Monday, 10 July 2017

PEMBANGKANG BEREBUT 'TAHI', UMNO PULA DISALAHKAN?





KRISIS DALAMAN PAKATAN SAMPAI KEMUNCAK



Perebutan kuasa dalam kem pembangkang semakin jelas terdedah apabila sindir menyindir dalam kalangan mereka tular dalam media sosial. apa yang dimusykilkan, mereka tetap menuding jari kepada Umno sebagai dalang keretakan kem Pakatan Harapan bagi mengelakkan segalanya di hidu oleh penyokong masing masing. Kisah terbaru yang terjadi dalam parti 'Bunga' melibatkan 'Kakak Putu' mendapat perhatian netizen namun 'caitro' PPBM cuba mengalih perhatian netizen dari terus memperkatakannya demi menjaga air muka 'Wali PPBM'.

Cubaan itu bagaimanapun menemui kegagalan apabila rakyat tahu krisis serta adegan ala 'GUSTI' benar benar terjadi manakala Ketua Armada PPBM pula sudah mula goyang dengan kemahsyuran seorang individu yang dikatakan bakal berentap bagi merampas kedudukannya dalam PPBM. Beliau yang belum tumbuh 'Bulu Pahat' dikatakan cuba mengajar seorang senior dalam PPBM apa itu politik dan tindakan ini dijangkakan akan memakan dirinya sendiri.

Belum lagi kisah kekecewaan ahli PPBM yang bertindak keluar parti dan mempertikaikan kekayaan keluarga 'Wali' PPBM. Tiada sebarang tindakan tatatertib di;alsanakan kerana 'kebaculan' Ketua Armada sendiri malah Presiden PPBM turut tidak berani bertindak selagi 'Wahyu Wali' tidak turun.


Bukan sahaja PPBM bermasalah, PKR turut dikatakan sedang dalam krisis dalaman. 'Perang Saraf' antara kem tertentu bagi menjatuhkan sebuah legasi tetapi untuk terus melenyapkan pengaruh serta kedudukan tertinggi yang diwariskan kepada individu tertentu. Seorang Ahli Parlimen PKR turut dikatakan telah membentuk pasukan dengan individu berpengaruh dalam PKR bagi melaksanakan misi tersebut.

Mungkinkah ini sebahagian dari strategi PKR mempertahankan pengaruh mereka di Selangor bagi mengelakkan segala skandal yang pernah didedahkan oleh ahli mereka sendiri tidak terbongkar seandainya PKR gagal mempertahankan Selangor dalam PRU14?


Suasana panas dalam Pakatan Harapan turut terkesan dengan desakan terhadap DAP selaku 'Tekong Utama' pembangkang. Kegagalan mereka mengisytiharkan pemilihan CEC DAP berlarutan dari Mendiang Karpal Singh hidup hingga kini. Teraju utama DAP, Lim Kit Siang pula nampak cuba bermain tarik tali dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sejak 2012. 

Konflik yang terjadi dalam pemilihan CEC DAP juga membawa kepada pemecatan beberapa ahli DAP yang bersuara mempertikaikan keputusan yang pelik selepas DAP menyedari TIADA wakil dari Orang Melayu dalam CEC DAP hingga terpaksa 'memasukkan' nama Zairil Khir bagi 'mengambil hati' penyokong mereka dari kalangan kaum Melayu (walau Zairil bukan Melayu tulen).

Memalukan lagi kem Pakatan Harapan, menifesto yang dijanjikan semasa PRU13 masih banyak yang belum ditunaikan dan kini mereka sudah merangka pelbagai janji baru sebagai 'Gula Gula' untuk rakyat. Gabungan dalam Pakatan yang bermasalah ini ternyata belum mampu memberikan keyakinan kepada rakyat walau pelbagai cara telah dimainkan pembangkang untuk memburukkan kerajaan di bawah teraju Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak. 

Apa yang penting, kini rakyat sudah mula mempertikaikan kekuatan sebenar Pakatan untuk menggantkan Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan sedangkan baru memerintah 2 negeri mereka masih belum mampu memberi 100% tumpuan membangunkan negeri tersebut. Mungkin secara tidak langsung kehadiran PPBM dalam kem PH sebenarnya tidak membawa apa apa keuntungan dari kelangsungan politik DAP,PKR dan PAN apabila mengusir PAS yang selama ini menjadi tunjang kekuatan PH.

Walau menyandarkan harapan kepada Mahathir selaku 'Wali' (penyokong PPBM gelarkan) bagi memecah undi simpati rakyat, DAP sedar mereka tidak boleh mempercayai PPBM apatah lagi dengan rekod Mahathir selama 22 tahun 'menindas' pembangkang dengan pelbagai cara. Terkini sokongan Mahathir kepada Anwar mula diperkatakan oleh reformis asal 98 yang masih terkesan dengan tindakan Mahathir ketika itu.

Jadi kepada siapa sebenarnya Pakatan (DAP) harapkan? PAN tidak boleh diharapkan langsung dengan prestasi buruk ketika PRN Sarawak apabila tewas semua kerusi yang ditandingi. Malah tindakan DAP menamakan Husam Musa sebagai 'Bakal menteri Besar' turut memakan diri apabila membangkitkan kemarahan rakyat Kelantan yang 'selesa' dengan kemunduran di bawah pemerintahan PAS.

Bagaimanapun segalanya hanya akan terjawap usai pengiraan undi PRU14 dan seandainya pembangkang gagal bertahan seharusnya mereka menuding jari kepada diri mereka sendiri kerana telah GAGAL memberikan keyakinan terhadap rakyat bagi mengekalkan Pakatan Harapan di tempat mereka bertanding.

Usah menuding kepada Umno atau Barisan Nasional kerana setiap janji yang diberikan oleh BN kepada rakyat sejak PRU13 sudah atau sedang dilaksanakan dengan jayanya manakala Pakatan masih terus beretorik dengan impian 'PALSU' yang mereka sendiri ciptakan. Pembangkang kini sudah mula berebut 'NAJIS' tetapi mahu menyalahkan Umno tetapi mereka lupa mereka sesama mereka saling memalitkan 'NAJIS' dalam kalangan mereka hingga dari jauh rakyat sudah boleh menghidu bau 'BUSUK' Pakatan Harapan.


Thursday, 6 July 2017

PUTU 'BUNGA' MENGAMUK - PPBM PERAK DI AMBANG KERUNTUHAN

PERANG REBUT 'NAJIS' DALAM PPBM PERAK TERCETUS

Krisis kepimpinan dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak sememangnya tidak dapat dirahsiakan lagi. Dato Hamidah yang juga Ahli Majlis Tertinggi PPBM ternyata tidak menyenangi kepimpinan parti tersebut di Perak.

Menurut sumber bertempat di Taman Meru Ipoh malam tadi berlangsung adegan 'klasik' perang merebut 'NAJIS' antara kem Dato Hamidah dan kem Pengerusi PPBM Perak. Sumber memberitahu satu mesyuarata diadakan oleh kepimpinan tertinggi negeri tanpa menjemput Dato Hamidah sekaligus menimbulkan rasa tidak puashati dalam kem Hamidah.

Dikatakan Hamidah telah pergi 'menyerang' mesyuarat tersebut dengan membawa pengawal peribadi kerana difahamkan Pengerusi PPBM Perak turut membawa beberapa orang pengawal peribadi bagi mengawal situasi. Namun demikian, serangan Hamidah tidak dapat di bendung malah sumber memberitahu Ketua Srikandi Perak telah di baling dengan air (kotak atau plastik) oleh Hamidah dalam pergaduhan tersebut.

Ternyata sengketa dalaman yang terjadi dikatakan juga ada berkait rapat dengan kenyataan Ketua Armada PPBM yang menyerang Hamidah tempohari secara terbuka. Dalam pada itu seorang aktivis media sosial PPBM dikatakan menjadi calon pilihan Hamidah bagi menjatuhkan Syed 'Disko' dari jawatan sekarang dan Hamidah serta adiknya Hamizura juga dikatakan merestui agar individu tersebut menentang Syed bagi jawatan Ketua Armada.

Peperangan dalaman PPBM malam semalam juga merupakan 'pecah bisul' yang sekian lama membengkak di Perak. Nampaknya perang ini tidak akan berakhir selagi Peja Azumu tidak memberi kedudukan selesa kepada Hamidah & Co sebagai jaminan mereka akan di angkat sebagai calon PRU14 mewakili PPBM di Perak. Apakah Presiden PPBM hanya akan melihat atau menunggu ' wahyu' dari 'Dewa' PPBM (Mahathir) seterusnya mengambil tindakan tegas dalam isu perang ini?

Jika inilah wajah sebenar PPBM Perak maka rakyat Perak perlu berfikir banyak kali jika mahu memilih satu parti yang porak poranda seperti PPBM sebagai pembela mereka kelak. Masalah dalaman pun masih terkial kial mahu diselesaikan apakah mereka boleh diharapkan untuk memikul amanah menjaga kepentingan seluruh rakyat Perak? Jelas sekali mereka hanyalah sekadar 'pencacai najis' bagi kepimpinan tertinggi PPBM pusat.

Rakyat Perak harus menguburkan PPBM sebelum sejarah 'rampasan DAP' berulang semula di mana Menteri Besar ketika itu, Nizar Jamaluddin (PAS) hanyalah sekadar orang suruhan DAP dan tidak mememegang kuasa eksekutif atas apa juga keputusan kerajaan negeri mentadbir Perak. Cukuplah tanah Perak yang di'hadiah'kan Nizar kepada yang tidak sepatutnya.

Monday, 3 July 2017

LATHEEFA KOYA DEDAH PEMIMPIN PAN CUTI 'RAYA' BERSAMA KELUARGA DI LUAR NEGARA?

'WAL HALALKU, WAL HARAMMU'

Aidilfitri yang di sambut meriah di Malaysia bukan jaminan untuk diraikan bersama keluarga dan ini dibuktikan oleh Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang membuat keputusan untuk meraikannya di London dengan alasan keluarga di sana tidak boleh pulang ke Malaysia. Tidakkah ini pelik kerana alasan beliau itu seakan tidak selari dengan apa yang sering beliau lemparkan terhadap Najib selama ini?

Mahathir sering mengakui beliau sangat berjimat tetapi dengan beraya di London beliau menunjukkan kemampuannya yang boleh dikatakan mewah dengan kadar tukaran matawang Pound (£) ke Ringgit Malaysia (RM) yang tinggi. Jadi tidak benarlah tohamahan yang Malaysia sudah mahu bangkrap yang sering digunapakai bagi mengelirukan rakyat Malaysia. Bayangkan kos keseluruhan Mahathir membawa keluarga ke London yang pastinya mencecah puluhan ribu ringgit hanya untuk tambang kelas pertama dalam penerbangan selama hampir 13 jam dari Malaysia ke London.

Amat mengejutkan apabila didapati bukan Mahathir sahaja yang mampu ke luar negara malah ada pemimpin pembangkang lain turut membawa keluarga bercuti Raya ke luar negara.  Pendedahan mengejutkan yang dilakukan Latheefa Koya sememangnya sukar di terima oleh penyokong parti tersebut. Siapa pula yang menaja perbelanjaan Ketua Parti tersebut seperti yang didedahkan Latheefa? Adakah beliau menerima keistimewaan dari pihak tertentu sebagai balasan kesetiaan serta usahanya memecahkan sebuah parti lain sebelum ini? Jika benar perkara ini maka Ketua Parti itu pastinya menerima sejumlah lumayan sebagai balasan hingga mampu ke luar negara bersama rombongan keluarga.

Rakyat serta penyokong parti pembangkang pastinya berminat untuk mengetahui siapa individu yang dimaksudkan Latheefa Koya. Beliau seharusnya berani mendedahkan siapakah individu tersebut memandangkan kerjayanya sebagai peguam amat memudahkan kerjanya 'memutarbelit' segalanya bagi menimbulkan persepsi terhadap pihak yang tidak senada dengannya bukan?

Beranikah Latheefa Koya? Inilah nilai sebenar Pakatan Harapan, apa sahaja yang mereka lakukan tidak akan jadi kesalahan serta 'dihalalkan' perlakuan itu. Tidak percaya? Lihat sahaja kes membabitkan Lim Guan Eng di mana beliau langsung tidak di desak melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri P. Pinang walau sudah wujud kes di Mahkamah.