Saturday, 12 August 2017

HANYA 29 RIBU SAHAJA AHLI BUNGA?

PENDEDAHAN PANAS OLEH FACEBOOKER

Teka teki mengenai jumlah keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terdedah dengan satu foto yang sedang tular di media sosial. Pendedahan oleh individu dikenali sebagai Tun Carlos amat mengejutkan.

Dengan hanya 29 ribu keahlian yang disahkan dari Ibu Pejabat PPBM, pendedahan ini bakal menjadi satu bahan tawa dalam media sosial kerana selama ini PPBM mendabik dada menyatakan seolah mereka menerima sokongan dari 20 juta rakyat. Jelas sekali strategi mereka yang mahu menambah keahlian parti sebelum PRU 14 di lihat sangat terdesak kerana mahu bersaing dengan sekutu lain dalam Pakatan Harapan.

Jika PPBM tidak dapat mencapai tanda aras sebagai sebuah parti yang kuat dalam Pakatan Harapan sudah pasti Penasihat Parti Mahathir Mohammad menerima tamparan paling hebat. Beliau yang masih mahu membawa imej sebagai 'Negarawan' kini sudah jauh tersasar dari landasan apabila tidak mampu membuktikan apa juga tuduhan beliau terhadap PM Najib Razak sejak 2015. Lebih malang lagi Mahathir kini berdepan dengan Suruhanjaya Siasatan DiRaja mengenai penglibatan beliau dalam skandal Forex semasa pentadbirannya sudah cukup membuktikan beliau sudah hilang 'taring' dalam politik Malaysia. Sekutu kuat PPBM, DAP pula sekadar mahu meng'Kaldai'kan Mahathir dan PPBM dalam mengatur kedudukan serta pembahagian kerusi dalam Pakatan bagi mengurangkan cengkaman PKR yang kini semakin lemah.

Pendedahan panas ini juga bakal merubah pandangan DAP terhadap gerak kerja PPBM dan tidak mustahil pelbagai cara akan digunakan oleh PPBM bagi menambah keahlian mereka. Mungkinkah ada 'Durian Runtuh' bakal menjelma kepada mereka yang mendaftarkan diri sebagai ahli PPBM selepas ini bagi meningkatkan keahlian mereka? Persoalan ini pasti akan berlegar dalam pemikiran ahli yang mendaftar awal dan akan merasakan kerugian mendaftar awal.

Klik : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1660343353977371&id=100000051666675

Wednesday, 9 August 2017

LIHATLAH DUNIA MAHATHIR TERUS MENIPU!!!

KAPAL SELAM BIKIN MAHATHIR 'STIM'

Dr Mahathir yang kini dalam usaha habis habisan menjatuhkan Najib serta Barisan Nasional telah menipu seluruh rakyat Malaysia apabila cuba berdalih mengenai hal pembelian kapal selam sewaktu beliau memerintah.

Hansard dalam Parlimen secara terus menyebut mengenai hal pembelian kapal selam tersebut dan ini merupakan satu kejutan buat Mahathir dan seluruh penyokongnya tatkala beliau semakin ghairah melipat ganda usaha PPBM bersama Pakatan Harapan untuk kempen PRU14 kelak.

Selepas terbongkar perkara ini apa lagi pembohongan yang akan Mahathir lakukan demi menyelamatkan legasi beliau? Suruhanjaya DiRaja yang ditubuhkan bagi menyiasat skandal Forex juga cuba dipermainkan Mahathir sedangkan satu ketika dahulu Lim Kit Siang (kini sekatil sebantal) telah menulis mengenai pembabitan Mahathir dalam hal tersebut. Mengapa kini Kit Siang tidak lagi berani mempersoalkan hal itu sedangkan beliau dikatakan tahu mengenai perkara sebenar? Di sini dapat kita rumuskan bahawa DAP hanya menjadikan Mahathir sebagai 'Hamba Tebusan' bagi membolehkan mereka terus menguasai kerusi dalam Parlimen dan tidak berhasrat menjadikan PPBM sebagai sekutu kuat selain PKR.

Apa lagi yang akan digunapakai Pakatan dalam usaha terakhir mereka? Mahathir kini sudah terperangkap dengan jeratnya sendiri dan secara tidak langsung imej 'Negarawan' sudah tercemar dan mungkin ini permainan DAP yang selama ini menyimpan dendam selama 22 tahun 'Terseksa' di bawah pemerintahan Mahathir. Adakah ini cara melunaskan geram Kit Siang kepada Mahathir? Dalam politik pembangkang apa sahaja boleh terjadi dan terbukti dengan kehadiran PPBM, DAP sudah berjaya singkirkan watak Anwar Ibrahim dari ingatan penyokong tegar Pakatan Harapan.

Lilin sudah tidak laku buat Anwar dan kini PKR perlu bersedia menghadapi gelombang tsunami dalam parti mereka sendiri. Oleh demikian DAP berjaya mempergunakan Mahathir dalam misi mereka.