Tuesday 13 June 2017

PERLUKAH CAMPUR TANGAN ISTERI - SIAPA BERKUASA?

JANGAN SUKARKAN PM DENGAN 'FRIENDLY FIRE'

Sesuatu yang sangat tidak bijak bila membuat tindakan seperti pepatah Melayu 'Lebih lajak dari perahu'. Dalam ertikata lain apabila timbul perkara yang agak serius tidak perlulah individu lain cuba memberi komen yang hanya menyebabkan keadaan semakin buruk.

Isu Menteri Pelancongan yang dikatakan berkasar mengenai bantahan Sarawak berkaitan cukai pelancongan menjadi topik perbualan hangat di media sosial. Pro dan kontra perbalahan tersebut menjadi tumpuan kerana 'Bahasa Keras' Nazri terhadap teguran dari Sarawak. Walau nampak seperti Nazri mahu mengajar agar tidak lagi berlaku sebarang 'Ugutan' terhadap Pusat, secara tidak langsung Nazri sebenarnya menimbulkan polemik baru terhadap sokongan Sarawak kepada Barisan Nasional.

Memburukkan keadaan dikatakan seorang individu yang mengakui sebagai isteri Nazri turut mencampuri hal 'friendly fire' antara Menteri Pusat dan Menteri Negeri. Terdapat beberapa sebaran berkaitan komen isteri Nazri yang agak tidak memberangsangkan apabila netizen meluahkan kemarahan mereka atas tindak tanduk Nazri. Netizen mempertikaikan 'Kejantanan' Nazri apabila hanya berani 'Berkeras' dengan parti komponen tetapi dalam masa sama 'Memeluk Erat' pembangkang terutama Lim Guan Eng.

Apakah Nazri mampu berfikir secara relevan tindakan beliau bakal menjejaskan sokongan Rakyat Borneo terhadap Pusat? Mengapa pula individu yang mengaku sebagai isteri beliau berlebihan dalam isu ini? Adakah Nazri sememangnya melantik individu tersebut sebagai jurucakap atau pegawai khas beliau? Pandang jauh walau sebagai Menteri 'Lama' dalam kabinet. Barisan Nasional bukan sahaja memerlukan sokongan dari Semenanjung untuk kekal berkuasa dalam PRU14 tetapi turut mengharapkan sokongan dari Parlimen di Sarawak dan Sabah.

Apa benar Nazri kini di kawal oleh individu yang mengakui sebagai isterinya? Sejak bila pula individu tersebut menceburi politik hingga dalam media sosial pun mahu di kawal? Sebagai 'Menteri Lama' atau ' Orang Lama' Nazri sememangnya bijak tetapi bukan dari semua aspek beliau bijak.

No comments:

Post a Comment