parti sendiri tidak mampu diuruskan dengan baik? Mampukah PPBM menjadi sebuah parti yang boleh membela nasib orang Melayu apabila sesama mereka bertelagah sedangkan belum lagi PRU? Rakyat perlu menimbangkan semula slogan PPBM yang hanya lebih kepada retorik politik dan demi kehendak Mahathir yang mahukan Mukhriz menjadi Perdana Menteri seandainya Pakatan berjaya merampas Putrajaya.

Telunjuk lurus kelingking berkait adalah pepatah yang oaling sesuai untuk menggambarkan apa sebenarnya hala tuju politik PPBM dan sewajarnya mereka belajar apa itu politik serta perancangan untuk rakyat seperti yang dilakukan PM Najib sekarang. Nampak gaya Mahathir ketinggalan dalam 'Mimpi Seorang Tua Di Kaki Gunung Jerai'.

No comments:

Post a Comment